Utusan Online - Jenayah |
Posted: Penduduk belasah suspek curiOleh ANGELINA SINYANG Seorang pemuda digari oleh pihak polis selepas diberkas oleh orang ramai kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di Bandar Baru Bangi, semalam. KUALA LUMPUR 22 Mei – Akibat geram kegiatan curi motosikal dan pecah rumah semakin menjadi-jadi, sekumpulan penduduk bertindak membelasah seorang lelaki yang disyaki suspek jenayah itu yang berjaya diberkas sebelum diserahkan kepada polis. Suspek sudah lama dicari oleh penduduk kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dekat sini. Menurut sumber, lelaki terbabit bagaimanapun tersilap langkah apabila mengunjungi sebuah restoran di situ semalam untuk membeli minuman yang kebetulan ada pengunjung mengenalinya. "Para pengunjung restoran kemudian berpakat mengejar dan berjaya memberkasnya di hadapan restoran berkenaan. "Dia kemudian dibelasah hampir sejam sebelum polis tiba dan membawanya ke balai untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini. Sumber itu berkata, suspek yang dibelasah mengalami kecederaan di kepala, tetapi tidak serius. | ||
Posted: Ah long makin ganasOleh NURUL HUDA HASSAN
JOHOR BAHRU 22 Mei – Kumpulan peminjam wang atau ah long kini dilihat semakin mengganas dan seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila turut bertindak menyimbah cat ke rumah individu yang tidak pernah menjadi pelanggan mereka. Perkara berkenaan didedahkan oleh Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh Sew Hock apabila pihaknya menerima tiga aduan seumpama itu yang berlaku di Taman Ungku Tun Aminah di Skudai dekat sini semalam. Menurutnya, tindakan sekumpulan ah long yang turut mengunci pintu pagar ketiga-tiga mangsa itu menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan kerana khuatir perkara tidak diingini berlaku terutama membabitkan keselamatan keluarga. "Perkara ini agak membimbangkan kerana semua mangsa mengaku tidak pernah berhutang dengan ah long dan kita juga percaya mungkin mereka tersilap sasaran," katanya kepada pemberita selepas melawat salah seorang mangsa di sini hari ini. Dalam pada itu, seorang ibu tunggal, Dieh Hua Ing, 54, ketika ditemui mengakui dia kini hidup dalam ketakutan selain trauma disebabkan tindakan dipercayai ah long yang menyimbah cat merah ke rumahnya. Tambahnya, ketika kejadian, dia bersama anak perempuannya yang berusia 16 tahun tiada di rumah dan insiden tersebut hanya disedari jirannya yang mendakwa melihat dua lelaki menaiki kereta melempar cat merah ke rumahnya pada pukul 1 petang semalam. "Saya memang tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak terutama ah long tetapi saya tidak tahu mengapa rumah saya menjadi sasaran, mungkin mereka tersalah rumah tapi saya tetap rasa bimbang," ujarnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan meminta pihak yang menyaksikan kejadian itu tampil memberi maklumat kepada poliS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan