Khamis, 19 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


PM lancar penubuhan GSIAC

Posted:

PM lancar penubuhan GSIAC

PM lancar penubuhan GSIAC

Oleh Zaini Hassan


Kalangan tokoh-tokoh sains dan inovasi terkemuka dunia mendengar amanat Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York (NYAS), New York, semalam. – BERNAMA


NEW YORK 18 Mei – Malaysia melakar satu lagi sejarah apabila melancarkan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di sini yang dianggotai 35 tokoh terkemuka dunia sebagai landasan memberi nasihat ke arah merealisasikan kemajuan rakyat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi majlis itu berkata, buat permulaan tiga projek segera boleh dilaksanakan iaitu model Bandar Pintar dan Kampung Pintar yang turut membabitkan rumah jimat tenaga, kedua, projek biomass iaitu menjadikan sisa kelapa sawit sebagai kuasa elektrik serta vaksin dan ketiga pembangunan modal insan membabitkan kajian-kajian saintifik di pusat-pusat pengajian tinggi.

''Majlis itu juga akan menjadi platform menanda aras penarafan dan tahap kompetitif dalam sains dan inovasi berbanding negara yang sudah maju dalam bidang teknologi di samping meningkatkan keupayaan Malaysia dalam sains dan inovasi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama majlis itu di Akademi Sains New York (NYAS) di sini.

Dalam ucapannya, Najib berkata, majlis itu juga akan mewujudkan kolaborasi dengan pakar dunia dan pemimpin global, selain menjana dan meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dan nilai pelaburan kepada Malaysia.

GSIAC yang mempunyai 25 anggota mewakili pakar pelbagai bidang di dunia dan 10 tokoh terkemuka tempatan, adalah inisiatif bersama antara Kerjasama Industri Kerajaan Malaysia Dalam Teknologi Tinggi (MIGHT) dan NYAS. Perlu disebut, NYAS, sebuah pertubuhan elit Amerika mempunyai 28 pemenang Hadiah Nobel dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

Majlis itu akan disetiausaha bersama oleh Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Emeritus, Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif NYAS, Ellis Rubinstein.

Ia bertujuan mentransformasikan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menerusi peningkatan keupayaan Malaysia dalam sains dan teknologi.

Seramai 25 ahli majlis itu mewakili organisasi dan institusi penyelidikan bertaraf dunia, universiti dan akademi sains terkemuka serta tokoh terbilang dunia.

Najib berkata, menyedari bahawa inovasi adalah kritikal untuk memastikan kemakmuran dan meningkatkan kesejahteraan alam sekitar dan kehidupan rakyat, kerajaan komited untuk memajukan sains, teknologi dan inovasi dan menjadi pemacu kemajuan ekonomi.

"Malaysia sudah pun berjaya melakukan transformasi dari ekonomi berasaskan pertanian kepada perkilangan dan perkhidmatan. Sekarang kami komited merealisasikan matlamat Wawasan 2020 - ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan kepada inovasi dan penjanaan ilmu - melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP)," katanya.

Inisiatif ETP adalah untuk meningkatkan pertumbuhan yang memberi faedah kepada Malaysia serta mentransformasikan Malaysia kepada negara maju pada 2020 yang memerlukan jumlah pelaburan AS$444 bilion dan pertumbuhan 6 peratus setahun, menjana 3.3 juta pekerjaan, kebanyakannya jawatan berpendapatan tinggi dan latihan kemahiran. Ia akan meningkatkan pendapatan kasar negara (GNI) dari AS$6,700 pada 2009 kepada AS$15,000 pada 2020.

Najib menjelaskan pelan yang memerlukan 92 peratus daripada jumlah pelaburan itu, dipacu oleh sektor awam dan 27 peratus pelaburan akan diperoleh daripada pelaburan terus luar negara.

Perdana Menteri berkata, cabaran akan datang adalah besar dan meminta mereka melihat semula secara kritikal mengenai dasar, institusi dan proses untuk membina bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang mapan, inovatif dan sejahtera dengan memupuk semangat keusahawanan, kreatif dan adil. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Melaburlah ke Malaysia, anda akan dapat seluruh Asia’

Posted:

'Melaburlah ke Malaysia, anda akan dapat seluruh Asia'

'Melaburlah ke Malaysia, anda akan dapat seluruh Asia'


NAJIB Tun Razak menerima cenderamata daripada Lawrence Leibowitz sebelum majlis Pelancaran Pelaburan Malaysia 2011 di bangunan NYSE, semalam. Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (dua dari kanan) dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah. – BERNAMA


NEW YORK 18 Mei – Dengan kata-kata 'Melaburlah ke Malaysia, anda akan mendapat seluruh Asia', Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan kempen galakan pelaburan Invest Malaysia New York 2011 di sini hari ini.

Ternyata kempen itu berjaya. Sambutan daripada para pengurus dana New York dan kapten industri negara ini cukup hebat.

Perdana Menteri yang berazam mahu menjadikan rakyat Malaysia berpendapatan tinggi menjelang 2020 menggariskan 10 sebab mengapa pelabur luar, terutamanya dari Amerika Syarikat (AS) patut terbabit dalam proses transformasi ekonomi negara.

Najib berkata, bukan mudah untuk menjadi negara maju dan mewujudkan masyarakat yang mewah, namun beliau bertekad melakukannya menerusi transformasi yang dilakukan.

''Jadi kami berazam membangun dan melaksanakannya - dan apabila anda melabur di Malaysia, di bawah rancangan transformasi itu, anda sekarang akan mendapat lebih AS$400 bilion dalam bentuk peluang. Anda juga mendapat masuk ke pasaran yang membabitkan 600 juta pengguna yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan AS$2 trilion tahun ini.

''Dan, oleh kerana sistem dagangan kami dijana oleh platform Pasaran Saham New York (NYSE) Euronext, anda akan mendapat semua itu dalam tempoh mili-saat sahaja.

''Anda tidak perlu mengingatkan kami motto negeri New York ini - Excelsior atau "terus maju"... Tapi bukan anda berseorangan dalam mengejar impian itu. Rakyat Malaysia juga berkongsi bersama.

''Di masa banyak negara bertarung untuk keluar daripada kemelesetan, ekonomi Malaysia terus maju. Tahap pelaburan kami terus meningkat. Dan peluang syarikat-syarikat Amerika (ke Malaysia), seperti anda juga terus melonjak tinggi.

''Sekarang ialah masanya. Malaysia ialah tempatnya. Oleh itu, ikut kami, dan bersama kita akan meneruskan ke tahap tinggi yang baru," katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh hadirin ketika berucap di kempen pelaburan Invest Malaysia New York 2011 yang dihoskan oleh NYSE Euronext di Wall Street di sini semalam.

Turut mengiringi Najib ialah Ketua Pegawai Operasi NYSE Euronext, Lawrence Leibowitz.

Idea Invest Malaysia New York (atau Labur Malaysia New York) tercetus hasil perbincangan Najib dengan Ketua Pegawai Eksekutif NYSE Euronext, Duncan Niederauer pada 2010.

Sambutan yang diperoleh daripada para pedagang di sini cukup hebat. Seramai lebih 350 broker, ahli perbankan, syarikat-syarikat multi-nasional Amerika dan pengurus-pengurus dana hadir di majlis itu. Kesemua mereka yang hadir itu dikatakan mempunyai nilai aset pengurusan berjumlah AS$6 trilion.

Korporat terkemuka Malaysia yang mengambil bahagian adalah AirAsia, Bursa Malaysia, CIMB, Maybank, Genting, Kencana Petroleum, Petronas Chemical, Sapura Crest, Sime Darby dan XL Axiata.

Sebelum itu satu sesi perbincangan panel dan dialog mengenai pelaburan di Malaysia disertai oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Zarinah Anwar; Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pengarah MIDA, Datuk Jalilah Baba.

Najib berkata, lebih 5,000 syarikat dari lebih 60 negara sudah pun membuka pintu mereka di Malaysia selain pembukaan 160 ibu pejabat operasi syarikat, 209 Pusat Prokumen Antarabangsa dan 19 pusat penyuraian serantau - bilangannya terus meningkat.

Najib berkata, kekayaan hubungan sejarah dengan China, India dan Timur Tengah bermakna mereka mengadakan hubungan dengan pusat pertumbuhan ekonomi yang baru selain meningkatkan hubungan dengan Barat.

Antara faktor galakan syarikat AS perlu melabur di Malaysia

* Kekuatan ekonomi dalam kepelbagaian (diversity) di Malaysia adalah kerana ia negara pelbagai etnik yang menarik. Ia adalah antara faktor Perdana Menteri memperkenalkan gagasan 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat.

* Memberi kebebasan semangat keusahawanan dengan contoh kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik di dunia dan Axiata yang mempunyai 150 juta pelanggan telefon dan memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 bilion rakyat di lebih 10 negara selain mempunyai dua buah daripada lima kumpulan bank terbesar di ASEAN - Maybank dan CIMB.

* Terus melakukan liberalisasi perkhidmatan utama - dua tahun lalu meliberalisasikan 27 perkhidmatan sub-sektor dengan membenarkan pelabur asing meluaskan akses pasaran dengan ekuiti 100 peratus.

* Kerajaan membantu menjayakan bisnes dan bukan sebaliknya - mewujudkan suasana perniagaan dibenarkan berkembang termasuk mewujudkan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

* Turut melakukan transformasi ekonomi - menjadikan negara berpendapatan tinggi. Komitmen jumlah pelaburan melebihi AS$35 bilion dan menjangkakan dapat mewujudkan 298,000 peluang pekerjaan menjelang 10 tahun akan datang.

* Meningkatkan pelaburan asing dalam pasaran modal.

* Pelabur boleh mendapat manfaat sepenuhnya melalui ASEAN. Jika ASEAN sebuah negara, ia bernilai AS$2 trilion dan berada pada kedudukan ke-9 sebagai ekonomi terbesar di dunia dan ketiga terbesar di Asia.

* Peluang meningkatkan pembabitan syarikat AS termasuk Microsoft, Dell dan Intel yang sudah berada di dalam negara selain memastikan matlamat Wawasan 2020 dicapai.

Selepas pelancaran itu, Najib dibawa melawat urusan dagangan di galeri urus niaga NYSE. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ASEAN perlu ada sistem standard

Posted:

ASEAN perlu ada sistem standard

ASEAN perlu ada sistem standard

JAKARTA 18 Mei - Sudah sampai masanya bagi ASEAN mengasaskan sistem standard peralatan pertahanan dan keselamatan di kalangan negara-negara anggotanya.

Sistem standard pertahanan dan keselamatan itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi akan membantu negara-negara ASEAN mengurangkan kebergantungan terhadap negara di luar rantau itu dalam membekalkan sistem dan alat pertahanan dan keselamatan.

Menurut beliau, seperti mana negara-negara di Eropah yang memiliki sistem standard pertahanan berdasarkan persefahaman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), ASEAN juga harus memiliki standard sedemikian.

"Negara-negara ASEAN memerlukan komitmen dari kerajaan masing-masing untuk mendokong keseragaman supaya dapat menghasilkan standard industri pertahanan seperti mana yang diseragamkan di Eropah," katanya ketika berucap pada satu seminar pertahanan di sini hari ini.

Zahid berada di sini untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Pusat Konvensyen Jakarta.

Idea yang dicetuskan oleh Malaysia itu kata Zahid, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh anggota-anggota negara ASEAN yang selama ini membelanjakan hampir AS$25 bilion (RM76 bilion) setahun untuk bekalan sistem pertahanan dan keselamatan.

"Seandainya diasaskan inisiatif membangunkan produk industri pertahanan oleh ASEAN, ia nmampu mengurangkan belanja berkenaan menjadi AS$12.5 bilion (RM38 bilion) setahun menjelang tahun 2030.

"Program membangunkan industri pertahanan ASEAN harus dilaksanakan untuk negara ASEAN sendiri," kata Zahid lagi.

Selama ini, sudah ada kerjasama antara negara ASEAN dalam urusan jual beli senjata seperti Singapura menjual peluncur roketnya ke Brunei Darussalam dan kapal Landing Platform Dock (LPD) ke Thailand.

Malaysia pula kata Zahid, mengeksport trak ketenteraan ke negara Brunei manakala Indonesia pula membekalkan Malaysia pesawat CN325 serta senjata ke negara Filipina.

"Urusan jual beli sistem senjata antara negara ASEAN dapat mewujudkan industri pertahanan ASEAN yang sendiri dan kuat," tambah beliau lagi. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan