Selasa, 31 Mei 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


SPRM tutup 2 kes profil tinggi

Posted:

SPRM tutup 2 kes profil tinggi

SPRM tutup 2 kes profil tinggi

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup 57 kes siasatan termasuk dua berprofil tinggi melibatkan bekas ahli panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Robert Phang dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Keputusan itu dipersetujui oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) selepas membuat semakan hasil siasatan dan keterangan dibentangkan SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah di sini hari ini.

Dalam kes berprofil tinggi itu, kedua-dua individu terbabit ditohmah terlibat dalam skandal rasuah melalui beberapa blog Internet sehingga menarik perhatian ramai.

Menurut Pengerusi PPO, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil, Phang ditohmah memberi sogokan kepada seorang Ketua Setiausaha Kementerian manakala Abdul Gani pula mendapat pembiayaan bagi menunaikan ibadah haji.

"Kedua-dua kes itu tidak mencukupi keterangan untuk sebarang pertuduhan terhadap mana-mana pihak. Malah dalam kes Abdul Gani, siasatan tidak menunjukkan sebarang kesalahan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bertujuan bagi membincangkan ketelusan keputusan yang dibuat terhadap kes-kes siasatan suruhanjaya terbabit.

Mengulas lanjut berhubung siasatan terhadap Abdul Gani, Hadenan memberitahu, kos keseluruhan perbelanjaan menunaikan ibadah haji diri dan ahli keluarganya ditanggung sendiri.

"Siasatan mendapati ada transaksi dikeluarkan untuk perbelanjaan berkenaan daripada akaun yang sama digunakan untuk memasukkan gaji bulanan beliau.

"Sehubungan itu, bayaran kos ibadah haji dibuat daripada akaunnya sendiri tanpa sebarang tajaan pihak lain. Seperti kita sedia maklum, ibadah haji mesti dibiayai dengan duit yang halal," katanya lagi.

Jelas Hadenan, tindakan blog- blog berkenaan dilihat tidak bertanggungjawab kerana menyiarkan tohmahan yang tidak mempunyai sebarang keterangan kukuh dan bukti jelas untuk siasatan.

"Malah boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pihak yang tidak bersalah," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah tolak saman Adam Kadir

Posted:

Mahkamah tolak saman Adam Kadir

Mahkamah tolak saman Adam Kadir

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dua saman bekas pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia Bhd. (PMB), Tan Sri Adam Kadir berhubung dakwaan pelanggaran kontrak jawatan pengerusinya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Prasad Sandosham Abraham memutuskan demikian selepas mendapati Adam selaku plaintif menamakan pihak salah sebagai defendan.

Dalam penghakiman beliau, Prasad menyatakan, plaintif sepatutnya menamakan Menteri Kewangan Diperbadankan yang merupakan pemegang saham utama PMB dan bukannya Menteri Kewangan.

''Dalam kes ini, persoalan ditimbulkan ialah siapa sepatutnya dinamakan sebagai defendan. Saya bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan bahawa pihak yang sepatutnya dinamakan ialah Menteri Kewangan Diperbadankan,'' ujarnya.

Selain itu, hakim itu menyatakan pelantikan Adam tidak dibuat secara kontrak tetapi melalui surat pelantikan sebagaimana bekas Pengerusi PMB, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili pihak kerajaan dan Menteri Kewangan manakala peguam Nitin Nadkarni mewakili Azman sementara Azhana Mohd. Khairudin menyebut bagi pihak peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Adam.

Sementara itu, Adam memberitahu, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Pada 22 Oktober tahun lalu, Adam, 69, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Menteri Kewangan dan kerajaan kerana memungkiri kontrak mengenai jawatan pengerusinya.

Beliau menuntut deklarasi bahawa penamatan atau pemecatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif syarikat itu adalah tidak sah dan terbatal.

Adam juga memfailkan saman kedua terhadap Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar iaitu syarikat pemegang saham terbesar dalam PMB, 4 November tahun lepas.

Beliau mendakwa, akibat campur tangan Azman, kerajaan membuat keputusan membatalkan kontrak pelantikannya melalui dua pucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan bertarikh 23 dan 26 Mei 2008, sedangkan tempoh masa pelantikan beliau hanya berakhir pada 28 Februari 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan