Utusan Online - Kota |
- 40 penutup longkang lesap
- DBKL belanja RM10.5 juta bina dewan masyarakat
- Unit rumah terbiar undang kebimbangan penduduk Sri Johor
Posted: 40 penutup longkang lesapOleh ABDUL RAZAK IDRIS
SHAH ALAM 25 Mei – Kira-kira 40 penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini melalui hari Ahad lalu tidak seperti biasa apabila dikejutkan dengan kejadian kecurian. Walaupun kejadian itu hanya melibatkan penutup longkang di hadapan rumah mereka, namun ia memberi kesan mendalam terhadap diri mereka yang kini mula berasa bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku. Selain 40 penutup longkang yang diperbuat daripada besi, pencuri terbabit juga melarikan penutup peti surat dan daun pintu lubang sampah dengan cara mengopak dan mengumpil pagar konkrit rumah-rumah penduduk. Seorang penduduk, Lo Jia Far, 48, berkata, dia terkejut kerana sukar untuk mempercayai bagaimana jenayah itu boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat melainkan ia dilakukan oleh sekumpulan pencuri yang menaiki lori. "Ini kerana hendak menanggalkan penutup longkang dan penutup peti surat serta penutup lubang sampah bukan suatu yang mudah dilakukan. "Kecurian secara besar-besaran ini tidak pernah berlaku di sini, jadi saya berasa pelik apa modus operandi yang digunakan oleh penjenayah tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sehubungan itu, Jia Far berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dapat menggantikan penutup longkang yang telah hilang itu bagi mengelakkan sebarang insiden kemalangan terutama melibatkan kanak-kanak. Seorang lagi penduduk, Quah Saw Choon, 45, berkata, masalah kecurian barangan besi tersebut perlu diatasi oleh pihak persatuan penduduk dengan meningkatkan kawalan keselamatan. "Saya risau penjenayah akan bertindak melakukan jenayah yang lebih serius termasuk memecah masuk ke dalam rumah jika kecurian ini tidak segera diatasi," katanya. Mohd. Shafiz Ahmad, 30, pula berpendapat kejadian tersebut perlu menjadi iktibar kepada semua penduduk agar mereka bersatu hati mencari jalan mengatasi masalah kecurian itu termasuk dengan melakukan kawalan secara bersama terutama pada malam minggu. "Saya rasa pencuri tersebut menggunakan lori dan bergerak secara berkumpulan untuk mengangkut barangan besi tersebut dengan lebih pantas. "Jika kawalan keselamatan diadakan, sudah pasti mereka tidak berani masuk ke dalam kawasan perumahan pada waktu malam," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
DBKL belanja RM10.5 juta bina dewan masyarakat Posted: DBKL belanja RM10.5 juta bina dewan masyarakatKUALA LUMPUR 25 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperuntukkan sebanyak RM10.5 juta pada tahun ini bagi melaksanakan pembinaan tambahan 11 buah dewan masyarakat dan sebuah lagi Pusat Komuniti di Kampung Batu Muda. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sehingga kini, sebanyak empat buah dewan telah siap dibina menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu, manakala bakinya dijangka siap pada hujung tahun ini. Katanya, bagi kesejahteraan warga kota, DBKL telah memperuntukkan sebanyak RM4.25 juta pada 2011 khusus untuk menguruskan dan menyenggara kemudahan awam. "Peruntukan ini meliputi 11 pusat komuniti, 20 dewan masyarakat dan dewan serbaguna, empat buah stadium, 27 padang bola sepak, 32 gelanggang badminton dan 17 gelanggang futsal. "Program penyediaan pelbagai kemudahan untuk warga kota ini akan sentiasa dirancang dan dilaksanakan secara berterusan," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di Jalan Medang Tanduk, Damansara di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan Pengerusi Bandar Raya Developments Berhad (BRDB), Datuk Mohamed Moiz JM Ali Moiz. BRDB telah menyumbang sebanyak RM5 juta untuk pembinaan pusat komuniti tersebut, yang turut meliputi kawasan tapak pusat itu. Tambah Raja Nong Chik, beliau mengalu-alukan pendapat dan pandangan daripada persatuan penduduk, persatuan peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya memberi peluang pada golongan ini memainkan peranan dalam menjayakan sesuatu dasar dan polisi kerajaan. "Dalam usaha ini, pendekatan konsultatif adalah cara yang amat sesuai kerana semua idea, komen dan pandangan dapat diberi pertimbangan sewajarnya," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Unit rumah terbiar undang kebimbangan penduduk Sri Johor Posted: Unit rumah terbiar undang kebimbangan penduduk Sri JohorKUALA LUMPUR 25 Mei - Penduduk perumahan awam Flat Sri Johor di sini berasa tidak tenteram dan sering digamit kebimbangan ekoran terdapat sebuah unit kosong dan terbiar di perumahan terbabit menjadi sarang kepada aktiviti tidak sihat. Menurut mereka, unit tersebut juga sering menjadi tumpuan individu datang dari luar untuk melakukan aktiviti terlarang. Keadaan itu menyebabkan penduduk risau keselamatan mereka dan harta benda penduduk terancam, apatah lagi terdapat kes pecah rumah pernah berlaku di situ. Ketua MCA Bahagian Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng berkata, unit tersebut sudah terbiar sejak dua tahun lalu. Katanya, keadaan tersebut tidak sewajarnya berlaku, kerana ia mengugat keselamatan dan keselesaan penduduk di situ. "Saya telah menghantar surat kepada DBKL untuk meminta mereka menyelesaikan segera perkara ini demi kepentingan penduduk," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan di perumahan itu baru-baru ini. Seorang penduduk, Law Wai Siong, 29, berkata, sejak unit tersebut dikosongkan, sudah dua kali rumahnya dimasuki pencuri yang masuk melalui siling. Dia mendakwa, apabila dia membuat laporan polis, jawapan yang diberikan adalah kawasan itu memang terkenal dengan kejadian pecah rumah. "Namun saya yakin masalah ini dapat dikurangkan jika unit kosong itu berkunci dan tidak terbiar begitu sahaja," katanya. Bagi Thing Ah Ling, 60, dia pernah kerugian beribu ringgit apabila sudah tiga kali rumahnya dimasuki pencuri. Katanya, dia hanya mampu berputih mata setelah barangan berharga milik anak-anaknya seperti komputer riba dan telefon bimbit lesap begitu sahaja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan