Sabtu, 21 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Tidak perlu ragui status halal susu 1Malaysia

Posted:

Tidak perlu ragui status halal susu 1Malaysia

Tidak perlu ragui status halal susu 1Malaysia

BALING 20 Mei - Orang ramai dinasihatkan agar tidak meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun bekalan susu tersebut diimport dari Korea Selatan, namun ia terlebih dahulu disyaratkan mempunyai sijil halal daripada jabatan terbabit.

"Apabila kerajaan nak bekalkan susu tersebut ke sekolah-sekolah, masalahnya kita tidak mempunyai bekalan susu yang cukup. Jadi sebahagian daripada susu ini terpaksa kita bawa masuk dari luar.

"Apa pun orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu sudah mengeluarkan arahan agar syarikat yang membekal susu ini memperoleh sijil halal, jadi jangan risau," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu UHT tersebut yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim.

Dalam perkembangan lain kata Muhyiddin, Kementerian Pelajaran akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MCA bagi membincangkan isu kegagalan pelajar Cina mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Keputusan tentang biasiswa sebelum ini membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jemaah Menteri dan semua pemimpin parti komponen yang mewakili kaum masing-masing. Keputusan dibuat mengikut formula yang ditetapkan.

"Namun apabila MCA membangkitkan semula perkara ini dengan mengatakan ada pelajar Cina cemerlang gagal mendapat biasiswa, kita akan teliti semula," katanya.

Jelasnya, mana-mana pelajar yang mempunyai kelayakan dan merit yang ditetapkan termasuk memperoleh semua A+ tetapi gagal memperoleh biasiswa tersebut wajar diketengahkan.

"Pihak kementerian tidak mempunyai sebarang masalah dalam memperuntukan biasiswa ini kepada mereka yang layak. Kadang-kadang ibu bapa beranggapan anak mereka layak kerana memperoleh semua A sedangkan kriteria yang ditetapkan adalah A+.

"Namun, sekiranya mereka memenuhi kriteria A+ ini tetapi tertinggal, boleh bawa kepada pengetahuan dan kita akan baiki (keadaan)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek raifal tempur Colt M4 Carbine

Posted:

Projek raifal tempur Colt M4 Carbine

Projek raifal tempur Colt M4 Carbine

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


ZAHID Hamidi (depan, dua dari kanan) bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (depan, tengah), menteri-menteri pertahanan ASEAN dan pegawai kanan Indonesia selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kali kelima di Jakarta, semalam. - Agensi


JAKARTA 20 Mei – Pengeluaran raifal tempur Colt M4 Carbine akan menjadi projek integrasi pertama antara Malaysia dengan dua negara anggota ASEAN iaitu Indonesia dan Thailand.

Cadangan itu kelak, akan menjadi projek perintis dalam program Kolaborasi Industri Pertahanan ASEAN (ADIC) seperti yang dikemukakan oleh Malaysia kepada pertubuhan serantau itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi perbincangan beliau dengan menteri-menteri pertahanan ASEAN, idea pelaksanaan projek integrasi itu diterima dengan baik.

"Menteri-menteri pertahanan ASEAN juga bersetuju jika ada aktiviti hiliran bagi pengeluaran komponen tertentu dalam M4 itu dapat dikeluarkan di negara-negara berkenaan," katanya pada sidang media pada akhir lawatan kerjanya sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kali kelima di sini hari ini.

Projek yang akan dilaksanakan itu disasar untuk direalisasikan menjelang hujung tahun ini berteraskan kertas konsep ADIC.

Pada mesyuarat ADMM semalam, ASEAN bersetuju menerima pakai kertas konsep ADIC yang disediakan oleh Malaysia.

Menurut Zahid, keupayaan Malaysia menghasilkan M4 menggantikan M16 sudah terbukti menerusi penghasilan 20,000 laras M4 oleh sebuah syarikat besar di Malaysia dengan 85 peratus komponennya menggunakan bahan tempatan.

Colt M4 Carbine yang digunakan sebagai raifal tempur infantri oleh angkatan tentera Amerika Syarikat sangat fleksibel kerana ia boleh ditukar ganti dengan aksesori khusus seperti skop optikal dan pelancar grenad.

Kriteria senjata itu yang tahan lasak menjadikan ia tahan lama dan padat yang membuatkan senjata itu lebih menjadi pilihan dalam operasi tempur taktikal moden.

"Kita mahu tawarkan dalam bentuk ekuiti saham atau kolaborasi dengan Indonesia dan Thailand.

"Untuk itu, sebuah syarikat khas (SPV) sebagai syarikat baru akan ditubuhkan dan ia akan menjadi projek kolaborasi ASEAN yang pertama seandainya dipersetujui ketiga-tiga negara," kata beliau.

Zahid berkata, jika penubuhan SPV dipersetujui, Indonesia dan Thailand mungkin boleh mengeluarkan komponen tertentu untuk raifal M4 itu untuk dipasang di Malaysia.

Susulan kepada cadangan projek integrasi ini akan melibatkan mesyuarat peringkat syarikat perniagaan dengan syarikat perniagaan.

Projek perintis itu, kata Zahid, akan memberikan manfaat yang cukup besar kepada pembangunan industri pertahanan ASEAN dan membuka ruang kerjasama ekonomi yang lebih kukuh dalam kalangan negara anggota. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kestabilan negara dorong pelabur asing

Posted:

Kestabilan negara dorong pelabur asing

Kestabilan negara dorong pelabur asing

KUALA LUMPUR 20 Mei – Rakyat perlu mengekalkan kestabilan dan keharmonian yang menjadi tunggak utama keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Umum, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, kestabilan negara serta toleransi antara kaum mempengaruhi minat pelabur asing untuk menjalinkan usaha sama tanpa bergantung kepada kekuatan ekonomi negara semata-mata.

"Usaha-usaha transformasi jangan hanya retorik. Dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan teliti," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik minat beberapa firma multinasional Amerika Syarikat (AS) untuk melabur antara RM5 bilion dan RM6 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan