Ahad, 15 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Masjid Raja siap Ramadan

Posted:

Masjid Raja siap Ramadan

Masjid Raja siap Ramadan

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 14 Mei – Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa Masjid Raja yang terletak di Chendering akan dapat digunakan selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadan tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jaminan itu diberikan setelah kontraktor yang berkenaan berjanji untuk menyelesaikan projek pembinaan masjid itu yang hampir terbengkalai sebelum ini.

Jelas Ahmad, beliau juga telah meminta supaya kontraktor tersebut menyegerakan pembinaan masjid itu dan tidak mengemukakan sebarang alasan lagi.

Katanya, projek yang menelan belanja sebanyak RM9.2 juta itu sepatutnya siap pada bulan September tahun lepas tetapi terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali atas masalah yang disebabkan kontraktor.

"Sehubungan itu, saya berharap mana-mana kontraktor yang diberi tanggungjawab melaksanakan sebarang projek selepas ini agar menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Chendering di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Masjid Raja Chendering telah didirikan sejak tahun 1951 dan dirobohkan untuk pembinaan semula sekitar tahun 2008 yang lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhamad Fairus terima sumbangan

Posted:

Muhamad Fairus terima sumbangan

Muhamad Fairus terima sumbangan


Salleh Busu (kanan) menyampaikan cek kepada Adnan Mukhtar (kiri) ketika melawat Muhamad Fairus Firdaus di rumahnya di Marang, kelmarin.


MARANG 14 Mei - "Saya teringin ke sekolah semula, jumpa cikgu dan kawan-kawan," kata Muhamad Fairus Firdaus Adnan, 18, yang terlantar di rumahnya di Padang Mengkuang di sini sejak dua tahun lalu.

Namun peluang untuk ke sekolah semula agak sukar dalam keadaannya yang lumpuh akibat kemalangan selain pendengarannya turut terjejas dan terpaksa menggunakan alat sokongan pernafasan serta tiub saluran makanan.

Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, dia dilanggar kereta ketika melintas jalan untuk pulang ke rumah selepas menghadiri kelas komputer.

"Ketika kejadian, saya berada di tingkatan empat. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga sentiasa bersama," katanya yang ditemui selepas penyerahan cek sumbangan Takaful Malaysia di rumahnya semalam.

Cek bernilai RM15,000 itu diserahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Salleh Busu kepada bapanya, Adnan Mukhtar, 42.

Adnan mengucapkan terima dan bersyukur dengan sumbangan yang diterima daripada Takaful Malaysia melalui Skim Takaful Pelajar Sekolah-Sekolah Malaysia.

Katanya, sumbangan berkenaan boleh digunakan untuk membeli susu, lampin dan kos perubatan anaknya yang mencecah RM1,000 sebulan.

"Saya hanya bekerja sendiri dan pendapatan tidak mencukupi apatah lagi perlu menanggung enam lagi anak termasuk empat yang masih bersekolah," katanya.

Dalam pada itu, Salleh berkata, JPNT akan cuba membantu Muhamad Fairus Firdaus kembali ke sekolah sekiranya keadaan kesihatannya mengizinkan.

"Dia kini bukan sahaja tidak mampu duduk tetapi memerlukan bantuan alat pernafasan dan penjagaan rapi.

"Bagaimanapun, kita bercadang menghantar guru untuk mengajarnya di rumah sekiranya dia tidak mampu ke sekolah agar proses pembelajarannya tidak terhenti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki Siam ditemui mati tergantung di pokok rambai

Posted:

Lelaki Siam ditemui mati tergantung di pokok rambai

Lelaki Siam ditemui mati tergantung di pokok rambai

TUMPAT 14 Mei - Seorang tukang rumah, Eh Chai a/l Eh Rak, 28, ditemui mati tergantung pada dahan pokok rambai di kawasan kebun berhampiran rumahnya di Kampung Cherang, Chang Empat dekat sini, kelmarin.

Lelaki berbangsa Siam yang telah menduda selama lima tahun itu ditemui tergantung di dahan pokok berkenaan oleh bapanya, Eh Rak a/l Chau Kung, 50, kira-kira pukul 1.10 pagi ketika hendak membawa lembu meragut rumput di kawasan kebun itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Sharifuddin Yusof ketika dihubungi semalam berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan mendapati, tiada kesan luka atau lebam pada mayat lelaki berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui sembilan biji pil kuda di dalam poket seluar lelaki terbabit," katanya.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya lewat petang semalam.

Katanya, berikutan tiada unsur jenayah, polis telah mengklasifikasikan kematian lelaki terbabit sebagai mati mengejut.

Sementara itu, adik lelakinya, Ronna Chai, 24, yang ditemui di Rumah Mayat Hospital Tumpat memberitahu, ayahnya masih bersedih dengan kejadian tersebut dan sama sekali tidak menduga sikap berdiam diri dan murung abangnya itu merupakan petanda buruk.

"Seminggu ini perangai abang pelik sedikit, dia tiba-tiba berubah menjadi murung dan gemar bersendirian. Kebiasaannya, pada setiap malam dia akan keluar dan duduk-duduk di kedai makan saya di kampung Putih dekat sini," katanya.

Menurutnya, mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan