Selasa, 24 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Najib dijangka sertai peminat saksi pertemuan Man Utd-Barcelona

Posted: 24 May 2011 03:04 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man Utd) dan Barcelona bersama orang ramai di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 28 Mei ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata persediaan sedang dijalankan untuk membolehkan Perdana Menteri dan isteri menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu antara juara Liga Perdana Inggeris dan Juara Liga Sepanyol itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita hari ini selepas meninjau persiapan Sambutan Hari Belia yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei di Putrajaya. Dalam kesibukannya, Perdana Menteri yang juga peminat setia Man Utd, turut mengikuti perkembangan bola sepak liga Inggeris. Disember lalu, Najib menyertai warga kota terutamanya golongan muda menonton perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam menerusi skrin gergasi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lapangan terbang Britain dilanda debu

Posted: 24 May 2011 03:01 AM PDT

Mutakhir

LONDON: Pusat kawalan trafik udara Britain mengesahkan debu gunung berapi di Iceland kini melanda lapangan terbang negara itu dan bakal menjejaskan penerbangan keluar ke utara England, Ireland Utara, petang ini.

Agensi kawalan trafik udara Britain dan Timur Atlantik (NATS) berkata, kebanyakan lapangan terbang masih beriperasi tetapi penerbangan akan terjejas mulai 1 tengah hari hingga 7 petang (waktu tempatan).

NATS dalam kenyatannnya berkata, debu dari letusan gunung berapi itu akan menjejaskan operasi lapangan terbangan Londonderry di Ireland Utara, Glasgow, Edinburgh dan Prestwick di Scotland, dan Newcastle, Carlisle, Durham Tees Valley serta Cumbernauld di utara England. Awal hari ini, gunung berapi Grimsvotn berdekatan kawasan glasier Vatnajokull di tenggara Iceland meletus hari ini dan mengeluarkan asap dan debu tebal. - AP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan