Jumaat, 20 Mei 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Noor Jan jawab tuduhan

Posted:

Noor Jan jawab tuduhan

Noor Jan jawab tuduhan


RAJA NOOR JAN SHAH


KUALA LUMPUR – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman.

Beliau dengan tegas menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Menurut Raja Noor Jan, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, dicatatkan Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

"Bagaimanapun, terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak," kata Raja Noor Jan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ragui status halal susu UHT 1Malaysia

Posted:

Jangan ragui status halal susu UHT 1Malaysia

Jangan ragui status halal susu UHT 1Malaysia


MUHYIDDIN bersama para pelajar sekolah pada pelancaran program Susu UHT 1Malaysia di Putrajaya tahun lalu.


BALING – Orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bekalan susu itu yang diimport dari Korea Selatan mempunyai sijil halal Jakim selain sijil negara pengeksport.

Muhyiddin berkata, bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah-sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian daripadanya terpaksa diimport dari luar negara.

"Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu mengeluarkan arahan agar syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik di Pulai di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hati-hati kunjung kopitiam di Pulau Pinang

Posted:

Hati-hati kunjung kopitiam di Pulau Pinang

Hati-hati kunjung kopitiam di Pulau Pinang

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

GEORGE TOWN – Pengguna beragama Islam di negeri ini dinasihat berhati-hati jika berkunjung ke restoran atau kopitiam yang mempamerkan pensijilan halal bukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana, hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), ada kemungkinan pengusaha premis itu menggunakan produk keluaran dua pembekal yang dibatalkan permohonan sijil halal Jakim baru-baru ini.

Dua produk berasaskan daging dan tepung keluaran syarikat terbabit dipercayai mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi yang dibekalkan syarikat dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim (gambar) berkata, produk tersebut kerap digunakan oleh pengusaha restoran dan kopitiam, justeru pihaknya percaya masih ada premis menggunakannya.

Menurut beliau, JHEAIPP dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan menjalankan siasatan dan pemantauan di lebih 300 premis yang dikenal pasti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan