Ahad, 22 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


GiatMara tawar kursus spa

Posted:

GiatMara tawar kursus spa

GiatMara tawar kursus spa

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

TASEK GELUGOR 21 Mei - Pusat GiatMara Prima di sini mempelawa golongan bumiputera berusia 15 tahun ke atas termasuk lepasan sekolah untuk mengikuti Kursus Holistik dan Kesihatan Spa yang baru diperkenalkan mulai tahun ini.

Pengurus GiatMara Prima Tasek Gelugor, Ismadi Ishak berkata, antara syarat-syarat bagi menyertai kursus tersebut ialah warganegara Malaysia, sihat tubuh badan, boleh membaca, menulis dan mengira serta berminat dengan kursus berkaitan spa dan terapi.

"Kursus ini menawarkan modul-modul keselamatan dan kebersihan, pengurusan spa, khidmat pelanggan, teknik rawatan diri yang betul serta penggayaan diri dan postur tubuh yang menarik.

"Selain itu terdapat juga modul-modul penyediaan bahan-bahan untuk perawatan muka, urutan aromaterapi dan tradisional, mandi lulur, mandi susu, mandi bunga tradisional dan sauna," katanya di sini baru-baru ini.

Ismadi memberitahu, pelatih yang berjaya menamatkan kursus itu berpeluang menjadi pengusaha atau pembantu spa selain menceburkan diri dalam industri spa dan aromaterapi.

Kursus Holistik dan Kesihatan Spa katanya, mengambil masa selama satu semester atau enam bulan pengajian dengan pengambilan pelatih dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

"Bagaimanapun, kami masih membuka pendaftaran bagi kemasukan pertama tahun ini dan mereka yang berminat dan menepati syarat yang ditetapkan boleh menghubungi kami. Walaupun keutamaan diberi kepada penduduk tempatan, kursus ini turut dibuka kepada pemohon dari seluruh negara selagi mereka memenuhi syarat yang ditetapkan," katanya.

Jelasnya, pelatih layak mendapat pelbagai kemudahan seperti latihan percuma, elaun RM200 setiap bulan bagi kursus sepenuh masa, latihan sukan dan rekreasi, Sijil Kemahiran GiatMara serta berpeluang diserap mengikuti program keusahawanan selepas tamat latihan.

Selain itu, pelatih juga akan menerima penganugerahan Sijil Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selepas tamat pengajian.

Menurut Ismadi, pelatih juga akan menjalani kerja-kerja amali dan latihan industri dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta pengusaha industri.

Mereka yang berminat atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh menghubungi GiatMara Prima Tasek Gelugor di talian 04-5756163.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua pelajar OKU peroleh kejayaan cemerlang

Posted:

Dua pelajar OKU peroleh kejayaan cemerlang

Dua pelajar OKU peroleh kejayaan cemerlang

IPOH 21 Mei - Walaupun cacat pendengaran, keazaman yang tinggi membolehkan dua orang kurang upaya (OKU) memperoleh kejayaan seperti pelajar lain.

Ini terbukti dengan kejayaan Farahiyah Hussin, 23, dan Chuah Shyang Chyi, 22, yang masing-masing memperoleh Sijil Kejuruteraan Awam pada majlis Konvokesyen ke-40 Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini hari ini.

Farahiyah mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.83 dalam peperiksaan manakala Shyang Chyi, memperoleh CGPA 3.53.

Farahiyah yang berkomunikasi dengan wartawan menggunakan bahasa isyarat menerusi kakaknya, Hamidah, 36, berkata, kegigihan belajar selama ini telah membolehkan dia mencapai kejayaan itu.

"Saya akan mencari pekerjaan dahulu sebelum melanjutkan pelajaran bagi mencapai cita-cita menjadi guru bahasa," kata anak kepada peneroka Felda di Bentong, Pahang.

Dia ditemui selepas majlis itu yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Mohlis Jaafar di PUO di sini.

Pada sidang pertama tersebut, seramai 1,543 graduan sesi Januari 2010 menerima diploma dan sijil masing-masing bagi Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Perkapalan.

Shyang Chyi, yang merupakan anak kepada ahli perniagaan dari Pulau Pinang, sangat rajin belajar menurut ibunya, Lim Mee Lee, 47.

Katanya, dia gembira kerana anaknya menerima sijil walaupun cacat pendengaran sejak kecil.

Pada majlis itu, dua pelajar menerima Anugerah Pengarah Politeknik kerana kejayaan cemerlang mereka dalam akademik dan kokurikulum.

Mohamad Hazri Abdan, 22, dan Muhammad Najib Aziz, 21, masing-masing menerima hadiah berupa plak, sijil dan sebuah komputer riba.

Mohamad Hazri adalah penerima Diploma Kejuruteraan Awam manakala Muhammad Najib menerima Sijil Kejuruteraan Mekanikal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

101 saman dalam operasi 3 jam

Posted:

101 saman dalam operasi 3 jam

101 saman dalam operasi 3 jam

ARAU 21 Mei - Sebanyak 101 saman telah dikeluarkan polis dalam operasi bersepadu melibatkan dua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) iaitu Kedah dan Perlis serta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Operasi selama tiga jam bermula pukul 4 petang yang julung kali diadakan itu dilakukan di Kilometer 27.9 Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun dan Kilometer 30 Lebuh Raya Changlun-Perlis.

Ia melibatkan seramai 44 anggota dan pegawai dengan diketuai Penguat Kuasa Trafik Bukit Aman, Deputi Supritendan, Tan Hock Tho.

Menurut Hock Tho, operasi itu bertujuan mengesan pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan kenderaan yang tidak memiliki lesen komersial.

"Ia rutin yang mana kita turun untuk membantu IPK di setiap negeri untuk mempereratkan kerjasama antara semua anggota.

"Ia akan kerap dilakukan bagi menyedarkan para pemandu tentang pematuhan terhadap peraturan jalan raya," katanya ketika ditemui selepas operasi di sini, semalam.

Katanya, saman-saman yang dikeluarkan melibatkan 56 kesalahan had laju, nombor pendaftaran (34), lesen (empat), cukai jalan (dua) dan lima saman bagi lain-lain kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan