Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 May 2011 12:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans bukan saja terpaksa berputih mata apabila hasratnya untuk memiliki rumah pertama tidak kesampaian malah turut kehilangan deposit yang sudah dibayar kepada pemaju sejurus pihak bank menarik balik pinjaman yang sudah diluluskan, Januari lalu. Mangsa, Normazrizan Daud, 23, berkata, dia mendapat kelulusan pinjaman sebuah bank di ibu kota pada 26 Oktober tahun lalu bagi membeli sebuah kondominium di Batu Caves berharga RM225,980 malah menerima berita gembira sesudah mendapat tahu bank berkenaan meluluskan pinjamannya sebanyak RM208,092 sejurus diberikan surat tawaran rasmi.
"Namun, impian saya musnah sesudah dihubungi bank terbabit pada 6 Januari lalu yang pinjaman saya ditarik balik tanpa sebarang alasan," katanya.
"Saya kecewa pihak bank tidak memeriksa dengan teliti permohonan saya terlebih dulu sedangkan pada 28 Oktober tahun lalu mereka yang meminta saya menandatangani perjanjian terbabit kerana mereka takut kehilangan pelanggan," katanya.
Jurucakap BNM ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu dan mengkaji punca berlaku kejadian berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ramai warga kota masih berdegil Posted: 20 May 2011 12:35 PM PDT KUALA LUMPUR: Sikap segelintir warga kota masih tidak berubah apabila sanggup menggadai nyawa dengan memilih menyeberangi jalan tanpa menggunakan jejantas atau laluan pejalan kaki. Walaupun operasi kerap dilakukan pihak berkuasa membanteras kesalahan ini, ia bagaikan tidak memberi kesedaran kerana menganggap penggunaan jejantas membazirkan masa bagi warga kota yang sibuk.
Pekerja swasta, Azri Abdullah, 31, berkata, segelintir pengguna tidak mahu menggunakan jejantas kerana mahu menjimatkan masa walaupun bakal berdepan risiko dilanggar kenderaan.
Warga kota yang mahu dikenali Aida, 20, berkata, walaupun sedar operasi kerap dijalankan, namun tindakan orang ramai yang degil menggunakan jejantas memaksanya bertindak berani melintas jalan.
"Tambahan pula, kebanyakan pengguna akan melintas secara berkumpulan. Keadaan Itu menyebabkan ramai yang berani bertindak sedemikian walaupun sedar bakal dikenakan tindakan saman sebanyak RM300," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan