Utusan Online - Selatan |
- Tarah bukit serius di NS
- Masalah paip pecah di Krubong diatasi
- Maybank dekati rakyat melalui program komuniti
Posted: Tarah bukit serius di NSOleh AINOL AMRIZ ISMAIL SEREMBAN 25 Mei - Aktiviti pencerobohan hutan dan menarah bukit secara haram di negeri ini adalah serius terutamanya di kawasan Hutan Lipur Batu Maloi di daerah Tampin. Perkara ini didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan menjelaskan sebanyak lima bukit di kawasan hutan berkenaan telah pun ditarah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. ''Kerajaan negeri kesal dengan kejadian ini dan tindakan ke atas individu terbabit telah pun diambil oleh pihak berkuasa," katanya. Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. Katanya, selain di daerah Tampin beberapa kawasan di Jelebu serta Rembau turut dikenal pasti sebagai lokasi pencerobohan dan penebangan haram yang dibuat pihak berkepentingan dengan menggunakan Orang Asli di kawasan berkenaan. ''Tidak mungkin ia dilakukan oleh Orang Asli sendirian kerana mana mampu mereka hendak menyewa jentolak dan alat pemotong pokok yang besar. ''Ini dilakukan oleh pihak ketiga yang mengambil kesempatan daripada Orang Asli untuk melakukan kerja yang menyalahi undang-undang ini," katanya. Tambah Mohamad, beberapa kawasan yang ditarah itu pula telah dibina penempatan di lereng bukit dan keadaan ini membahayakan jika berlaku pergerakan tanah. Justeru, beliau meminta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan dan polis untuk memantau perkembangan ini secara serius dan mengelakkan daripada pencerobohan dilakukan terhadap hutan simpan milik kerajaan ini. ''Isu Orang Asli ini rumit kerana mereka dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu perkara ini tidak boleh dibiarkan dan perlu ada mekanisme untuk menanganinya," jelasnya. Jelasnya, kalau ditinjau di kawasan Hutan Simpan Batu Maloi itu ketika ini, yang kini menjadi kawasan tadahan air dan taman rekreasi, ia amat mendukacitakan. ''Kita akan terus menahan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh hutan ini. Lambat laun perancangnya akan tumbang juga," ujar Mohamad. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Masalah paip pecah di Krubong diatasi Posted: Masalah paip pecah di Krubong diatasi
MELAKA 25 Mei - Masalah kekerapan berlaku paip pecah di Krubong dekat sini berakhir setelah Syarikat Air Melaka (SAMB) berjaya membuat penyambungan paip 900 milimeter bagi melengkapkan projek fasa kedua semalam. Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Mohd. Khalid Nasir berkata, apabila selesai projek fasa kedua itu, kira-kira 32,000 pengguna di kawasan tersebut tidak lagi menghadapi masalah bekalan air yang sering terputus. Menurutnya, SAMB memperuntukkan RM5.9 juta bagi melengkapkan penyambungan paip bagi fasa pertama dan kedua sekali gus mengatasi masalah kekerapan berlakunya paip pecah di sekitar Krubong. ''Ini membuktikan SAMB amat prihatin terhadap sebarang masalah yang dihadapi pengguna berhubung dengan paip pecah yang kerap berlaku. ''SAMB telah membuat penyambungan dan diharap selepas ini penduduk di sekitar Krubong tidak lagi merungut kerana kerap terputus bekalan air," katanya di sini baru-baru ini. Turut menyaksikan penyambungan paip tersebut ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman. Kerja-kerja penyambungan paip tersebut berjalan lancar bermula kira-kira pukul 10.00 malam dan berakhir 3.30 pagi semalam. Kawasan yang kerap dilanda masalah paip pecah ialah seluruh kawasan dan Taman di Tanjung Kling dan Pantai Puteri, Pantai Rombang, Pantai Kundur dan Tanah Merah Jaya. Antara kawasan lain yang turut terlibat seluruh kawasan dan Taman di Air Salak, perindustrian Tangga Batu, Tanjung Kling, Petronas Penapisan Melaka dan Pusat Tahanan Imigresen. Dalam perkembangan lain, Mohd. Khalid berkata, SAMB akan membina sebuah loji air Bertam Fasa 2 yang menelan kos pembinaan RM65juta dan projek pembinaan stesen air mentah di empangan Durian tunggal bernilai RM30 juta. Kesemua projek tersebut katanya, dijangka siap sepenuhnya penghujung Disember 2012. Jelasnya, kedua-dua projek tersebut apabila siap kelak, ia akan dapat membekalkan air di sekitar DUN Sungai Udang dan Parlimen Bukit Katil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Maybank dekati rakyat melalui program komuniti Posted: Maybank dekati rakyat melalui program komuniti
JEMPOL 25 Mei - Usaha Malayan Banking Bhd. (Maybank) mendekati warga Felda dipuji kerana ia dapat membantu melengkapkan urusan kewangan dan perkhidmatannya secara lebih mesra. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, langkah institusi kewangan ini yang dilihat satu tanggungjawab sosial korporatnya, sebenarnya telah memberi kemudahan untuk penduduk berurusan dengan mereka. ''Bukan sahaja Maybank dapat mendekati rakyat, malahan rakyat juga dapat mengetahui dengan lebih jelas perkhidmatan yang diberikan. ''Ini termasuklah simpanan, kemudahan kredit, bantuan perniagaan dan sebagainya," katanya selepas hadir pada program Komuniti Maybank di Kompleks Rakan Muda, Bandar Seri Jempol di sini baru-baru ini. Kata Hasan, kerajaan juga menyambut baik usaha Maybank yang mahu membuka kaunter di pejabat pos di bandar ini tidak lama lagi. ''Ini memudahkan transaksi dilakukan, tambahan pula Maybank sedia ada terletak kira-kira 15 kilometer dari sini iaitu di Pekan Bahau," katanya. Dalam program yang berlangsung itu, lebih 1,000 orang membanjiri kompleks berkenaan, selain dihadiri lebih 200 kakitangan Maybank, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan lainnya. Antara yang turut serta adalah agensi seperti Felda, Kementerian Kesihatan, Pusat Zakat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pelajaran, Jabatan Perpaduan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan serta Hospital Pakar Senawang. Aktiviti yang dijalankan adalah sukan rakyat, kejohanan futsal dan bola baling, pertandingan mewarna, persembahan kebudayaan serta pameran. Sempena program itu juga, Maybank telah mengadakan pelbagai jualan amal dan hasilnya disalurkan ke rumah anak yatim berdekatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan