Kosmo Online - Negara |
- Hajat Ashraf jadi Aleesha tertangguh
- Harga RON95 kekal RM1.90 seliter
- Pemilik rayu anjing tidak dilupus
Hajat Ashraf jadi Aleesha tertangguh Posted: Hajat Ashraf jadi Aleesha tertangguhOleh MUSTAPA LAKAWA MOHD. ASHRAF meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita. Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes. Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs. Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz. Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Harga RON95 kekal RM1.90 seliter Posted: Harga RON95 kekal RM1.90 seliterKERAJAAN menafikan langkah mengekalkan harga RON95 disebabkan faktor pilihan raya, sebaliknya ia dibuat selepas mengambil kira kepentingan rakyat. - Gambar hiasan PUTRAJAYA - Rakyat kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan semalam membuat keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG). Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan harga tiga jenis bahan api itu setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam. "Keputusan itu dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,'' katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini semalam. Harga seliter RON95 sekarang ialah RM1.90 manakala diesel RM1.80 dan LPG RM1.90 seliter. Beliau berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran global. Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan perkara tersebut. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pemilik rayu anjing tidak dilupus Posted: Pemilik rayu anjing tidak dilupus Oleh ZAKI SALLEH GEORGE TOWN – Pemilik anjing-anjing yang menyerang dan menggigit seorang rakyat Ireland hingga mati pada Januari lepas melantik peguam bagi merayu agar anjing terbabit tidak dilupuskan. "Saya dan isteri Teoh Bee Eng, 56, melantik peguam agar empat ekor anjing jenis pitbull itu tidak dilupuskan kerana arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah terhadap kesemua anjing itu bersifat terbuka," kata Joseph Teoh Boon Aun, 42, kepada pemberita selepas melawat kesemua anjing itu di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut di sini semalam. Pasangan itu meluangkan masa kira-kira dua jam melawat keempat-empat ekor anjing mereka yang kini dikurung di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut. Dua ekor anjing jantan itu diberi nama Lee dan Kang manakala dua ekor anjing betina dipanggil Ning dan Ying. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan