Ahad, 22 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Curi pasir di tapak pembinaan

Posted:

Curi pasir di tapak pembinaan

Curi pasir di tapak pembinaan

Oleh ABDUL ILAH HAFIZ
pengarang@utusan.com.my


PEGAWAI SPRM dan Unit Penguatkuasaan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan memotong rantai besi untuk memasuki kawasan kegiatan curi pasir dalam satu operasi di Jinjang Selatan, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Mei - Seorang pemandu lori ditahan manakala lima lagi berjaya meloloskan diri dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di padang permainan di Jinjang Selatan di sini, hari ini, kerana dipercayai terlibat mencuri pasir.

Serbuan pukul 12 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat awam yang mendakwa wujud kegiatan mencuri pasir di kawasan tersebut, sejak empat hari lalu.

Ketua Unit Penguatkuasaan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan, Mohd. Salleh Sadri berkata, pihaknya turut dibantu anggota Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini telah melakukan pemantauan ke lokasi berkenaan dan telah mengeluarkan amaran tetapi pihak terlibat masih berdegil.

"Oleh itu serbuan dilakukan hari ini. Siasatan mendapati kira-kira 50 perjalanan keluar masuk lori dalam sehari membawa pasir yang bernilai pasaran RM800 setiap satu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 426(1)(a) Akta Hartanah Negara kerana mengeluarkan bahan batuan tanpa permit dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM100,000 bantu usahawan muda

Posted:

RM100,000 bantu usahawan muda

RM100,000 bantu usahawan muda

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat malam ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi menyediakan kursus jangka pendek bagi pembangunan usahawan muda di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan (DPMMWP) untuk membantu dan membimbing usahawan muda yang berhasrat menyertai bidang perniagaan.

"Kursus jangka pendek bagi membantu usahawan muda di negara ini bergiat dalam dunia perniagaan dan kursus ini tidak semestinya disertai oleh kaum wanita dan bumiputera sahaja," katanya pada majlis malam gala Anugerah Perniagaan Malaysia 2011 (MBA 2011) anjuran DPMMWP di sini.

Hadir sama ialah Presiden DPMMWP dan Pengerusi penganjur, Prof. Datuk Syed Amin Al-Jeffri.

Sebanyak lima kategori diberikan kepada 24 penerima termasuk Anugerah DPMMWP bagi kategori Usahawan Muda 2011 yang diterima antaranya oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sani United Sdn. Bhd., Datuk Wan Mohammad Sani Saleh.

Bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2011 antara penerimanya ialah Pengerusi NADICORP Holdings Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh manakala Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif 2011 kepada Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Wan Mohammad Sani, 35, ketika ditemui selepas majlis itu berkata, kejayaan yang diperolehinya merupakan hasil usaha keras tanpa pernah mengenal erti jemu dan mengalah.

Untuk bergelar usahawan berjaya katanya, seseorang itu perlu berani melaksanakan setiap strategi yang dirancang.

"Setiap sektor mempunyai risikonya dan untuk berjaya kita mesti meminimumkan risiko tersebut selain mesti mengatur perancangan dan melaksanakan setiap strategi yang telah dirancang," katanya yang pernah dianggap gila apabila memulakan perusahaan bas ekspres dua tingkat ke Pantai Timur pada 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TEKUN dapat balik pinjaman RM170 juta

Posted:

TEKUN dapat balik pinjaman RM170 juta

TEKUN dapat balik pinjaman RM170 juta

PUTRAJAYA 21 Mei - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) berjaya mendapat balik pinjaman sebanyak RM170 juta setahun daripada peminjam tabung tersebut.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata di sini hari ini, walaupun setiap tahun TEKUN mendapat peruntukan sebanyak RM200 juta daripada kerajaan, tabung tersebut masih mempunyai dana yang mencukupi hasil kutipan bulanan daripada peminjam tabung itu.

Katanya, kebanyakan peminjam dari Pahang, Terengganu dan Kelantan melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik setiap bulan.

"Bayaran balik yang kita terima boleh dinisbahkan daripada 10 orang yang diberi pinjaman, tujuh orang boleh bayar balik tiap-tiap bulan.

"Yang selebihnya menghadapi masalah berikutan aliran tunai yang tidak berapa baik contohnya peminjam yang mengusahakan pertanian dan penternakan kambing mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Seminar Keusahawanan Anjuran Bersama Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya dan TEKUN Nasional, di sini hari ini.

Turut hadir ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Abdul Rahim berkata, sehingga akhir April lalu, Tekun Nasional telah mengeluarkan peruntukan pinjaman berjumlah RM1.68 bilion kepada seramai 183,364 orang.

"Negeri yang menerima peruntukan paling banyak ialah Selangor iaitu hampir RM250 juta diikuti Terengganu sebanyak RM230 juta diikuti Kelantan, Johor dan Perak,'' katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan menggesa kakitangan awam dan swasta yang menetap di kawasan itu supaya terlibat dalam bidang keusahawanan.

Katanya, langkah tersebut penting memandangkan hampir separuh penduduk di Putarajaya tergolong dalam kategori miskin bandar.

"Kebanyakan yang tinggal di sini terutamanya di kawasan flat mempunyai purata pendapatan gaji RM1,000 hingga RM2,000, di mana hampir separuh daripada 40,000 penduduk di sini bergaji rendah.

"Justeru, diharapkan melalui pendekatan yang dilakukan oleh TEKUN, ada ruang untuk penduduk di sini menambah mata pencarian mereka dengan berniaga kecil-kecilan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan