Ahad, 8 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Selesai dalam semangat ASEAN

Posted:

Selesai dalam semangat ASEAN

Selesai dalam semangat ASEAN

Noraini Abd. Razak


Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-18 di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia, semalam. – BERNAMA


JAKARTA 7 Mei – Malaysia mahu pertikaian sempadan Thailand- Kemboja diselesaikan di dalam rangka kerja 'keluarga' ASEAN dan segala instrumen sedia ada untuk membendung konflik dan menyelesaikan isu tersebut mesti digunakan sepenuhnya.

Pendirian Malaysia itu disuarakan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi Pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 yang bermula di sini, hari ini.

Malaysia juga, kata Perdana Menteri, akan terus menyokong peranan Pengerusi ASEAN iaitu Indonesia untuk membantu kedua- dua negara mencari jalan penyelesaian kepada pertikaian yang tercetus sejak abad ke-11 lagi.

Sidang kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta itu dirasmikan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang merupakan Pengerusi ASEAN.

Pertikaian kawasan berhampiran Kuil Preah Vihear yang terletak antara sempadan Thailand-Kemboja itu turut menarik perhatian ketua-ketua negara ASEAN yang hadir pada sesi pleno itu kecuali Singapura yang diwakili Menteri Kanan, Prof. S. Jayakumar.

Seperti Malaysia, mereka juga sentiasa memberi sokongan terhadap peranan Indonesia sebagai orang tengah pertikaian tersebut dalam usaha mengembalikan keamanan di kedua-dua negara.

Selain itu, Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, perbincangan sesi pleno berkisar kepada dua agenda penting iaitu 'Pelaksanaan Piagam ASEAN dan Komuniti ASEAN' serta 'Pelaksanaan Pelan Induk Perhubungan ASEAN'.

Manakala intervensi Malaysia pula tertumpu kepada tema 'ASEAN Penunjuk Cara' sebagai usaha untuk menjadikan pertubuhan tersebut contoh terutamanya menerusi komuniti bersepadu yang membolehkannya membentuk pembangunan global.

Perkara-perkara yang dicadangkan Malaysia menyentuh:

n Pendidikan. Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN dicadangkan supaya mengkaji idea memindahkan kredit antara universiti-universiti di rantau ini supaya penuntut berpeluang belajar sekurang-kurangnya setahun di negara ASEAN.

n Perhubungan. Setiap negara mesti menggalakkan syarikat tambang murah dan penerbangan milik negara menambah kekerapan penerbangan di kalangan anggota.

n Keselamatan tenaga. Menjalin projek-projek penjanaan kuasa sama ada dua hala dan pelbagai hala bagi membolehkan penduduk serantau memperoleh sumber elektrik yang stabil sekali gus akan merangsang pembangunan ekonomi.

Selain itu, Perdana Menteri turut menekankan tentang generasi muda yang memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dunia masa kini.

Beliau turut menggesa golongan muda supaya menggunakan kemudahan terkini seperti Internet dan jalinan rangkaian sosial untuk melakukan perubahan yang konstruktif.

Mengenai penglibatan orang muda dalam proses politik, katanya, ia bukan berkaitan membuang undi semata-mata sebaliknya mengundi dengan bijak. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin mewakili Asia berucap pada persidangan Asem

Posted:

Muhyiddin mewakili Asia berucap pada persidangan Asem

Muhyiddin mewakili Asia berucap pada persidangan Asem

Rosni Hassan

COPENHAGEN 7 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mewakili Asia untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah (Asem) Ketiga di sini yang bermula esok.

Pada hari pembukaan persidangan itu yang diadakan di Axelborg Hall di sini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran antara lain akan menyentuh mengenai kepentingan kerjasama pendidikan antara negara-negara Eropah dan berkongsi pengalaman Malaysia dalam membangunkan bidang pendidikan.

Menurut Duta Malaysia ke Sweden, Datuk Kamarudin Mustafa, mesyuarat itu penting untuk pemimpin-pemimpin negara terlibat meneroka peluang kerjasama yang wujud dalam bidang pendidikan serta bertukar-tukar pengalaman dan maklumat mengenainya.

''Malaysia amat memberi penekanan kepada pendidikan terutama bidang sains dan teknikal dan bidang ini memang diberi keutamaan di kalangan negara-negara Eropah terutama Denmark.

"Masih ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Sweden, Norway dan Denmark memang terkenal dari segi pencapaian mereka dalam bidang kejuruteraan, teknikal dan kedoktoran," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Persidangan kali ini diadakan selama tiga hari bermula esok dengan sesi pleno pertama dimulakan pada Isnin ini dengan ucapan pembukaan oleh Menteri Pelajaran Denmark, Troels Lund Poulsen.

Muhyiddin dijadual menyampaikan ucapan pada sesi pertama bertajuk 'Penggabungan Perniagaan dan Industri dalam Pendidikan' pada sesi pleno pertama persidangan tersebut.

Mengulas lanjut, menurut Kamarudin, pelajar Malaysia lebih berminat melanjutkan pelajaran di negara-negara lain dalam bidang teknikal dan kedoktoran walaupun Denmark sebelum ini menawarkan pengajian percuma dalam bidang tersebut.

Jelasnya, mulai tahun ini, negara terbabit mengenakan bayaran bagi pengajian di peringkat ijazah dan sarjana bagaimanapun masih menawarkan pembelajaran percuma di peringkat doktor falsafah (PhD), termasuk bagi pelajar-pelajar asing.

''Kemudahan yang diberikan itu telah menarik kehadiran 12 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sini sekarang dengan kebanyakan daripada mereka adalah dari Universiti Putra Malaysia (UPM)," katanya.

Sementara itu, menurut beliau, malam esok, Muhyiddin dijadual mengadakan pertemuan dengan lebih 80 rakyat Malaysia termasuk para pelajar di Denmark dan Sweden pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

Kamarudin berkata, terdapat 157 rakyat Malaysia di Denmark yang berdaftar dengan pihak kedutaan, termasuk para pelajar.

''Selain itu, ada juga rakyat Malaysia yang bekerja di sini dalam bidang melibatkan cari gali minyak dan gas serta perkapalan," jelasnya.

Beliau berkata, jumlah dagangan Malaysia -Denmark adalah kira-kira RM300 juta dan ia lebih memihak kepada Malaysia.

Jelasnya, banyak peluang perniagaan boleh diterokai oleh usahawan dari Malaysia agar lebih banyak barangan tempatan dapat menembusi pasaran Denmark. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga NGO buat lima laporan polis

Posted:

Tiga NGO buat lima laporan polis

Tiga NGO buat lima laporan polis


Sharifuddin Abdul Hamid (dua dari kanan) bersama ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menunjukkan berita muka depan akhbar Utusan Malaysia dan laporan polis di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Mei - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan diketuai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat lima laporan polis di seluruh negara berhubung dakwaan wujudnya pihak tertentu yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Laporan polis itu dibuat oleh Perkasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang selain Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang.

Yang Dipertua Perkasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sharifuddin Abdul Hamid berkata, pertubuhan itu memandang serius pendedahan ikrar paderi-paderi dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi serta jawatan Perdana Menteri daripada penganut agama tersebut.

"Kami bimbang jika perkara ini benar terjadi, ia akan menyemarakkan api perkauman di kalangan masyarakat seterusnya memporak-perandakan negara ini.

"Oleh itu, Perkasa menggesa polis mengambil tindakan lanjut menyiasat kesahihan berita yang dilaporkan dan jika benar, tindakan wajar diambil dan mungkin perlu disiasat di bawah Akta Hasutan," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Di Kuantan, laporan polis dibuat Ketua Penerangan Perkasa negeri, Muhd. Faiz Hashim di IPD Kuantan manakala di Kulaijaya oleh Pengerusi Perkasa daerah, Zainuddin Ali di IPD Kulaijaya.

Di Pulau Pinang, laporan dibuat oleh Ketua Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin di IPD Timur Laut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan