Jumaat, 20 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Penduduk dakwa hak dirampas

Posted:

Penduduk dakwa hak dirampas

Penduduk dakwa hak dirampas

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusangroup.com.my


Padang permainan Taman Palm Grove kini semakin kecil selepas sebahagian daripadanya dikatakan diluluskan untuk pembinaan banglo mewah. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah


KLANG 19 Mei – Penduduk Taman Palm Grove di sini kecewa dengan tindakan Kerajaan Selangor yang didakwa 'merampas' hak rakyat dengan memberikan tapak padang permainan di kawasan perumahan itu kepada sebuah syarikat pemaju untuk membina 19 buah banglo mewah bernilai jutaan ringgit.

Tindakan tersebut menyebabkan padang untuk kegunaan awam itu semakin mengecil dan pada masa yang sama, tuntutan penduduk supaya diberikan padang permainan baru sebagai ganti tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Palm Grove Lama, R. Selvaraju, 53, berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kerajaan negeri kerana sudah jelas kawasan tersebut diwartakan sebagai padang permainan.

"Kami telah membuat aduan kepada kerajaan negeri dan telah dipanggil ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), namun sehingga kini tiada sebarang langkah penyelesaian yang diambil.

"Kita menuntut hak sebagai penduduk yang telah lama tinggal di kawasan ini dan berharap kerajaan negeri lebih prihatin dengan masalah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang penduduk, Raymond Tan, 39, pula mempersoalkan tindakan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang meluluskan projek perumahan banglo mewah tersebut di tapak yang merupakan padang permainan.

Dia juga membidas sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran yang juga Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu kerana gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahnya, projek banglo mewah tersebut juga didakwa telah menyebabkan penduduk menghadapi masalah tekanan air rendah sehingga menjejaskan keperluan harian kira-kira 500 unit rumah sedia ada di situ.

"Sejak berjaya menawan kerajaan negeri beberapa tahun lalu, wakil rakyat kawasan ini tidak pernah turun padang dan mengambil tahu masalah kami," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga gerai makanan, Samsudin Daud, 60, berkata, sebelum ini, dia berniaga di kawasan padang permainan tersebut, namun selepas projek itu berjalan pada 2009, gerainya terpaksa dipindahkan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pendapatannya merosot teruk dan nyaris gulung tikar sehingga terpaksa menjual keretanya kerana tidak mampu membayar wang ansuran kepada pihak bank.

"Selepas perniagaan di tempat baru gagal, saya terpaksa juga membuka gerai berdekatan dengan lokasi lama," katanya yang sudah berniaga di situ sejak 30 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor ancam mogok

Posted:

Kontraktor ancam mogok

Kontraktor ancam mogok

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Sebahagian pekerja dan wakil syarikat kontraktor mengadakan bantahan secara aman terhadap keputusan kerajaan negeri Selangor mahu menamatkan kontrak pembersihan di Kajang semalam.


KAJANG 19 Mei – Kesemua 118 kontraktor pembersihan di kawasan Hulu Langat tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan mogok sekiranya kerajaan negeri Selangor tetap dengan keputusan mengambil alih peranan mereka.

Pengarah Konsortium Hulu Langat Jati Sdn. Bhd., Razali Nasir, 57, berkata, keputusan penamatan kontrak itu bukan sahaja menyebabkan lebih 2,000 orang pekerja akan kehilangan pekerjaan tetapi juga membunuh ekonomi hampir 90 peratus kaum bumiputera yang selama ini mencari rezeki menerusi kontrak tersebut.

Menurutnya, sehubungan itu kerajaan negeri diminta mempertimbangkan semula keputusan itu demi memastikan nasib dan masa depan mereka terbela.

"Sekiranya tindakan itu diteruskan ia hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja, tetapi bukan kepada rakyat. Seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan, sebaliknya lebih kepada kepentingan membela nasib rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai sesi bantahan secara aman melibatkan lebih 50 wakil kontraktor pembersihan bagi daerah Hulu Langat dan pekerja mereka di sebuah hotel di sini hari ini

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan kerja-kerja pembersihan longkang, padang dan jalan raya di negeri ini diambil alih semula oleh PBT daripada Alam Flora Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Razali berkata, mereka berharap untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan isu tersebut.

Bagi Mohd. Zin Isa, 50, kesemua kontraktor terlibat bukanlah baru dalam bidang tersebut sebaliknya mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dan sekiranya tindakan itu benar-benar terjadi ia sudah tentu mendatangkan kerugian besar kepada mereka.

Menurutnya, apa yang dimaklumkan, pada 25 Mei ini, tender akan mula dibuka dan jika dihitung, hanya 50 peratus daripada 118 kontraktor boleh memohon dan hanya 10 peratus mempunyai peluang memperoleh tender tersebut.

"Setahu kami banyak kawasan baru dibuka di sini dan mengapa tidak tender itu dibuka kepada kontraktor baru dan mengekalkan kami sebagai kontraktor di kawasan sedia ada," ujarnya.

Pendapat Mohd. Zin turut dipersetujui Mohd. Rafik Maeni, 56, yang sudah hampir 18 tahun terlibat dalam kerja-kerja pembersihan di daerah Hulu Langat.

"Sebagai kontraktor berpengalaman, kami memiliki segala kemudahan infrastruktur dan keupayaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6 kes guna perisian haram

Posted:

6 kes guna perisian haram

6 kes guna perisian haram


Mohamad Mokhtar Yeop (dua dari kanan) berbincang dengan Roland Chan (kanan) selepas sidang akhbar mengenai kegiatan penggunaan perisian cetak rompak di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Mei - Bahagian Penguat Kuasa, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan berjaya menumpaskan enam kes membabitkan penggunaan perisian cetak rompak dengan nilai rampasan sebanyak RM847,000 bermula sejak awal tahun sehingga kini.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Mohamad Mokhtar Yeop, kesemua kes dilakukan oleh syarikat konsultan yang menggunakan perisian reka bentuk seperti Autodesk AutoCAD.

"Serbuan telah dibuat bersama pemilik hak cipta perisian, Business Software Alliance (BSA) di sekitar Damansara, Kuchai Lama, Bangsar, Sri Petaling dan Cheras.

"Terbaru, iaitu pada 10 Mei lalu, pihak berkuasa berjaya merampas lapan unit komputer yang didapati menyalin 36 perisian cetak rompak membabitkan rampasan bernilai RM224,000 di sebuah syarikat konsultan di Cheras.

"Ia diikuti rampasan kedua pada 18 Mei lalu di sebuah syarikat pembangunan laman-laman web di Kuchai Lama yang dikesan menyalin 50 perisian cetak rompak membabitkan rampasan bernilai RM159,400.

"Antara perisian yang dicetak rompak adalah Microsft Office, Microsoft Windows, Adobe Acrobat, Adobe Photoshop, Adpbe InDesign, Autodesk 3ds Max, Autodesk AutoCAD dan Autodesk AutoCAD LT," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohamad Mokhtar berkata, siasatan dibuat terhadap pengarah dan pemilik syarikat berkenaan mengikut Seksyen 41(1)d Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun.

"Perisian AutoCAD yang asli boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit, dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap pengeluar perisian-perisian cetak rompak terbabit," katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Pemasaran BSA, Roland Chan berkata, Malaysia mencatatkan 56 peratus kes perisian cetak rompak membabitkan kerugian sebanyak RM1.8 bilion sepanjang tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan