Selasa, 24 Mei 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Lepas nafsu tempat awam

Posted: 23 May 2011 03:37 PM PDT

Wilayah

Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam.

Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam.

Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat jadi medan berahi

KOTA BHARU: Pengunjung Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat di sini, kesal apabila taman awam yang dibina Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk beriadah dan menghabiskan cuti hujung minggu dengan keluarga, dicemari perbuatan segelintir pasangan remaja yang melakukan adegan tidak senonoh.

Malah, remaja itu sanggup bersembunyi di kawasan terpencil taman awam berkenaan sebagai tempat memadu kasih bersama pasangan masing-masing walaupun kemudahan awam itu dikhaskan bagi kegiatan beriadah penduduk bandar Kota Bharu.

Tinjauan Berita Harian ke taman itu mendapati ramai pengunjung datang berjoging, selain ibu bapa membawa anak masing-masing bermain papan gelongsor, buaian serta kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak dibina MPKB. Namun, segelintir pasangan remaja sengaja mengambil peluang menyalahgunakan tempat awam itu untuk melakukan perbuatan tidak sopan seperti bercumbuan tanpa segan silu dilihat pengunjung lain yang sedang berjoging di sepanjang laluan kira-kira tiga kilometer trek pejalan kaki.

Malah, ada di antara pasangan sedang asyik bercumbu itu tidak menyedari perbuatan mereka dirakamkan anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam (JPI) MPKB yang kerap menjalankan rondaan.

Seorang pelajar Politeknik Kuala Terengganu, Nor Aznie Effatin Azid, 21, berkata dia kerap berkunjung ke taman itu bersama ahli keluarga untuk beriadah terutama pada waktu petang sambil membawa adiknya yang kecil berenang di kolam.

"Namun, amat memalukan apabila segelintir remaja datang memadu asmara dengan pasangan masing-masing dan mereka duduk di tempat tersembunyi berhampiran kandang rusa di belakang taman ini," katanya.
Nor Aznie Edffatin, berkata perbuatan pasangan remaja sengaja melakukan perbuatan tidak sopan itu boleh menjadi ikutan kepada pengunjung remaja lain, selain pengaruh tidak baik kepada kanak-kanak yang mungkin terlihat kelakuan serong itu.

Pendapat itu turut disokong Pakar Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Rozita Hassan, 42, yang meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) MPKB lebih kerap memantau persekitaran taman itu.

"Taman Perbandaran Tengku Anis ini satu-satunya tempat beriadah penduduk bandar bersama keluarga kerana mempunyai pelbagai kemudahan lengkap sama ada untuk golongan dewasa atau kanak-kanak.

"Namun, saya kesal kerana masih ramai golongan remaja menyalahgunakan kemudahan awam ini untuk melakukan maksiat seperti berasmara yang pastinya memberi imej negatif kepada pengunjung lain," katanya.

Beliau berkata, orang awam tidak boleh 100 peratus menyalahkan MPKB kerana remaja yang terbabit perbuatan sumbang di tempat awam itu disebabkan kurangnya didikan agama dan kegagalan ibu bapa mendidik mereka.

Sementara itu, Setiausaha MPKB, Mohd Anis Hussein, berkata sejak Januari hingga Mac lalu, pihaknya mengambil tindakan mengkompaun 127 remaja di bandar ini dengan kutipan RM29,490.

Katanya, mereka ditahan di taman awam, pasar raya, lorong gelap sekitar bandar, selain di sepanjang hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini antara jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam menerusi Operasi Bersepadu dengan kerjasama Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK), polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan.

Mohd Anis berkata, pihaknya akan melipatgandakan usaha bagi membanteras kegiatan sumbang itu supaya imej MPKB sebagai Bandaraya Islam tidak tercemar kerana tindakan segelintir remaja.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Dol Kenit

Marilah sama2 banteras xtvti maksiat ni..Nahi Mungkar..

fiza bahar

aper nak jadi dgn zaman sekarang pompuan bertudung sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri...mana nilai diri kamo??

azhari

TAKPER.NEGERI LINDUNGAN KAABAH KAN.DOK GITTU?

Cikli

Siapakah yang harus di persalahkan?

hitam putih

tutup je ler taman tengku anis..saya mgharapkan rondaan berterusan harus dijalankan. dan tindakan tegas prlu diambikl..

Da-Rule Ha-Feez

"Zaman Kejatuhan" dah bermula......mereka ni jika cara lembut tak berkesan......kita pakai cara kasar......"KITA BAKOOR JE!!!" diorang ni......!!!

Kamarulzaman Bin Zahari

Kebanyakan Pihak penguatkuasa di Negara kita tidak menjalankan tugas,tetapi mengikut jadual,sepatutnya penguatkuasaan dilakukan sepanjang masa dan bukannya berjadual..

Mohd Redzham Salleh

Setakat kompaun saja tidak akan cukup memadai... Lebih baik panggil ibubapa/pihak sekolah (sekiranya remaja tersebut masih belajar)... Bagi hukuman Sebat sekurang2nya 3x... Kalau di khalayak ramai mereka berani beraksi peluk-cium, apalagi di tempat yang tertutup...

aduka_azuri@yahoo.com

kat johor tempat aku lg banyak berlaku perkara2 macam ni,lebih dahsyat dari ni pun ada...xde pun pihak berwajib yang ambil kisah....

azmel

snap picture, and distribute. do you think it 's a good method to deliver the message?

saya berasa sedih sebagai remaja apabila membaca artikel ini.org seperti ini seharus nya di hukum sebat dan kompaun.utk memberi kesedaran untuk diri beliau dan orang lain.saya menyeru kpd pihak yg berkenaan supaya tingkat kan pemeriksaan di smua tmpt hiburan dan tempat2 yg mnjadi kegiatan yg x senonoh ni.kegiatan ini blh mencemarkan nm baik malaysia sebagai salah satu negara islam.terima kasih

sarida mohamed

jagalah maruahmu wahai wanita!!!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Riadah tak kena tempat, masa

Posted: 23 May 2011 03:35 PM PDT

Wilayah

PENUNGGANG basikal  yang penunggang dalam keadaan  bahaya di sekitar Kuala Lumpur.

PENUNGGANG basikal yang penunggang dalam keadaan bahaya di sekitar Kuala Lumpur.

Gadai nyawa berbasikal dalam kesesakan jalan, tak pakai alat keselamatan

KUALA LUMPUR: Beriadah di tengah jalan raya ketika kesesakan lalu lintas. Itulah yang dilakukan beberapa penunggang basikal yang menjalankan aktiviti konvoi berbasikal di sekitar ibu kota pada setiap malam minggu, sejak akhir-akhir ini.

Tinjauan Sentral mendapati, penunggang basikal yang terdiri dari golongan remaja itu gemar bergerak secara berkumpulan lebih dari 10 orang namun tidak mementingkan aspek keselamatan.

Tidak ada siapa yang marah sekiranya mahu beriadah, tetapi gelagat anak muda ini yang tidak mengenakan pakaian sesuai termasuk memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan, merimaskan pengguna jalan raya lain. Mereka turut mengayuh basikal sesuka hati di celah kenderaan di tengah jalan raya tanpa memikirkan bahaya.

Selain tidak mempunyai alat kelengkapan keselamatan berbasikal seperti lampu dan pantulan cahaya, mereka sukar dilihat pemandu kenderaan hingga menyebabkan ada di antara mereka hampir dilanggar.

Aktiviti terbabit dapat dilihat selepas jam 9 malam hingga lewat pagi di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi.

Seorang pengguna, Mohd Zaidi Mohd Yassin, 28, berkata beliau hampir melanggar penunggang basikal terbabit ketika membawa keluarga bersiar-siar di bandaraya pada malam minggu, baru-baru ini.
"Tanpa memikirkan aspek keselamatan pengguna lain termasuk penunggang motosikal, mereka sewenang-wenangnya menunggang basikal di celah kenderaan di tengah jalan raya.

"Tidak ada siapa pun nak larang jika nak beriadah, tapi mestilah kena gaya dan tempatnya... bukannya di celah kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

"Jika tidak ada trek berbasikal yang disediakan sekali pun, itu bukan alasan untuk mereka bergerak tengah-tengah jalan raya..Seharusnya pihak berkuasa memantau masalah ini..jangan berlaku sesuatu yang tidak diingini barulah hendak bertindak," katanya.

Rakannya, Shahril Abdul, 27, berkata pemantauan segera perlu diambil pihak berwajib berikutan aktiviti berbasikal di sekitar jalan raya makin menjadi kegilaan anak muda masa kini.

"Jangankan nak menunjukkan basikal yang cantik itu pada orang ramai hingga sanggup membahayakan diri sendiri.

"Mereka perlu sedar, kenderaan lain terpaksa memperlahankan pergerakan jika kumpulan ini melintas sekali gus boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan