Selasa, 24 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Diancam bau najis burung walit

Posted:

Diancam bau najis burung walit

Diancam bau najis burung walit

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Chang Hong Seong (dua dari kanan) bersama beberapa penduduk meninjau bangunan yang dijadikan rumah burung walit di Jalan Bayam, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 24 Mei - Premis perniagaan yang diubah menjadi rumah burung walit di kawasan perumahan Jalan Bayam dekat Jalan Wong Ah Jang di sini, bukan sahaja menyebabkan pencemaran bunyi malah penduduk terpaksa menahan bau busuk najis haiwan terbabit sejak tiga tahun lalu.

Penduduk mendakwa, pengusaha burung walit terbabit mengambil jalan mudah dengan membuang najis burung tersebut ke dalam longkang sekali gus menimbulkan bau yang busuk.

Seorang penduduk, Ling Sun Hwa, 54, mendakwa, dia pernah melihat sendiri tindakan salah seorang pengusaha yang melakukan perbuatan itu untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.

"Saya tidak menuduh membuta tuli sebaliknya mempunyai bukti kukuh. Kita pernah mengadu kepada pihak berkuasa tempatan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Bayangkan keadaan kami di sini yang terpaksa mendengar bunyi bising ditambah pula dengan bau busuk yang meloyakan," katanya ketika ditemui semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Lee Choo Goo, 53, berkata, pada awalnya hanya sebuah premis yang dijadikan rumah burung walit di kawasan tersebut.

Bagaimanapun katanya, setelah tiada penguatkuasaan tegas dilakukan, bilangan premis terbabit bertambah menjadi tujuh buah daripada 14 premis rumah kedai yang wujud di kawasan itu.

"Kewujudan rumah burung walit menjadi beban kepada kami kerana setiap malam tidur kami diganggu oleh bunyi bising burung itu selain terpaksa menahan bau najis yang busuk," katanya.

Sementara itu, Hong seong memberitahu, pihaknya pernah berbincang dengan salah seorang pengusaha terbabit yang memiliki lesen berikutan pelbagai aduan yang diterima daripada penduduk.

Katanya, pengusaha terbabit mengaku tindakan membuang najis burung itu dilakukan oleh pekerjanya dan meminta maaf atas tindakan tersebut.

"Saya harap pengusaha itu dapat menghentikan perbuatannya serta merta dan membuang najis-najis burung walit dengan cara yang betul. Mereka juga harus memikirkan kepentingan penduduk di sini," katanya.

Beliau turut menyeru semua pengusaha berkenaan memberikan kerjasama dan lebih prihatin dengan keselesaan penduduk kerana mereka menjalankan perusahaan burung walit di kawasan perumahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan gigih kurangkan jurang digital

Posted:

Kerajaan gigih kurangkan jurang digital

Kerajaan gigih kurangkan jurang digital

MARAN 24 Mei - Usaha kerajaan memperluaskan perkhidmatan jalur lebar ke tanah rancangan Felda, kampung tradisional dan pedalaman bertujuan mengurangkan jurang digital dengan penduduk di bandar.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, perluasan perkhidmatan itu juga bertujuan mengubah gaya hidup penduduk luar bandar ke arah lebih moden.

Sehubungan itu, beliau mengajak penduduk di kawasan terbabit memanfaatkan kemudahan itu demi masa depan mereka.

"Perkhidmatan jalur lebar menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan meningkatkan pengetahuan teknologi komunikasi maklumat pada semua peringkat umur di luar bandar.

"Kemudahan ini merupakan strategi kerajaan untuk merapatkan jurang digital penduduk luar bandar dan bandar selari dengan kemajuan pesat ICT," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di Karnival Promosi dan Kesedaran Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) Kampung Senggora dan Kampung Pantai Chenor Seberang dekat sini baru-baru ini.

Ismail turut mengingatkan semua lapisan rakyat perlu berusaha meningkatkan kemahiran ICT kerana ia kini menjadi keperluan dalam kebanyakan aktiviti.

Tegasnya, melalui ICT, individu dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, politik dan perniagaan.

Di Pahang, katanya, terdapat 64 perpustakaan desa dan 32 daripadanya akan dinaik taraf mendapat kemudahan jalur lebar untuk membolehkan komuniti mengakses maklumat.

Sehingga kini tambahnya, sebanyak 829 perpustakaan desa di seluruh negara dilengkapi jalur lebar bagi kemudahan kepada rakyat di luar bandar.

Katanya, media baru seumpama itu merupakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh semua pihak termasuk pelajar bagi tujuan mengakses maklumat pendidikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hello Komoditi tarik belia ceburi perladangan

Posted:

Hello Komoditi tarik belia ceburi perladangan

Hello Komoditi tarik belia ceburi perladangan

JERANTUT 24 Mei - Program Hello Komoditi akan menjadi pemangkin dalam menarik lebih ramai golongan muda menceburi sektor perusahaan perladangan dan komoditi di negara ini.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, program tersebut merupakan inisiatif kementerian itu untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai peluang kerjaya tersebut.

"Golongan muda dilihat tidak berminat menjadi usahawan perladangan dan komoditi. Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati mereka tidak mendapat maklumat tentang peluang kerjaya dalam sektor itu," katanya ketika berucap pada perasmian program itu, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri kementerian, Aknan Ehtook.

Program itu turut mengadakan seminar berkaitan tanaman kenaf yang dihadiri 200 orang peserta terdiri daripada semua kaum.

Hamzah berkata, program itu secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai peluang kerjaya dalam sektor berkenaan.

"Langkah tersebut dapat memupuk minat golongan muda menceburi bidang perladangan termasuk agronomi, kejuruteraan dan keusahawanan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan