Isnin, 16 Mei 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Dulu air bukit, kini tadah hujan

Posted: 15 May 2011 03:59 PM PDT

Wilayah

ABDULLAH di sisi kolah yang menakung  air hujan di rumahnya di Kampung Jeram Panjang dan Sungai Sam Luar Mukim Manjor, Kuala Krai.

ABDULLAH di sisi kolah yang menakung air hujan di rumahnya di Kampung Jeram Panjang dan Sungai Sam Luar Mukim Manjor, Kuala Krai.

23 tahun penduduk Jeram Panjang, Sungai Sam Luar tagih bekalan bersih

KUALA KRAI: Selama 23 tahun penduduk Kampung Jeram Panjang dan Sungai Sam Luar Mukim Manjor di sini, terpaksa menggunakan tadahan air bukit bagi keperluan seharian berikutan tiadanya bekalan air bersih ke kampung itu.

Bagaimanapun, mereka kini menghadapi satu lagi masalah baru apabila tadahan air bukit itu kini terdedah dengan pencemaran berikutan pembukaan Ladang Rakyat di kawasan berhampiran kampung itu. Kini lebih 200 penduduk di dua kampung berkenaan terpaksa menadah air hujan dengan membuat satu kolah besar di setiap rumah bagi mendapatkan bekalan air.

Keadaan berkenaan amat menyusahkan penduduk yang menyebabkan mereka mahu kerajaan negeri menunaikan janji untuk menyediakan bekalan air bersih untuk kampung berkenaan.

Penduduk, Abdullah Hussain, 38, mahu kerajaan negeri menunaikan janji untuk menyediakan kemudahan air bersih sebagaimana yang disuarakan dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Beliau berkata, penduduk di kampung pedalaman sejak kebelakangan ini berdepan dengan pelbagai masalah terutama keperluan air bersih kerana kawasan tadahan air bukit yang digunakan selama ini kerap tercemar dengan kegiatan pembukaan Ladang Rakyat.
Malah, katanya, pemimpin kerajaan negeri tidak pernah menjenguk kesusahan penduduk kampung terutama bagi memberi pembelaan terhadap masalah yang dihadapi itu.

Mohamad Deris, 63, pula membidas sikap pemimpin kerajaan negeri yang hanya tahu berceramah, tetapi gagal menunaikan tanggungjawab membela nasib hidup rakyat terutama yang tinggal di luar bandar.

Beliau berkata, sepanjang dia tinggal di Kampung Sungai Sam Luar sejak 30 tahun lalu belum ada pemimpin tertinggi kerajaan negeri datang menjenguknya dan hanya melaungkan janji berbuat demikian semasa pilihan raya umum saja.

"Pemimpin terbabit sepatutnya turun melihat sendiri kesusahan rakyat menikmati kemudahan asas khususnya keperluan air bersih kerana penduduk berdepan risiko pelbagai penyakit disebabkan menggunakan air hujan dan tadahan bukit yang kotor," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kera liar kotorkan kawasan Astaka Village

Posted: 15 May 2011 03:57 PM PDT

Wilayah

KERA liar menyelongkar tong sampah di kawasan perumahan Astaka Village.

KERA liar menyelongkar tong sampah di kawasan perumahan Astaka Village.

KUANTAN: Kehadiran kumpulan kera liar di kawasan perumahan Astaka Village, dekat Kampung Derhaka, di sini, meresahkan penduduk sekitar kerana haiwan terbabit bukan saja mengotorkan kawasan kediaman, malah dikhuatiri menjejaskan kesihatan mereka.

Justeru, mereka merayu kepada pihak berkaitan termasuk PERHILITAN supaya membantu menghalau kera berkenaan daripada terus mengganggu mereka.

Penduduk, Shahrul Idham Ahmad, 27, berkata kumpulan kera liar berasal dari hutan bakau yang terletak di belakang taman perumahan berkenaan sering keluar mencari makanan dalam tong sampah yang diletakkan di hadapan rumah penduduk pada tengah hari dan petang. "Kera liar berkenaan bukan saja menyelongkar tong sampah dan mengotorkan kawasan kediaman, malah menceroboh halaman rumah dengan memanjat pagar dalam antara 10 hingga 15 ekor," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, penduduk bimbang jika haiwan berkenaan bertindak ganas dan menyerang orang ramai terutamanya kanak-kanak yang sering bermain di hadapan rumah selain tersebarnya penyakit berbahaya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Shukor Abdullah, 35, berkata pembukaan kawasan perumahan baru di sekitar menyebabkan semakin banyak kera liar yang berkeliaran di taman perumahan berkenaan.

"Bagaimanapun, kera liar berkenaan tidak seharusnya dihapuskan sebaliknya perlu ditangkap dan dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai sebagai habitat mereka sekali gus dapat menjamin keselamatan penduduk di sini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan