Ahad, 8 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


2 ditahan bersama 20 ketulan ganja

Posted:

2 ditahan bersama 20 ketulan ganja

2 ditahan bersama 20 ketulan ganja

ALOR SETAR 7 Mei - Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya dua lelaki bersama 20 ketulan ganja mampat bernilai RM50,000 setelah menahan dua kereta di Taman Tuanku Haminah, Sungai Petani, dekat sini malam semalam.

Dalam serbuan di hadapan sebuah kedai kira-kira pukul 9 malam itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kedah memberkas kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 34 dan 44 tahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan terhadap kereta Toyota L.E terbabit menemui sebuah kotak di dalam but yang mengandungi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja.

Katanya, kesemua ganja yang dianggarkan seberat 19 kilogram itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk diedarkan di selatan Semenanjung.

"Siasatan awal mempercayai mereka daripada satu sindiket pengedaran dadah. Hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati positif ganja," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Ahmad, suspek yang berusia 34 tahun itu bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta, manakala seorang lagi ialah peniaga.

Katanya, semakan rekod jenayah mendapati suspek pertama pernah terlibat dalam kes jenayah, manakala suspek kedua mempunyai dua rekod kesalahan di bawah Akta Dadah serta baru empat bulan keluar penjara atas kesalahan mengedar dadah.

Beliau berkata, polis turut merampas dua buah lagi kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Toyota Altis, milik kedua-dua suspek bagi membantu siasatan.

"Polis mendapat perintah tahanan reman ke atas mereka selama lima hari bermula hari ini. Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2,971 pelajar Tapah terima Netbook

Posted:

2,971 pelajar Tapah terima Netbook

2,971 pelajar Tapah terima Netbook

TAPAH 7 Mei - Sebanyak 2,971 komputer riba 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar luar bandar di Parlimen Tapah dalam usaha membantu masyarakat di kawasan itu supaya celik teknologi maklumat (IT).

Komputer riba berkenaan yang disumbangkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), merupakan sebahagian daripada 1.2 juta komputer di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang diagihkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan berkata, pemberian komputer berkenaan bertujuan mencapai matlamat kerajaan untuk meluaskan kadar penembusan akses jalur lebar di kalangan penduduk di negara ini.

"Mereka yang layak menerima Netbook terdiri daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian komputer 1Malaysia di Padang Majlis Daerah Tapah di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taja akhbar Utusan

Posted:

Taja akhbar Utusan

Taja akhbar Utusan

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


M. SARAVANAN (kiri) menyampaikan replika tajaan 7,200 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada Mohd. Basir Abdul Rahim di Tapah, Perak, semalam.


TAPAH 7 Mei - Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan menaja 7,200 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk lima buah sekolah terpilih di kawasan Parlimen berkenaan yang bernilai RM10,800 sepanjang tahun ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, penajaan tersebut merupakan komitmen pihaknya dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar terutamanya mereka yang akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Justeru itu katanya, sisipan Utusan Malaysia seperti ADaP dan eLab akan dibekalkan pada hari Selasa dan Khamis di setiap sekolah dalam membantu guru meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan.

"Utusan Malaysia mempunyai kandungan maklumat berguna yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

"Saya yakin dengan adanya ilmu pengetahuan yang terkandung dalam ADaP dan eLab, ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk bersedia dengan soalan-soalan ramalan bagi menghadapi peperiksaan akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek penajaan Utusan Malaysia kepada Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Basir Abdul Rahim di Padang Majlis Daerah Tapah, di sini hari ini.

Saravanan berkata, penajaan itu juga bagi menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar terhadap bahan bacaan berbentuk ilmiah seperti akhbar Utusan Malaysia.

Selain itu, katanya, ia juga merupakan tanda sokongan pemimpin dalam menghargai sumbangan Utusan Malaysia bagi menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat.

"Dengan adanya Utusan Malaysia, ia dapat menampung kekurangan bahan bacaan bermutu kepada guru dan pelajar di kawasan ini seterusnya mampu meningkatkan prestasi para pelajar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan