Selasa, 24 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Bersatu selepas tragedi

Posted: 23 May 2011 03:15 PM PDT

MukaDepan

MUHD AIZAD gembira dapat bertemu dengan ibu kandungnya, Nor Suzana yang terpisah sejak berusia dua tahun di wad khas bencana Hospital Ampang, semalam.

MUHD AIZAD gembira dapat bertemu dengan ibu kandungnya, Nor Suzana yang terpisah sejak berusia dua tahun di wad khas bencana Hospital Ampang, semalam.

Kejadian tanah runtuh Hulu Langat pertemu ibu, anak berpisah 11 tahun

AMPANG: Di sebalik kesedihan kehilangan sepupu, rakan dan penjaga Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Sabtu lalu, tragedi tanah runtuh itu rupa-rupanya ada hikmah tersendiri buat Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, 13, apabila dapat bertemu ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu.

Tanpa diduga, Muhd Aizad Qusyhairiry yang sedang dirawat di wad khas bencana Hospital Ampang di sini, semalam dikejutkan dengan kehadiran ibu kandungnya, Nor Suzana Abdullah, 37. Malah, pelajar Tingkatan Satu itu tidak mengenali wanita terbabit sehingga diberitahu ibu angkatnya, Nor Aida Yaacob, 37.

"Terkejut... tak sangka di hospital ini saya bertemu semula dengan ibu kandung yang berpisah sejak berusia dua tahun. Perasaan memang tak dapat digambarkan. Gembira bercampur sedih dan terharu," katanya yang patah pergelangan tangan dan retak siku kiri akibat tertimbus dalam runtuhan tanah sehingga paras dada dalam tragedi yang mengorbankan 16 mangsa. Sejak ibu bapanya berpisah pada 2000, Muhd Aizad Qusyhairiry dan abangnya, Mohd Alif Zafran, 15, dijaga dan dibesarkan oleh Nor Aida yang juga ibu saudara mereka.

Sepanjang tempoh 11 tahun itu, Muhd Aizad Qusyhairiry tidak pernah mendengar khabar berita, apa lagi bersua muka dengan ibu kandungnya, walaupun pelbagai usaha dilakukan keluarga angkatnya untuk mencari Nor Suzana, termasuk melalui akhbar.

Nor Suzana yang tinggal di Jalan Klang Lama bersama suami barunya, pula berkata, ketika berpisah dengan dua anak serta bekas suaminya 11 tahun lalu, beliau sedang mengandung anak perempuan, Aerryssa Fadiana, yang kini berusia 11 tahun dan dalam jagaannya.

"Bukan saya tidak pernah cuba mencari dua anak saya itu. Sudah empat kali saya ke rumah bekas suami di Semenyih untuk berjumpa mereka, tetapi ketika itu tiada sesiapa di rumah," katanya yang mendapat tahu Muhd Aizad Qusyhairiry terbabit dalam tragedi tanah runtuh itu selepas menonton Buletin Utama TV3.
Beliau berkata, hatinya berdebar-debar apabila melihat nama Muhd Aizad Qusyhairiry dipaparkan di televisyen antara mangsa terselamat.

"Jauh di sudut hati, saya yakin budak itu anak kandung saya yang berpisah sekian lama. Berikutan itu, saya bulatkan tekad datang ke hospital menemuinya dan melepaskan kerinduan yang terbuku 11 tahun lamanya.

"Saya bersyukur kerana bukan saja dipertemukan semula dengan Muhd Aizad Qusyhairiry, malah lebih penting dia terselamat dalam tragedi itu. Saya berharap selepas ini dapat menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti remaja lain," katanya yang sebak dengan pertemuan tidak disangka itu.

Sementara itu, Muhd Aizad Qusyhairiry ketika menceritakan pengalamannya berdepan saat cemas tanah runtuh itu, berkata beliau tertimbus sehingga paras dada dan dihempap papan hampir dua jam sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

"Ketika itu, saya cuma teringatkan ibu (ibu angkat, Nor Aida). Saya hanya mampu memanggil nama ibu. Apa yang berlaku di sekeliling ketika itu saya sendiri tak dapat mengingatinya," katanya yang kelihatan sihat tetapi masih trauma dengan tragedi berkenaan.

Dalam tragedi itu, sepupunya, Mohd Riezman Abdul Latif, 9, turut terkorban. Muhd Aizad Qusyhairiry tinggal di asrama madrasah berkenaan sejak empat tahun lalu, manakala abangnya menuntut di sekolah lain di Hulu Langat.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

KATAK PUTIH

saya setuju dgn augustine. kalau tak ada 10k tak mengaku saudara. kalau ada niat baik alhamdulillah. kalau kerana rm, baik tak payah. saya pun setuju jugak dgn roti planta. biarlah ibu angkatnya terus menjaga dia sebab ibu angkatnya lah selayaknya utk bantuan tersebut. Pertemuan seperti ini sememangnya diinginkan seorang anak, tetapi di mana selama ini ibu kandung yg telah melahirkan? diharap ibu kandung kepada muhd ikhlas utk memelihara beliau selepas ini.....

blackgoat81

semoga rakyat ambil pengajaran dari bencana ini....sesungguhnya Allah nak tunjukan kita mcm maner keadaan masyarakat sekarang..tidak hirau hubungan persaudaraan antara keluarga bila mereka memberi kebaikan baru menitiskan airmata...tetapi aper pun kita tak boleh mengatakan yg buruk kepada mereka..kita lihat diri kita mcm maner ini semua kerja YG MAHA KUASA untuk mengajar dan mengigatkan ummatnya supaya berpegang kepada tali ALLAH..

joe putra

setuju sgt2..mane dtg sedara mara lau btol ni smua ank2 yatim..
dulu ditolak ke pusat jagaan
la ni dpt bantuan berkoyan smua nk ngaku sedara..
ape punye manusia???

sue sumarina

sy setuju dgn roti planta..skg setelah pelbagai bantuan diterima mangsa,ramai plak yg dtg mengaku waris...

meza nur

subhanallah..maha suci allah...renung2 kan

Roti Planta

Biarkan dia terus dijaga oleh ibu angkatnya (Nor Aida). Nor Aida telah menjaganya dengan baik dan berjaya memberikan pendidikan yang sewajarnya selama ini. Diharap juga ibu kandung tidak mempunyai niat lain terutama dengan pelbagai bantuan yang diberikana kepada mangsa.

Saya juga hairan apabila ramai yang mengaku pertalian saudara (datuk, nenek, bapa saudara dsb) terutama dengan mangsa yang terkorban. Jika mereka mempunyai pertalian, kenapa anak-anak ini terpaksa dibesarkan di rumah anak yatim?. Minta kerajaan, NGO dan orang ramai menyalurkan bantuan dengan sewajarnya. Dikhuatiri ada yang mengambil kesempatan keatas kematian anak yatim ini. Sewajarnya juga wang bantuan itu diguanakan untuk upah haji anak-anak ini daripada diberikan kepada 'saudara terdekat'.

Roti Planta

sri siantan

Allah huakbar! hikmah disebalik tragedi. semuanya ada hikmah namun ianya tidak dapat dijangkau oleh ilmu manusia.

augustine

Ya SETUJU, Bersatu Selepas Tragedi...
Kalau Tak Ada Berlakunya Tragedi, Apa Sebaliknya...
Kemungkinan Pasal 10K Tak???


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan