Ahad, 8 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kerjasama dengan Kemboja

Posted:

Kerjasama dengan Kemboja

Kerjasama dengan Kemboja

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 7 Mei - Melaka akan meningkatkan kerjasama dua hala dengan Kemboja dalam bidang pendidikan, pelancongan kesihatan dan bandar raya berkembar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerjasama itu termasuk mengadakan hubungan lebih erat dalam bidang tanaman getah, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi dan kejuruteraan.

Katanya, Kemboja yang diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia pada 1992 turut berkongsi pandangan berhubung perancangan pembangunan di Melaka yang juga mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2008.

"Selain berkongsi pengalaman tentang tapak warisan ini, turut dibincangkan ialah pelaburan dalam bidang pendidikan, tanaman getah dan pelancongan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Dr. Sok An di Hotel Casa del Rio di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Ali, beliau akan membuat lawatan balas ke Kemboja Oktober ini untuk mempelawa mereka menghantar lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di universiti di negeri ini.

Sementara itu, Sok An berkata, persamaan yang banyak antara Melaka dan Kemboja terutamanya dalam bidang pelancongan kebudayaan memudahkan kerjasama hubungan dua hala itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penunggang maut dirempuh kereta

Posted:

Penunggang maut dirempuh kereta

Penunggang maut dirempuh kereta


Keadaan motosikal dan kenderaan pelbagai guna yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 11.2, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, kelmarin.


TELOK KEMANG 7 Mei - Seorang pemuda maut selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 11.2 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, di sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan pukul 2.50 pagi itu, mangsa, K. Tangasamy, 29, yang menunggang motosikal Yamaha Y110 maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di anggota badannya.

Jurucakap polis memberitahu, kejadian itu berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa terbabas di sebelah kiri jalan selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

"Pemandu kenderaan MPV dilaporkan terselamat," katanya di sini, semalam.

Jurucakap itu memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk tujuan bedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penuntut politeknik maut, kereta rempuh lori

Posted:

Penuntut politeknik maut, kereta rempuh lori

Penuntut politeknik maut, kereta rempuh lori

SEREMBAN 7 Mei - Seorang penuntut Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan besi lusuh dari arah belakang di Kilometer 263.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

Dalam kemalangan pukul 5 petang itu, mangsa, Muhammad Safwan Abdul Kadir, 20, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

"Mangsa yang memandu Proton Gen 2 itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lori berkenaan dari arah belakang dari lorong kiri lebuh raya berkenaan.

"Lori itu juga hilang kawalan sebelum terbalik di lorong tengah mengakibatkan pemandu dan kelindannya turut cedera," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini, untuk rawatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan