Khamis, 19 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Enggan bayar tanah dirampas

Posted:

Enggan bayar tanah dirampas

Enggan bayar tanah dirampas

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterangganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 18 Mei - Para pemilik yang masih culas menjelaskan tunggakan cukai tanah selama tiga tahun berturut-turut bakal berdepan tindakan tegas termasuk tanah mereka dirampas dan dilelong.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah ketika mengingatkan perkara demikian berkata, mereka perlu menjelaskan cukai tersebut mengikut tempoh ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Kita harap semua pemilik tanah membayar cukai mengikut tempoh yang ditetapkan untuk faedah rakyat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, katanya, kerajaan negeri memutuskan tempoh membayar cukai tanah yang sepatutnya berakhir 31 Mei ini dilanjutkan kepada 31 Julai depan.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat hari ini yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini.

"Mengikut Seksyen 94(2) Kanun Tanah Negara, para pemilik tanah dikehendaki membayar cukai tanah masing-masing pada atau sebelum 31 Mei ini dan jika gagal, mereka boleh didenda.

"Tapi hari ini kerajaan negeri bersetuju untuk lanjutkan tempoh itu kepada 31 Julai ini yang membolehkan pemilik tanah diberi masa dua bulan lagi untuk berbuat demikian," katanya.

Mazlan mengulas lanjut, pada sepanjang tahun lalu, kerajaan negeri mengutip hasil cukai tanah berjumlah RM7.6 juta sedangkan jumlah yang sepatutnya dipungut ialah RM25.1 juta.

Beliau menjelaskan, daripada keseluruhan pembayar cukai tanah, hanya 30.56 peratus yang menjelaskan bayaran cukai tanah dalam tempoh ditetapkan sepanjang tahun lalu.

Bagi tahun ini pula, tambahnya, kerajaan negeri menyasarkan kutipan cukai tanah berjumlah RM26 juta manakala hasil pungutan setakat empat bulan pertama tahun ini ialah sebanyak RM9.9 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad Sayang dekati penduduk miskin Cina

Posted:

Skuad Sayang dekati penduduk miskin Cina

Skuad Sayang dekati penduduk miskin Cina


Kang Eng Hiok, yang cacat tangan kiri dan menyara hidupnya dengan mangambil upah mengasingkan beras adalah antara penerima bantuan daripada Skuad Sayang Wanita UMNO Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 18 Mei - Seramai 15 keluarga keturunan Cina di sekitar Kampung Cina, Penambang di sini menerima kunjungan Skuad Sayang Wanita UMNO Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Program turun padang yang diketuai komandan negeri, Zarina Md. Eusope itu turut disertai Ketua Wanita MCA, Liew Yuen Thye; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Kampung Cina, Eng Yeng Fong dan 15 ahli wanita.

Dalam kunjungan tersebut, Skuad Sayang turut menyampaikan bantuan makanan kering kepada setiap keluarga di samping bertanya khabar mengenai bantuan asas yang diperlukan.

Zarina berkata, sejak ditubuhkan pada tahun lalu pihaknya sentiasa berusaha mendekati masyarakat berbilang kaum terutama di peringkat akar umbi bagi membantu golongan itu menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

''Aktiviti mendekati masyarakat di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini iaitu Panchor, Kijang dan Cempaka dilakukan secara berterusan dan tumpuan diberikan kepada golongan yang ditimpa musibah seperti banjir, ribut, kebakaran terutama daripada golongan miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

''Selain bantuan segera, Skuad Sayang akan memastikan golongan yang berkelayakan menerima bantuan bulanan daripada JKM," ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Zarina yang juga ketua Wanita UMNO Pengkalan Chepa menambah, setakat ini hampir 2,000 keluarga telah menerima kunjungan daripada Skuad Sayang dan lebih setengah daripadanya telah mendapat bantuan daripada JKM.

Salah seorang penerima, Kang Eng Hiok, 71, yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) melahirkan rasa gembira dengan kunjungan Skuad Sayang yang mengambil berat mengenai dirinya dan adik lelaki yang berusia 48 tahun serta menghadapi penyakit mental.

''Kunjungan mereka memberi makna yang mendalam walaupun kita berlainan kaum dan agama namun hidup aman dan mengambil berat antara satu sama lain. Saya rasa amat seronok hari ini kerana ada yang datang berkunjung dan bertanya khabar," ujarnya.

Eng Hiok mengalami kecacatan di bahagian tangan kirinya apabila tulang lengannya hancur dan tidak dapat diselamatkan selepas jatuh dirempuh meja ketika berusia 13 tahun. Selain mendapat bantuan bulanan JKM, dia masih terus bekerja dengan mengambil upah memilih antah beras pulut untuk diasingkan dengan pendapatan RM1 bagi setiap sekilogram.

''Bukan selalu dapat upah memilih antah kerana bergantung pada bekalan yang dihantar oleh tauke yang simpati dengan nasib kami tetapi saya tetap mahu berusaha berdikari daripada bergantung sepenuhnya pada bantuan yang diberikan, '' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

406 pertubuhan belia terima bantuan RM1.29 juta

Posted:

406 pertubuhan belia terima bantuan RM1.29 juta

406 pertubuhan belia terima bantuan RM1.29 juta

KUALA TERENGGANU 18 Mei - Sebanyak 406 pertubuhan belia yang berdaftar di negeri ini akan menerima bantuan berjumlah RM1.29 juta sempena sambutan Hari Belia peringkat negeri di Padang Astaka Kuala Berang di sini esok.

Bantuan pentadbiran itu meliputi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) sebanyak RM50,000 dan 19 buah persatuan belia peringkat negeri dan majlis belia daerah yang bergabung dengan MBNT masing-masing akan menerima RM8,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, sebanyak 55 buah persatuan di peringkat daerah masing-masing akan menerima RM3,000 dan 331 persatuan di peringkat cawangan pula sebanyak RM2,000.

Menurut beliau, peruntukan daripada kerajaan Pusat itu dapat membantu meningkatkan lagi kegiatan dan kualiti persatuan dalam usaha melahirkan belia yang inovatif dan cemerlang.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri 2011 di RTM Kuala Terengganu di sini, semalam.

Rozi berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan merasmikan sambutan tersebut dan seterusnya menyampaikan cek bantuan pentadbiran.

''Seramai 10,000 belia daripada seluruh negeri akan berhimpun di Padang Astaka sempena sambutan Hari Belia pada tahun ini yang bertemakan Pemangkin Transformasi," ujar beliau.

Beliau menambah, sambutan selama dua hari itu akan dimeriahkan dengan 25 acara termasuklah karnival sukan tradisional, liga sukan untuk semua, perkhemahan transformasi belia, senamrobik dan konvoi belia bermotosikal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan