Isnin, 30 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Zulkifli pertikai laporan The Star

Posted:

Zulkifli pertikai laporan The Star

Zulkifli pertikai laporan The Star

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini mempertikai laporan akhbar The Star yang menyiarkan komentar berhubung Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau, tulisan oleh Joceline Tan bertajuk Tok Guru Has His Favourites itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada para ulama Pas.

Jelasnya, komentar berkenaan juga dilihat telah ditulis dan diolah untuk mengangkat dan berkempen bagi kumpulan Anwarinas yang boleh dikatakan sedang kelemasan.

''Saya sebenarnya kerap membaca komentar dan tulisan Joceline. Saya tidak begitu kisah bila ada komentar dan tulisan Joceline yang memperlekeh UMNO atau Barisan Nasional (BN) sama ada secara halus atau secara tidak langsung.

''Memang kadang-kadang bagus juga UMNO dan BN dikritik supaya ia tersedar daripada diulit mimpi indah dan mengasyikkan.

''Tetapi bila Joceline memperlekeh para ulama dalam Pas, saya tidak boleh biarkan ia berlalu begitu sahaja. Bila Joceline memilih untuk mempertikai para ulama di dalam Pas, beliau telah melampaui batas,'' katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Kata Zulkifli, Joceline di dalam komentarnya cuba memberi persepsi politik yang mudah iaitu Nik Abdul Aziz membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas di dalam Pas mempertahankan Anwar.

Komentar itu juga, ujarnya, menjelaskan bahawa Anwar diperlukan oleh Pas sebagai jambatan dengan DAP dan dengan cara itu, Pas akan dapat ke Putrajaya bersama Anwar serta DAP.

Oleh itu, katanya, sifirnya mudah, Nik Abdul Aziz + Anwar > Kaum Anwarinas; tolak ulama dan sokong kaum Anwarinas.

''Alasannya, Pas perlu dibawa ke dunia realiti politik dan kaum Anwarinas sahajalah yang sedang berjuang membawa Pas ke dunia realiti.

''Pemahaman daripada itu ialah cubaan menggambarkan seolah-olah para ulama Pas tidak hidup di alam realiti politik dan masih di dalam dunia kekolotan dan kejumudan politik,'' ujarnya.

Zulkifli menambah, komentar sedemikian adalah tidak wajar daripada seorang wartawan kanan dan Joceline sepatutnya membuat analisis yang bebas dan tidak dilihat berat sebelah.

Namun, katanya, membaca tulisan Joceline memberi gambaran beliau mengambil sikap partisan, menyebelahi kaum Anwarinas dan berkempen secara halus untuk kaum Anwarinas yang sedang lemas.

''Apatah lagi komentar seperti ini dibuat tidak beberapa hari menjelang pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Ini satu sikap yang tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi Joceline sudah tentu lebih daripada sedar para ulama Pas tidak akan membuat apa-apa komen, apatah lagi berkempen secara terbuka untuk sebarang jawatan.

''Sehingga ia menimbulkan satu persoalan, adakah Joceline ini anti para ulama di dalam Pas?'' soalnya.

Beliau seterusnya meminta Joceline meminta maaf kepada para ulama Pas kerana memberi gambaran seolah-olah mereka tidak hidup di alam realiti politik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Strategi golongan Pas pro-Anwar mudahkan laluan Tuan Ibrahim

Posted:

Strategi golongan Pas pro-Anwar mudahkan laluan Tuan Ibrahim

Strategi golongan Pas pro-Anwar mudahkan laluan Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR 30 Mei - Strategi pihak tertentu bagi memastikan jawatan Timbalan Presiden Pas dimenangi pemimpin pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bakal memudahkan laluan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang persaingan tiga penjuru itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini berikutan penyandang, Nasharudin Mat Isa, ditolak Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana didakwa properpaduan dengan UMNO.

Sementara itu, katanya, seorang lagi pencabar, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu pula dilihat tidak berjihad untuk Anwar selain dibimbangi proulama kerana tidak mempunyai latar belakang pendidikan dari Asia Barat.

''Yang pasti akan wujud pihak tertentu untuk merencana strategi bagi mengetepikan Nasharudin dan Mohamad.

''Justeru pemilihan ini menampakkan agenda Pas bukan lagi perjuangan Islam tetapi lebih dilihat sebagai pentas politik untuk semua pihak bertelagah. Pas hanya menang sorak tetapi yang untung DAP,'' katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas penyertaan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah sebagai calon Naib Presiden, Ibrahim berkata, ia dilihat sebagai usaha menyekat kemaraan Datuk Husam Musa yang juga exco kerajaan negeri.

Jelas beliau, Husam seperti yang diketahui adalah salah seorang daripada pemimpin pro-Anwar dan ini memperlihat Pas Kelantan dilanda krisis yang amat tenat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan