Selasa, 31 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


110 penuntut KKT tabur bakti

Posted:

110 penuntut KKT tabur bakti

110 penuntut KKT tabur bakti

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


PENUNTUT Kolej Komuniti Temerloh bergambar beramai-ramai selepas Program Khidmat Siswa di Rumah Warga Tua Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, baru-baru ini. - UTUSAN/MUSAZLILA MUSTAPAR


TEMERLOH 31 Mei - Seramai 100 penuntut dan pensyarah Kolej Komuniti Temerloh (KKT) menjayakan program Khidmat Siswa (Prokhis) di Rumah Warga Tua Kampung Bangau Tanjung, di sini baru-baru ini.

Pengarahnya, Abdul Razak Sabtu berkata, program dua hari itu bertujuan membentuk siswa prihatin selain memberi peluang kepada mereka mengaplikasi ilmu yang dipelajari selama ini di kolej.

Menurutnya, berbeza dengan program yang dianjurkan pihak lain, para penuntut melakukan kerja penyelenggaraan memandangkan mereka mengambil jurusan Sijil Penyenggaraan bangunan termasuk membersihkan kawasan terbabit.

"Aktiviti itu dilaksanakan secara berterusan yang dapat mendekatkan institusi berkenaan dengan masyarakat.

"Sebelum ini, program seumpama itu diadakan di Kampung Orang Asli Lubuk Wong dan Pian Kuala Krau serta Kampung Desa Murni dan penduduk di Paka, Terengganu," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurutnya, tanggungjawab tersebut merupakan khidmat sosial institusi itu kepada anggota masyarakat.

Selain itu, katanya, ia dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan antara kaum selain menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua agensi kerajaan bersatu hati turun menemui rakyat.

"Antara aktiviti yang dilakukan ialah membaik pulih surau, membaiki kerosakan kecil rumah, mengecat dewan dan tangga rumah.

"Mereka juga menyediakan 12 ampaian baju di rumah tersebut serta membuat landskap menanam pokok hiasan," jelasnya.

Katanya, secara tidak langsung mereka berpeluang mempraktikkan kemahiran masing-masing dalam kerja pemasangan peralatan dan pembaikan paip.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semangat 1Malaysia iringi peserta

Posted:

Semangat 1Malaysia iringi peserta

Semangat 1Malaysia iringi peserta


DAING Nasir Ibrahim (empat dari kiri) melepaskan peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya di pekarangan rumah Perdana Menteri di Pekan, kelmarin.


PEKAN 31 Mei - Tepukan gemuruh dan sorakan murid mengiringi ketibaan 110 peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya apabila tiba di hentian pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, di sini semalam.

Peserta yang terdiri daripada penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah, di sini tiba lokasi tersebut selepas acara pelepasan bermula di pekarangan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, semalam.

Pelepasan peserta tersebut dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani; Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Datuk Mohd. Fadzli Mohd. Kenali.

Menurut Daing Nasir, kumpulan itu akan berkayuh selama empat hari sejauh 322 kilometer untuk bertemu Perdana Menteri di Putrajaya pada Khamis ini.

Katanya, ekspedisi itu bertujuan mewujudkan kerjasama yang erat antara UMP dan pihak sekolah terbabit serta merealisasikan konsep 1Malaysia.

"Selain itu, aktiviti berkenaan sebagai mengisi cuti sekolah yang baru bermula dengan suatu program berfaedah dan mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan generasi muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Ketua Ekspedisi, Ramle Abid berkata, penyelarasan dari segi latihan, peralatan, teknikal dan logistik disusun bagi memastikan aspek keselamatan peserta diutamakan.

Katanya, perkara itu perlu dititikberatkan terutama melibatkan peserta muda yang akan melalui pelbagai cabaran serta memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang kuat.

Sementara itu, pelajar SMK Tengku Abdullah, R. Thanaselan, 16, berkata, walaupun hanya sehari, dia berpeluang merasai pengalaman tinggal di dalam kampus serta bergaul bersama pelajar di situ.

''Saya dapat melalui pengalaman menarik selain semangat kerjasama dan saling bantu-membantu dapat dilihat dari setiap peserta program ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hishamuddin terima Anugerah Belia Negara

Posted:

Hishamuddin terima Anugerah Belia Negara

Hishamuddin terima Anugerah Belia Negara


HISHAMUDDIN Abdul Rahman (kanan) menerima Anugerah Belia Negara bagi kategori Inovasi dan Kreativiti daripada Adnan Yaakob di Kuantan, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 31 Mei - Kepakaran mencipta cakera padat video (VCD) interaktif bagi kanak-kanak membolehkan seorang kakitangan Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) di sini dipilih sebagai pemenang Anugerah Belia Negara peringkat negeri, baru-baru ini.

Hishamuddin Abdul Rahman menghasilkan VCD pengajaran gender dan pendidikan seks awal remaja yang membolehkan beliau menerima anugerah tersebut.

Hishamuddin berkata, bahan pengajaran itu boleh digunakan sebagai Bahan Bantuan Mengajar (BBM) mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) membabitkan silibus sistem reproduktif manusia.

Beliau yang merupakan Pegawai Pengurusan Unit Penilaian dan Peperiksaan institut itu menambah, secara tidak langsung bahan tersebut akan menerapkan pendidikan seks untuk kanak-kanak dalam versi kartun.

''Saya terharu dan berbangga dengan pengiktirafan itu kerana usaha tersebut mendapat galakkan keluarga serta rakan-rakan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sempena Hari Belia Negara peringkat negeri di Kuantan baru-baru ini.

Katanya, kejayaan itu akan mengangkat moral para belia menerusi bidang reka cipta bagi pembangunan pendidikan sekali gus menepati aspirasi pemangkin transformasi belia berasaskan konsep 1Malaysia.

Menurutnya, penghasilan bahan itu bertujuan menimbulkan kesedaran betapa pentingnya pengetahuan seks dan reproduktif perlu diterapkan di peringkat usia kanak-kanak.

Beliau yang juga bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli Lenjang, dekat sini menjelaskan, pengajaran tersebut kepada golongan terbabit merupakan satu langkah membasmi masalah sosial di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan