Isnin, 16 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


6,000 unit rumah dibina

Posted:

6,000 unit rumah dibina

6,000 unit rumah dibina

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 15 Mei – Kerajaan negeri setakat ini menyediakan kira-kira 6,000 rumah mampu milik di negeri ini bagi mengatasi masalah perumahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, walaupun rumah tersebut dikategorikan sebagai rumah kos rendah, namun aspek keselesaan termasuk dari segi saiz dan ruang tetap menjadi keutamaan dalam pembinaannya.

"Kerajaan negeri memberi subsidi yang tinggi iaitu sehingga 50 peratus kepada bakal pemilik rumah itu dan berharap mereka yang menerima kemudahan ini akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan pada pilihan raya umum nanti," katanya pada program Turun Padang Gerak Mesra Rakyat di Mukim Cendering di sini semalam.

Hadir sama Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam pada itu Ahmad berkata, 1,000 lagi unit rumah mampu milik akan dibina di DUN Batu Burok sekiranya Barisan Nasional (BN) menang di kawasan itu pada pilihan raya akan datang.

"Kita akan arahkan pegawai daerah supaya mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk membina perumahan ini demi keselesaan rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Balu lima anak terima bantuan MAIDAM

Posted:

Balu lima anak terima bantuan MAIDAM

Balu lima anak terima bantuan MAIDAM


Rohana Mohamad bersama anak-anak menerima wang bantuan MAIDAM daripada Wan Harujan Sulaiman di Kampung Bukit Payong, Besut, Terengganu, kelmarin.


BESUT 15 Mei - Balu kepada mangsa yang maut dihempap lori sendiri di Kampung Batu 13, Hulu Besut, minggu lalu menerima bantuan segera daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Terengganu semalam.

Bantuan berjumlah RM1,000 kepada Rohana Mohamad, 35, disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman yang mengunjungi rumah keluarga itu di Kampung Bukit Payong dekat sini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa Zuraimi Jusoh, 40, bersama dua anaknya, Mohd. Ikmal Hakim, 7, dan Amirul Hamdi, 5, dalam perjalanan untuk menghantar bekalan kayu potong ke sebuah kilang kayu berhampiran.

Bagaimanapun, ketika melalui jalan berbukit, lori dipandu Zuraimi mengalami masalah brek menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal sebelum menuruni bukit dengan laju secara mengundur.

Dalam keadaan cemas itu, mangsa membuka pintu lorinya untuk melihat laluan sebelum dia tercampak keluar dari kenderaannya setelah bahagian belakang lorinya melanggar tiang lampu konkrit.

Kepala lori dipandunya telah menghempap pinggangnya menyebabkan dia mati di tempat kejadian manakala dua anaknya selamat.

Wan Harujan berkata, memandangkan Rohana mempunyai pengalaman berniaga, MAIDAM akan memberikan bantuan sebanyak RM5,000 untuk mengubahsuai rumahnya bagi dijadikan gerai makan.

Katanya, sebanyak RM1,000 lagi akan diberi kepada Rohana sebagai bantuan modal sebelum memulakan perniagaan gerai makan bagi menampung kehidupan bersama lima anak yang berumur dua hingga 11 tahun.

"Ini untuk memastikan dia dapat meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga meskipun ketiadaan suami supaya soal persekolahan dan kehidupan seharian dapat diteruskan seperti biasa," jelasnya.

Sementara itu, Rohana berkata, dia berharap dapat memanfaatkan bantuan yang diberi demi memastikan persekolahan tiga daripada lima anaknya itu tidak terganggu meskipun sudah kehilangan suami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isteri bekas anggota SRS terima pampasan

Posted:

Isteri bekas anggota SRS terima pampasan

Isteri bekas anggota SRS terima pampasan

PASIR MAS 15 Mei - Kehilangan suami tersayang yang menjadi tempat bergantung hidup kira-kira lapan bulan lalu begitu dirasai oleh Raja Tamtini Raja Yaakob, 24, dari Kampung Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu.

Bagaimanapun, kesulitan itu sedikit terubat apabila Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyampaikan pampasan sebanyak RM20,000 hasil caruman arwah suaminya, Nik Mohd. Bhukari Jusoh, 23, yang merupakan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Raja Tamtini ketika ditemui, terkejut menerima pampasan di bawah skim perlindungan insurans itu selepas arwah suaminya meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika bertugas.

"Saya sama sekali tidak menyangka, rupa-rupanya, semua ahli SRS ini ada caruman masing-masing sebanyak RM10 setahun dan saya memang tidak tahu arwah juga berbuat demikian sejak dia menjadi anggota SRS pada 2007.

"Saya akan manfaatkan wang yang diterima ini sebaik mungkin untuk masa depan dua anak saya berusia tiga tahun dan tiga bulan," katanya ketika ditemui selepas menerima cek pampasan tersebut pada Majlis Sambutan Minggu Perpaduan dan Karnival Maju SRS Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Stadium Mini dekat sini, semalam.

Cek berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang turut merasmikan karnival.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan dan Pengarah JPNIN Kelantan, Abdul Hadi Salleh.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, sejak 2004 sehingga tahun lalu, jumlah pampasan yang telah dibayar di bawah Skim Insurans Berkelompok kepada keluarga anggota SRS di negeri ini ialah sebanyak RM648,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan