Sabtu, 7 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


2 lelaki perdaya 3 suri rumah

Posted:

2 lelaki perdaya 3 suri rumah

2 lelaki perdaya 3 suri rumah

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 6 Mei - Dua lelaki dikatakan memperdaya tiga suri rumah dengan menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memeriksa meter elektrik sebelum menyamun mangsa di rumah mereka di Taman Ria Jaya dan Jalan Bakar Sampah di sini semalam.

Kejadian antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 30 hingga 40 tahun kerugian beribu-ribu ringgit apabila barang kemas milik mereka dan sejumlah wang tunai dilarikan kedua-dua suspek.

Ketika insiden, mangsa dikatakan berada dalam rumah sebelum didatangi dua suspek menaiki motosikal yang memakai uniform syarikat berkenaan untuk memeriksa meter di rumah teres mereka itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, suspek kemudian meminta izin untuk masuk ke dalam rumah dan memeriksa sistem pendawaian elektrik.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, membenarkan suspek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja masuk, suspek terus mengacu pisau ke arahnya.

"Suspek kemudian menggeledah rumah dan melarikan sejumlah wang tunai dan barang kemas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Aik Chang, kes berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dilaporkan di daerah ini.

Beliau berkata, suspek menjadikan golongan suri rumah yang kebanyakan suami mereka keluar bekerja sebagai sasaran.

Kes ini diklasifikasikan sebagai rompakan bersenjata mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki suspek, ujarnya.

Tambahnya, hasil maklumat mendapati TNB tidak menghantar kakitangannya untuk menjalankan pemeriksaan meter atau pendawaian elektrik di rumah pelanggan di kawasan sekitar.

"Saya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasuki rumah mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belajar seni, bahasa dengan bayaran RM10

Posted:

Belajar seni, bahasa dengan bayaran RM10

Belajar seni, bahasa dengan bayaran RM10


Seorang peserta membuat hiasan ukiran buah-buahan pada Karnival Kolej Komuniti Baling di Taman Baling Jaya, Pulai, Baling, kelmarin.


BALING 6 Mei - Program 1Malaysia di Karnival Kolej Komuniti Baling (KKB) di sini hari ini menjadi tumpuan orang ramai khususnya pelajar apabila menawarkan kursus pelbagai bahasa selama 32 jam dengan bayaran hanya RM10 seorang.

Pengarah KKB, Asmah Othman berkata, selain mempelajari bahasa, program itu turut menawarkan kursus kesenian dan kemahiran untuk pengunjung berumur 15 tahun ke atas.

"Kursus bahasa yang ditawarkan ialah bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil, Thai dan Melayu," katanya pada karnival itu di pekarangan kolej berkenaan di Kota Baling Jaya, Pulai di sini semalam.

Asmah berkata, kursus kesenian juga dikenakan bayaran RM10 seorang manakala kursus kemahiran dikenakan bayaran RM20 seorang untuk tempoh 32 jam.

Beliau berkata, tujuan karnival tersebut adalah untuk memberi peluang kepada pelajar dan orang ramai meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kolej tersebut.

Katanya, karnival bertemakan Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran itu menyediakan tenaga pengajar berpengalaman.

Tambahnya, pihaknya berharap kursus bahasa terutama bahasa Inggeris dapat menyediakan peluang belajar kepada pelajar yang mahu meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Jelasnya, kursus itu hanya dibuat pada hujung minggu dan waktu malam untuk memudahkan orang ramai memilih waktu dan berkesempatan menghadirinya.

Katanya lagi, warga emas, orang kurang upaya (OKU), penjawat awam dan komuniti setempat hanya perlu membuat permohonan kepada pihaknya untuk menyertai kursus berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Alias guru pakar golok, parang kreatif

Posted:

Alias guru pakar golok, parang kreatif

Alias guru pakar golok, parang kreatif


ALIAS Abdul Rahman menunjukkan golok dan parang yang dihasilkannya di Kampung Gabus Pulai, Baling, baru-baru ini.


BALING 6 Mei - Sejak zaman dahulu seni ukiran kayu menjadi antara warisan tradisi orang Melayu yang terkenal kerana ketinggian seni dan penggunaan kayu yang bermutu.

Ia terserlah pada ukiran sama ada untuk dibuat rumah atau sebagai pemegang iaitu ulu senjata seperti parang, golok dan keris yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.

Kayu yang diukir juga digunakan untuk membuat sarung senjata yang masih lagi diminati.

Seorang guru, Alias Abdul Rahman, 46, menjadikan kebolehan yang dimilikinya untuk menghasilkan ukiran bermutu tinggi.

Alias adalah antara individu yang masih menjadikan kayu hutan yang banyak terdapat di negara ini sebagai produk bermutu tinggi dan menerima tempahan tinggi daripada pelanggan.

Masa cutinya banyak dihabiskan untuk membuat sarung golok atau parang dengan penuh berhati-hati bagi mendapatkan hasil bermutu berdasarkan pesanan pelanggan.

"Saya hanya menghasilkan produk ini jika mempunyai masa terluang bagi memastikan hasilnya bermutu," katanya ketika ditemui di bengkel berdekatan rumahnya di Kampung Gabus Pulai di sini baru-baru ini.

Ternyata sarung golok yang dihasilkan bapa kepada empat anak itu mendapat sambutan menggalakkan kerana bermutu tinggi dan dibuat daripada kayu bermutu tinggi termasuk kayu nangka yang tahan lama.

Bagi Alias yang sudah lebih 20 tahun menceburi bidang itu, kreativiti dalam menghasilkan produk itu tetap menjadi keutamaannya.

Katanya, corak ukiran kepala burung, bunga dan tumbuh-tumbuhan antara kegemarannya dalam menghasilkan sesuatu produk yang dibuat sepenuhnya dengan tangan.

Tambahnya, penghasilan senjata yang menjadi minat orang Melayu sejak dahulu mestilah selari dengan bentuk sarungnya supaya nampak lebih baik.

Mengenai harga produk yang dihasilkan, Alias berkata, ia bergantung kepada bentuk rekaan dan kecantikan bahan yang digunakan iaitu antara RM25 hingga RM300 setiap satu mengikut saiz dan seninya.

Bagaimanapun menurutnya, pelanggan mempunyai pilihan dan cita rasa sendiri dan dia akan menghasilkannya mengikut pilihan dan permintaan mereka serta tempoh menghasilkannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen