Utusan Online - Muka Hadapan |
- 25 peratus pelajar obes pada 2020?
- Makan berlebihan, tidak bersenam punca obes
- Bilik gantung ‘sunyi’ sejak 2009
25 peratus pelajar obes pada 2020? Posted: 25 peratus pelajar obes pada 2020?
ISU obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya. Maka timbul persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan? Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya. Ikuti laporan wartawan unit khas Utusan Malaysia, AZRAI MOHAMMAD dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN mengenai isu membimbangkan itu. Selain bertemu dengan pihak tertentu, tinjauan juga dilakukan di kantin-kantin sekolah selain mengikuti kehidupan seharian pelajar obes. Esok, ikuti pula pengalaman Mohd. Khairul Mohd. Zain, 27, yang mempunyai berat badan luar biasa dan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mendapati Malaysia mempunyai paling ramai penduduk obes di Asia Tenggara. KUALA LUMPUR 15 Mei – Satu perempat atau 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah obesiti atau kegemukan pada 2020 yang juga berisiko mempunyai penyakit. Anggaran tersebut berdasarkan trend peningkatan satu peratus obesiti pelajar setiap tahun yang peratusannya didapati terus meningkat. Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman menjelaskan, anggaran itu berdasarkan kajian pada 2007 yang mendapati hampir 12 daripada 100 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami obesiti berbanding hanya dua orang dikesan 10 tahun sebelumnya. "Maka itu tidak mustahil jika tidak ditangani segera, pada 2020 sejumlah 25 daripada 100 pelajar atau satu perempat daripada mereka akan mengalami masalah itu. "Jika diperincikan lagi, ini bermakna 10 pelajar dalam kelas yang mengandungi 40 orang adalah pelajar gemuk yang tidak aktif dan berisiko berpenyakit," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Pada masa ini terdapat lebih 5.24 juta pelajar sekolah rendah dan menengah. Ridzoni berkata, walaupun selepas pelbagai pendedahan dan usaha dilakukan kerajaan, gejala obesiti atau kegemukan di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah masih gagal diatasi. "Oleh sebab itu, kantin berperanan sebagai tempat membentuk pemikiran pelajar berkaitan pemakanan seimbang sekali gus boleh mempengaruhi ibu bapa di rumah. "Seandainya pengusaha kantin sekolah mampu menyediakan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dalam setiap menu, budaya pemakanan sihat secara praktikal dapat dibentuk dan menggalakkan para pelajar membawa amalan tersebut ke rumah," katanya. Baru-baru ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi menangani peningkatan masalah tersebut dengan mencadangkan larangan 15 jenis makanan 'tidak sihat' dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah. Turut dicadangkan ialah supaya indeks jisim badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar. Mengambil pengalaman beliau ketika berada di Jepun, Ridzoni berkata, pakar nutrisi dan pengusaha kantin sekolah akan bekerjasama dalam memastikan hidangan dijual adalah sihat. Tambah Ridzoni, pelajar memerlukan kalori sebanyak 1,500 hingga 2,200 dalam sehari bergantung pada aktiviti harian yang dilakukan dan pihak berkaitan seharusnya peka dengan jumlah kalori yang sepatutnya diambil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Makan berlebihan, tidak bersenam punca obes Posted: Makan berlebihan, tidak bersenam punca obesKUALA LUMPUR 15 Mei – Memiliki berat 110 kilogram (kg) dengan ketinggian 160 sentimeter (sm) menjadikan U. Alvinderpal, 13, mengalami masalah obesiti sehingga dia kelihatan pasif berbanding rakan sebayanya. Latar belakang keluarga yang mempunyai susuk tubuh besar turut mempengaruhi Alvinderpal mempunyai saiz badan sebegitu. Tambahan pula, dia seorang yang tidak memilih makanan dan tidak gemar melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola ataupun berbasikal. "Saya makan apa saja tanpa mengira masa. Di waktu lapang, saya lebih gemar bermain permainan video atau menonton televisyen berbanding melakukan aktiviti fizikal," katanya yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 43 ketika di temui di sini baru-baru ini. Jelas ibunya, Jaswant Kaur, satu-satunya aktiviti fizikal yang digemari anak bongsunya itu adalah berenang tetapi aktiviti yang berupaya membakar lebih 400 kalori dalam tempoh sejam itu jarang dilakukan Alvinderpal kerana dia menghidap asma. "Sejak menghidap asma ketika di sekolah rendah, Alvinderpal semakin tidak berminat melibatkan diri dalam sebarang kegiatan sukan, baik di rumah mahupun sekolah. Saya pernah belikan Alvinderpal basikal namun sehingga hari ini, dia tidak pernah menunjukkan minat untuk menunggangnya," katanya. Seawal pagi, Alvinderpal akan mengambil minuman milo ais sebagai sarapan sebelum pergi ke sekolah dengan dihantar oleh ibunya. Setiap hari, dia diberikan belanja RM6 untuk mengisi perut. Ketika waktu rehat, Alvinderpal gemar mengambil makanan seperti roti berbanding nasi mahupun mi. Jika dia berasa lapar, nasi ayam akan menjadi menu pilihannya. Biarpun hanya mengambil masa 15 minit untuk berjalan kaki dari sekolah pulang ke rumah, Alvinderpal tetap menaiki teksi kerana tidak tahan dengan cuaca panas. Ketika berada di rumah pula, Alvinderpal lebih gemar menikmati nasi campur yang mengandungi ayam atau ikan berlaukkan kari tanpa mengambil sebarang sajian sayur-sayuran. Menurut Jaswant, jika tidak mengambil nasi putih bersama lauk-pauk sebagai sajian malam, anaknya itu lebih gemar makan di gerai dengan memilih menu bergoreng seperti nasi goreng dan mi goreng atau menikmati makanan segera. "Dia seorang yang mudah terasa lapar. Sekiranya terasa lapar, dia akan memasak mi segera walaupun jam sudah menunjukkan 12 malam. "Sebagai ibu, saya pernah menasihatkan dia untuk mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidupnya tetapi diabaikan begitu sahaja," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Bilik gantung ‘sunyi’ sejak 2009 Posted: Bilik gantung 'sunyi' sejak 2009Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED KUALA LUMPUR 15 Mei – Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati yang terhenti sejak tahun 2009, menjadikan bilik gantung di beberapa buah penjara yang menjalankan hukuman itu menjadi 'sunyi' dan keranda yang disediakan juga seperti terbiar. Situasi tersebut juga dikatakan kali pertama berlaku dalam tempoh yang panjang. Walaupun hukuman itu sering dijatuhkan oleh mahkamah tetapi kesemua kes hukuman gantung sejak 2009 masih belum selesai dan di peringkat rayuan. Sumber berkata, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung, pesalah masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan sehingga pelaksanaan hukuman tertangguh. "Proses rayuan itu ada yang tertangguh dan tidak dapat diselesaikan sehingga kini, sebab itu tiada pesalah digantung sampai mati dipenjara di seluruh negara sejak 2009," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Mengikut sistem perundangan di Malaysia, seseorang pesalah itu akan melalui beberapa peringkat iaitu peringkat pertama, hukuman itu disebut semula di Mahkamah Tinggi, diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir di Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah tersebut mensabitkan kesalahan tertuduh, maka satu rayuan pengampunan boleh dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau ketua-ketua negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diambil adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, mahkamah akan memerintahkan Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan