Ahad, 22 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pusat kaji bintang terunggul

Posted:

Pusat kaji bintang terunggul

Pusat kaji bintang terunggul

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

PORT DICKSON 21 Mei - Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini yang menjadi mercu tanda kebanggaan umat Islam di negara ini bakal muncul sebagai pusat kaji bintang yang terbaik di rantau ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, balai cerap itu akan dilengkapi dengan teleskop 609 milimeter yang merupakan antara teropong jauh yang terbesar di Malaysia untuk mencerap bintang, planet, langit dan cakerawala.

Katanya, ia akan menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutamanya bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu falak.

"Selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih, kompleks ini akan menjadi pusat astronomi yang terbaik bukan saja di negara ini malah di rantau ini," katanya kepada para pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke kompleks tersebut semalam.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan kompleks tersebut di atas tapak yang menempatkan bangunan asal balai cerap yang telah digunakan sejak sekian lama untuk menentukan kedudukan anak bulan bukan saja menepati jadual malah lebih awal dua bulan daripada yang dijadualkan.

Beliau memberitahu, sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 84 bilik serta tiga pangsapuri turut dibina berhampiran balai cerap tersebut sebagai kemudahan kepada para pengunjung dan pelancong.

"Kedudukan kompleks ini yang amat strategik dan menarik membuatkan balai cerap ini dan hotel menjanjikan pemandangan yang indah terutama apabila matahari terbenam.

"Salah satu keunikan yang terdapat di balai cerap ini ialah jam matahari yang akan diletakkan di dataran kompleks tersebut. Jam ini menunjukkan masa berdasarkan perjalanan matahari," ujarnya.

Jelasnya, antara kemudahan yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan yang boleh menampung 200 orang, surau, pejabat, bilik kuliah, bilik mesyuarat dan bilik pameran.

Mohamad berkata, keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM30 juta yang dijalankan secara usahasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Pembangunan semula Kompleks Baitul Hilal itu dimulakan pada Disember 2009 dan dijangka siap pada November ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LARIAN MUZIUM

Posted:

LARIAN MUZIUM

LARIAN MUZIUM

BERSEMPENA dengan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan yang sedang berlangsung di Negeri Sembilan, pelbagai aktiviti bagi mengisi program itu giat dilakukan bagi memeriahkannya.

Seramai 700 peserta dari seluruh negara menyertai Larian Muzium bersempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 kali Ke-15 di Muzium Negeri di Muzium Tentera Darat, Telok Kemang, dekat sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib dan disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail .

Turut memeriahkan program itu ialah penyanyi terkenal yang juga Ikon Jabatan Muzium, Ana Raffali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan