Utusan Online - Mahkamah |
Pembantu jualan didakwa rogol pelajar dalam kereta mewah Posted: Pembantu jualan didakwa rogol pelajar dalam kereta mewah
KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang pembantu jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah kereta mewah, dua minggu lalu. Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa terbabit dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih di tepi Jalan Kosas 3/9, Ampang Jaya di sini pada pukul 11 pagi, 11 Mei lalu. Pemuda tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan mengelakkan gangguan terhadap mangsa. Peguam Roslan Hassan yang mewakili Khairul Ivan Iqmal bagaimanapun memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh telah bekerjasama dengan pihak polis sepanjang siasatan dijalankan. Hakim Manira Mohd. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis yang berhampiran kediamannya pada Sabtu pertama setiap bulan. Beliau menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan kes tersebut. Memetik laporan akhbar 12 Mei lalu, tertuduh didakwa mengekori remaja terbabit yang dikatakan sedang berjalan kaki. Lelaki tersebut yang bersendirian didakwa telah memberhentikan kenderaan di hadapan remaja itu sebelum bertindak menariknya masuk ke dalam kereta tersebut serta merogolnya. | ||
Seleweng petrol bernilai RM87,006, anggota APMM mengaku tidak bersalah Posted: Seleweng petrol bernilai RM87,006, anggota APMM mengaku tidak bersalahALOR SETAR 24 Mei - Selepas seminggu mengaku bersalah atas 42 pertuduhan pecah amanah dua tahun lalu, seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini mengubah pengakuan tersebut di Mahkamah Sesyen di sini. Laskar Kanan Maritim Azman Md. Noh, 48, yang sepatutnya dijatuhi hukuman hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah terhadap semua tuduhan dan memberitahu akan melantik peguam bela mewakilinya. Pada 18 Mei lalu, Azman dihadapkan pertama kali ke mahkamah atas 42 pertuduhan pecah amanah melibatkan penyelewengan minyak petrol membabitkan sejumlah RM87,006 di Kuala Kedah di sini, dua tahun lalu. Tertuduh yang berkhidmat sebagai pegawai pengangkutan kenderaan rasmi Maritim Malaysia, Pangkalan Kuala Kedah dibekalkan dengan kad minyak Petronas smartpay didakwa melakukan pecah amanah iaitu menggunakan kad minyak itu bagi membeli minyak petrol untuk kepentingan diri. Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di Stesen Minyak Petronas Imbang Moden Sdn. Bhd., di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah di sini antara 3 Januari 2009 dan 23 September 2009. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda bagi setiap pertuduhan. Hakim Mohd. Rosli Osman menetapkan 14 Jun ini sebutan semula kes tersebut. Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Iznina Hanim Hashim dan A. Hafiz Abu Bakar. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan