Harian Metro: Setempat |
Penumpang buka sendiri pintu kecemasan komuter terkandas Posted: 30 May 2011 12:12 PM PDT KUALA LUMPUR: "Kami terpaksa membuka sendiri pintu kecemasan komuter yang terkandas berhampiran Stesen Komuter Salak Selatan selepas sesak nafas untuk menyelamatkan diri," kata penumpang, Azreen Anuar, 21, yang dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, semalam. Azreen berkata, sebelum ini dia jarang menaiki komuter, namun kerana ingin ke TBS menyebabkan dia terpaksa menaikinya dan tidak menyangka menempuhi saat mencemaskan sehingga mengalami sesak nafas.
"Saya lihat ketika itu suasana kecoh tambahan ada bayi dan ibu mengandung yang panik.
Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi berkata, bomba menerima panggilan pada jam 6.16 petang.
"Seramai 500 penumpang yang terkandas di dalam komuter terbabit berjaya diselamatkan.
|
Maut ditumbuk lepas minta bayaran Posted: 30 May 2011 12:08 PM PDT AMPANG: Hanya kerana menuntut bayaran minuman RM30, seorang lelaki berusia 49 tahun maut apabila ditumbuk bertubi-tubi seorang lelaki warga Britain. Sebelum itu, lelaki terbabit tiba-tiba naik berang dengan insiden pergaduhan membabitkan mangsa dan seorang pelanggan wanita di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, lelaki yang juga abang kepada pemilik restoran berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
"Wanita terbabit memesan minuman keras dan selepas meminumnya, dia mahu meninggalkan restoran berkenaan tanpa membuat bayaran.
"Bengang dengan tindakan wanita itu, mangsa menarik tangannya untuk dibawa berjumpa pemilik restoran berkenaan.
Beliau berkata, lelaki terbabit menumbuk mangsa bertubi-tubi beberapa minit walaupun mangsa menjerit dan meminta suspek berhenti menumbuknya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan