Rabu, 25 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


UPP rampas 1,720 karton rokok

Posted:

UPP rampas 1,720 karton rokok

UPP rampas 1,720 karton rokok

Oleh SAFINA RAMLIutusankedah@utusan.com.my


MOHD. Jasri Othman (kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas di jeti nelayan Kuala Kedah, semalam.


ALOR SETAR 24 Mei - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas sejumlah 1,720 karton rokok dalam 86 bungkusan plastik bernilai hampir RM180,000 termasuk cukai selepas menyerbu jeti nelayan Kuala Kedah tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam, kira-kira 20 lelaki yang sedang leka memunggah rokok seludup itu dari bot, lari lintang-pukang apabila diserbu sepasukan anggota UPP.

Mereka melarikan diri ke kawasan penempatan bot nelayan dan meloloskan diri melalui jeti-jeti berhampiran.

Komander UPP negeri, Mohd. Jasri Othman berkata, ketika diserbu, kesemua lelaki itu sedang memasukkan bungkusan rokok ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey sebelum lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"UPP turut merampas kenderaan itu yang dianggarkan bernilai RM80,000 dan setelah diperiksa, kami menemui 28 bungkusan rokok di dalam kereta manakala selebihnya dicampak oleh kumpulan terbabit di kawasan berhampiran," katanya pada sidang akhbar di pejabat UPP Kuala Kedah di sini hari ini.

Menurutnya, antara jenama rokok yang dirampas adalah 'Bingo', 'Vidana' dan 'John' manakala modus operandi sindiket ini adalah membawa rokok dari Langkawi menerusi laut dengan menggunakan bot sebelum mendarat di jeti Kuala Kedah.

Katanya, rokok yang tertera 'Malaysian duty not paid' itu untuk dipasarkan kepada peniaga kedai runcit di sekitar bandar raya ini dan pekan berhampiran sini.

Mohd. Jasri memberitahu, kes ini diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilang buat plat besi musnah

Posted:

Kilang buat plat besi musnah

Kilang buat plat besi musnah

BUKIT MERTAJAM 24 Mei - Sebuah kilang membuat plat besi yang terletak di tengah-tengah Kawasan Perindustrian Perai, di sini musnah dalam satu kebakaran tengah malam tadi.

Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu dipercayai berlaku selepas sebuah alat pemanas yang berada di luar kilang tersebut tiba-tiba meletup lalu terbakar sebelum merebak ke dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Razam Taja Rahim berkata, kebakaran saluran alat pemanas tersebut menyebabkan api merebak ke dalam kilang yang sarat dengan bahan-bahan mudah terbakar.

"Kita tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas itu dan mendapati kira-kira 30 peratus struktur kilang tersebut sudah musnah dengan sebahagian besarnya melibatkan bahagian pengeluaran.

"Bagaimanapun, kita berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Mohd. Razam memberitahu, pihak bomba sedang menyiasat sama ada terdapat bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan orang awam di lokasi kejadian.

Beliau berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai serta masing-masing sebuah dari Bukit Mertajam, Perda, Butterworth dan Jalan Perak bersama 52 anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan orang awam pada pukul 12.38 tengah malam.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian dan kita masih menyiasat punca dan jumlah sebenar kerugian," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ladang ternakan perkenal projek telaga tiub

Posted:

Ladang ternakan perkenal projek telaga tiub

Ladang ternakan perkenal projek telaga tiub


MOHD. Zainuri Mohd. Idrus (kanan) dan Mohd. Zulkifli Mohd. Idrus (dua dari kanan) melihat pekerja memasang paip PVC telaga tiub yang dibina di sebuah chalet di Kampung Chuar Hulu, Kuala Kangsar, semalam.


KUALA KANGSAR 24 Mei - Syarikat Syamille Agro Farm Sdn. Bhd. melabur kira-kira RM100,000 untuk memajukan projek perintis membina telaga tiub di Kampung Chuar Hulu, Kati dekat sini.

Projek telaga itu dilaksanakan dengan tujuan mendapatkan bekalan air mineral bersih dari dalam tanah bagi kegunaan pengunjung kawasan ladang itu.

Menurut pemilik ladang adik beradik itu, Mohd. Zulkifli Mohd. Idrus, 54, pihaknya menjalankan projek membina telaga tersebut di kawasan itu sejak Ahad lalu dan dijangka siap dalam tempoh lima hari.

Katanya, mereka menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Samui Deep Weel dari Thailand sejak sebulan lalu untuk menjalankan kerja menggali telaga tiub di sini.

"Syarikat ini mempunyai kepakaran menggali telaga tiub di Thailand dengan mempunyai peralatan lengkap yang digunakan untuk menggali telaga minyak.

"Peralatan yang moden ini menggunakan sebuah jentera hidraulik di atas sebuah lori 21 tan dan empat tenaga kerja mampu menggali telaga tiub bagi mencari punca air untuk dijadikan air mineral.

"Setakat ini, jentera ini sudah menggali sedalam 50 meter telaga tiub dan mampu menggali sehingga 400 meter," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain Mohd. Zulkifli, dua adiknya iaitu Badrul Hisham, 49, dan Mohd. Zainuri, 44, serta Ketua Pegawai Operasi, Hiruddin Hashim turut terlibat dalam membangunkan kawasan tersebut dengan modal berbayar RM250,000.

Kawasan seluas 4.8 hektar itu mula beroperasi pada 2005 dengan menggabungkan ciri-ciri kawasan pelancongan tani, kemudahan latihan serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Dengan tambahan kawasan 2.4 hektar lagi, kawasan itu menempatkan kompleks pelancongan tani yang menempatkan calet, kemudahan berkursus, kandang kambing dan lembu selain projek penghasilan baja daripada tinja ternakan.

Mohd. Zulkifli berkata, kebanyakan telaga tiub yang dibina di negara ini menggunakan paip PVC 6 cm berbanding dengan yang dibina di sini menggunakan paip PVC 7 meter panjang dan 10 cm lebar.

Katanya, mereka yang berminat untuk membina telaga tiub dengan menggunakan peralatan moden itu boleh menghubunginya di talian 019-4414242.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan