Ahad, 22 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


120,000 ahli Pemuda UMNO tidak mendaftar sebagai pemilih

Posted: 22 May 2011 03:10 AM PDT

Mutakhir

GEORGETOWN: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti. "Kami belum cadangkan sebarang bentuk hukuman atau tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi, namun hakikatnya ialah mereka yang belum mendaftar ini adalah satu kerugian yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Khairy berkata, setakat ini Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai 600,000 ahli dan 120,000 didapati tidak mendaftar sebagai pemilih.

Katanya, Pemuda UMNO Perak berjaya mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata, semua ahli parti haruslah meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan diri atau puak dalam parti kerana tidak ada maknanya seseorang itu berebut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin dalam parti sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan belum putuskan harga RON95: Ismail Sabri

Posted: 22 May 2011 03:06 AM PDT

Mutakhir

BUTTERWORTH: Rakyat tidak perlu gusar dengan kemungkinan kenaikan harga petroleum termasuk petrol RON95 kerana kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengekalkan pada harga semasa atau menaikkan harga bahan bakar itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kajian ke atas bahan api itu dilakukan selaras pelan Rasionalisasi Subsidi bahawa setiap enam bulan sekali, satu kajian semula perlu dibuat ke atas subsidi minyak.

"Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk inflasi dan beban rakyat kerana rakyat adalah keutamaan Barisan Nasional (BN) sebelum memutuskan sebarang keputusan mengenai semakan semula. "Apa yang saya boleh katakan, minyak tidak akan turun tetapi harga petrol naik atau kekal, akan ditentukan selepas keputusan pelarasan yang akan dibuat akhir bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim.

Ismail Sabri berkata, walaupun harga petrol RON97 meningkat kepada RM2.90 seliter, ia tidak bermakna harga petrol tidak naik lagi dan jaminan harga minyak akan kekal selama-lamanya.

"Tahun lalu tanggungan subsidi hanya RM8 bilion, tetapi disebabkan minyak mentah dunia meningkat hingga mencecah AS100 setong, tanggungan kerajaan mencecah RM18 bilion.
"Jika difikirkan, mengapa perlu kita menyuntik wang yang banyak bagi mengekalkan harga minyak di negara ini, sedangkan wang itu boleh digunakan untuk projek yang memberi kebaikan kepada rakyat termasuk membasmi kemiskinan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan