Sabtu, 7 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


PERKASA buat laporan polis berhubung pertemuan paderi

Posted: 07 May 2011 02:00 AM PDT

Mutakhir

GEORGETOWN: Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.
Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.
Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu. "Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan. Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ASEAN perlu bekerjasama hadapi persaingan sumber keperluan hidup

Posted: 07 May 2011 01:31 AM PDT

Mutakhir

JAKARTA: Negara anggota ASEAN diminta memberi penekanan kepada kerjasama dalam program jaminan bekalan makanan untuk rakyat dan penyelesaian masalah tenaga bagi menghadapi persaingan dunia dalam sumber keperluan hidup yang semakin terhad.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang membuat gesaan itu berkata keselamatan makanan dan keselamatan tenaga pada masa ini adalah cabaran yang amat besar bagi pertubuhan serantau itu.
"Pada masa ini kita sedang menghadapi harga makanan dan tenaga yang sangat tidak menentu dan cenderung terus meningkat di pasaran dunia. "Salah satu langkah yang harus kita ambil ialah pelaksanaan ASEAN Integrated Food Security Framework (Rangka Kerja Keselamatan Makanan Bersepadu) secara komprehensif, terutamanya dalam pengembangan serta pelaburan dalam bidang makanan," katanya semasa berucap merasmikan Sidang Kemuncak Asean ke-18 di sini hari ini. Indonesia menjadi pengerusi ASEAN untuk tempoh setahun ini. Sidang kemuncak dua hari bertema Komuniti ASEAN dalam Komuniti Global itu, dihadiri ketua-ketua kerajaan atau wakil mereka dari kesemua 10 negara anggota ASEAN. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengetuai delegasi Malaysia dalam lima mesyuarat sidang kemuncak itu -- Sidang Pleno dan Permukiman, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean dengan Wakil Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA), Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin-Pemimpin ASEAN dengan Wakil Belia, Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Asean dengan Wakil Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Sidang Kemuncak Ke-7 Segi Tiga Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
Turut serta dalam delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu ialah Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
Yudhoyono turut mengajak negara anggota ASEAN supaya mencari penyelesaian inovatif dalam mengatasi masalah keselamatan tenaga terutamanya melalui sumber tenaga baru dan tenaga yang boleh diperbaharui untuk mempelbagaikan bekalan tenaga dan mengurangkan penggunaan tenaga yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
"ASEAN harus memperkuat kerjasama kawasan dalam pengembangan sumber tenaga boleh diperbaharui dan tenaga alternatif, termasuk tenaga hidro dan geo-thermal. Salah satu caranya, kita harus memajukan pembangunan pusat-pusat penelitian dan pengembangan tenaga yang boleh diperbaharui di kawasan kita," katanya.
Dalam penanganan bencana alam, beliau berkata ASEAN harus mengutamakan langkah bagi meningkatkan penyelarasan serantau melalui pembentukan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana dan meneruskan latihan bersama penanganan bencana alam seperti yang telah dilaksanakan dalam Latihan Bencana Forum Serantau Asean di Manado, Indonesia pada Mac lalu. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan