Sabtu, 7 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Revolusi ICT perlu dijejaki

Posted:

Revolusi ICT perlu dijejaki

Revolusi ICT perlu dijejaki

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 6 Mei - Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kini rancak mendepani perubahan minda orang muda perlu dijejaki oleh seluruh agensi dan jabatan kerajaan.

Ini kerana kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, jika ia tidak dilakukan segera, maka segala maklumat dan dasar kerajaan tidak dapat disampaikan secara holistik terutamanya kepada orang muda yang sering mendapatkan maklumat menerusi alam maya atau dunia siber.

"Bukan bermakna media konvensional seperti buku atau risalah tidak lagi dipakai, tetapi keberkesanannya semakin berkurangan.

"Masyarakat hari ini lebih menggemari media baru di mana mereka boleh mengetahui apa sahaja maklumat termasuk berita dari seluruh dunia," katanya selepas menyampaikan penghargaan kepada 89 pesara kerajaan di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam temu bual bersama stesen radio HotFM hari ini berhubung penggunaan media baru sebagai elemen efektif menyampaikan maklumat terutama kepada golongan muda.

"Saya amat bersetuju dengan pandangan dan langkah Perdana Menteri kerana orang muda hari ini semakin matang kerana didedahkan dengan maklumat menerusi gajet elektronik yang canggih," ujarnya.

Dalam perkembangan itu katanya, kerajaan negeri akan melancarkan 'cetak biru ICT' yang baru pada Julai depan mencakupi tiga elemen iaitu jalinan kerja yang rapat dengan sumber perkhidmatan dan syarikat perantaraan serta merancakkan industri ICT di negeri ini bagi menarik minat masyarakat untuk terlibat sama.

"Turut dinyatakan dalam 'cetak biru' berkenaan ialah meramaikan masyarakat ICT yang menggunakan media baru ini," ujarnya.

Kata Mohamad lagi, peralihan kepada komunikasi cara baru memang perlu kerana revolusi ICT hari ini telah menguasai minda orang muda yang kesemuanya bergerak pantas dengan maklumat berada di hujung jari mereka.

"Jadi, jangan ketinggalan dalam revolusi ICT kerana maklumat perlu disampaikan melalui media elektronik dengan cepat dan tepat," ujar Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Segerakan peruntukan atasi masalah infrastruktur

Posted:

Segerakan peruntukan atasi masalah infrastruktur

Segerakan peruntukan atasi masalah infrastruktur


CHUA Kheng Hwa (kiri) bersama Sapiah Haron melawat kawasan yang mengalami masalah di sekitar Bemban pada Program Turun Padang di Bemban, Melaka, semalam.


MELAKA 6 Mei - Masalah kelewatan penyaluran peruntukan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di sini menyebabkan sebahagian kemudahan infrastruktur di kawasan itu gagal dilaksanakan untuk keperluan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Chua Kheng Hwa berkata, kelewatan itu menyebabkan masalah infrastruktur seperti longkang tersumbat, tembok saliran runtuh, ketiadaan dewan dan ketiadaan bekalan elektrik sukar diselesaikan segera.

Katanya, masalah ketiadaan bekalan elektrik di tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Ayer Panas sudah berlarutan selama tiga tahun.

"Kita dimaklumkan projek melengkapkan semua kemudahan ini sudah tersenarai untuk pelaksanaan pada tahun ini, namun disebabkan beberapa masalah, peruntukan projek tersebut lewat disalurkan.

"Pada masa ini, peruntukan bagi pelaksanaan untuk beberapa projek itu sudah berada di pihak Pejabat Daerah Jasin," katanya selepas mempengerusikan program turun padang peringkat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan DUN (Japerun) Bemban bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron dan lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu Kesang Jaya, Tehel, Bemban Jaya, Kampung Ayer Panas serta Kesang Tua.

Menurut Kheng Hwa, masalah kemudahan infrastruktur yang berlaku di DUN Bemban boleh diatasi segera sekiranya peruntukan bagi tujuan tersebut disalurkan secepat mungkin.

Pada masa sama katanya, sikap penduduk yang gemar membuang sampah di tempat tidak sepatutnya seperti di perhentian bas Taman Kesang Jaya menambah masalah yang dihadapi penduduk.

"MPHTJ sudah menyediakan tong sampah besar di kawasan taman itu, namun masih ada penduduk yang membuang sampah di perhentian bas sehingga menimbulkan masalah kebersihan dan akhirnya menyalahkan kontraktor serta pihak berkuasa terbabit," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesara diminta terus berbakti kepada masyarakat

Posted:

Pesara diminta terus berbakti kepada masyarakat

Pesara diminta terus berbakti kepada masyarakat


MOHAMAD Hasan (tengah) bergambar bersama sebahagian 89 pesara kerajaan selepas Majlis Penyampaian Penghargaan kepada pesara kerajaan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, semalam.


SEREMBAN 6 Mei - Pesara kerajaan diminta terus menabur bakti kepada masyarakat agar ilmu, kecekapan pentadbiran dan nasihat boleh digunakan untuk membangunkan penduduk sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan amat memerlukan golongan pesara khususnya daripada kalangan penjawat awam supaya dapat kembali memberikan khidmat secara sukarela dalam mana-mana pertubuhan, masjid dan kampung.

"Hari ini kerajaan menghadapi masalah untuk mencari pemimpin di kawasan kampung kerana ramai yang telah berhijrah ke bandar. Jika pesara ini kembali ke kampung masing-masing, gunakanlah ilmu dan pengalaman untuk bersama-sama membangunkan masyarakat setempat.

"Kerajaan amat mengalu-alukan sumbangan ini demi agama, bangsa dan negara," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian penghargaan kepada 89 pesara kerajaan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, tidak bermakna apabila sudah menjadi pesara, maka golongan terlibat terus bersara dalam menaburkan bakti dan khidmat kepada masyarakat.

Beliau turut menasihatkan pesara supaya menggunakan masa yang ada untuk bersama-sama ahli keluarga dan mendalami ilmu agama.

"Jagalah kesihatan kerana dahulu kita aktif bekerja, tetapi bila bersara macam-macam (penyakit) yang datang. Aktifkan diri dengan kerja sukarela," ujarnya.

Pada majlis itu, seramai 89 pesara yang menerima penghargaan puratanya telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam antara 28 hingga 41 tahun.

Antara mereka ialah pembantu am di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Amiruddin Adnan yang telah berkhidmat selama lebih 41 tahun dan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohamad Hassan yang berkhidmat lebih 40 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan