Ahad, 15 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Jangan keji polis - MB

Posted:

Jangan keji polis - MB

Jangan keji polis - MB


Mohamad Hasan merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan diperhatikan oleh Ismail Omar serta Osman Salleh (kiri) di Seremban, semalam.


SEREMBAN 14 Mei - Orang ramai diminta berhenti memanggil anggota polis dengan pelbagai gelaran tidak baik kerana ia akan menjatuhkan maruah dan imej anggota keselamatan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkataan mengeji dan memburuk-burukkan imej anggota polis tidak memberi sebarang faedah kerana anggota keselamatan itu yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.

"Anggota polis bekerja siang dan malam tidak mengira waktu untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam terjaga. Tak usah kita beri gelaran yang tidak baik. Kenanglah jasa anggota pasukan ini," katanya berucap merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Kontinjen Polis Negeri Sembilan di Dataran Senawang dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh.

Menurutnya, anggota masyarakat perlu bersama-sama menangani jenayah dan tidak membebankan anggota polis dengan isu kecil seperti mengawal tong gas.

Untuk tujuan itu, katanya, kerajaan negeri akan memikirkan supaya ada mekanisme yang mewajibkan setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan segera.

"Bagi taman perumahan yang tiada KRT, ia juga perlu diwajibkan penubuhannya dengan segera supaya SRS dapat digerakkan dalam usaha menangani jenayah di kawasan perumahan," jelasnya.

Sementara itu pada sidang akhbar selepas itu, Ismail memberitahu, bukan jumlah anggota polis yang ramai menjadi ukuran dalam menangani krisis jenayah, tetapi komitmen dan kerjasama orang awam adalah satu faktor penting bagi menyelesaikan kes.

Mengenai penglibatan Polis Tentera (MP) dalam rondaan bersama pasukan polis, Ismail menegaskan, ia akan dipertingkatkan selepas mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat.

Pada majlis hari ini, demonstrasi cegah jenayah dipertontonkan pada umum selain gaya menunggang motosikal berkuasa tinggi, pertunjukan paraglider, perarakan kenderaan polis dan kaedah menyuraikan rusuhan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10,000 sertai Hari Belia NS hari ini

Posted:

10,000 sertai Hari Belia NS hari ini

10,000 sertai Hari Belia NS hari ini

SEREMBAN 14 Mei - Seramai 10,000 belia dijangka menghadiri sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, esok.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharuddin Jali memberitahu, majlis yang dijadualkan bermula pukul 9 pagi itu dijangka disertai oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain persatuan-persatuan belia dari seluruh negeri.

Jelasnya, program itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menyampaikan beberapa anugerah sempena sambutan berkenaan.

"Sempena program ini, pihak jabatan juga menganjurkan beberapa aktiviti yang bermula esok dan diisi dengan pelbagai program pada hari berikutnya untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2011 peringkat negeri," katanya.

Menurut Baharuddin, pelbagai pameran juga akan diadakan melibatkan penyertaan agensi-agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, orang ramai khususnya golongan belia dijemput untuk bersama-sama meraikan sambutan itu.

"Sambutan Hari Belia Negara dilihat sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada pemimpin belia, penggerak belia, rakan kongsi serta agensi berperanan dalam pembangunan belia," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat Sabah dapat 175,000 unit komputer 1Malaysia

Posted:

Rakyat Sabah dapat 175,000 unit komputer 1Malaysia

Rakyat Sabah dapat 175,000 unit komputer 1Malaysia

TAWAU 14 Mei — Kerajaan memperuntukkan 175,000 unit komputer riba 1Malaysia untuk diagih kepada rakyat di Sabah secara berperingkat bermula tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, K.Juslly Elis.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan 14 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta unit komputer riba 1Malaysia yang sedang dan bakal diagih kepada rakyat di seluruh negara melalui tiga fasa.

"Melalui fasa pertama, sebanyak 10,000 unit komputer 1Malaysia telah diagih kepada penduduk Sabah termasuk pelajar pada tahun lepas," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia kepada sekolah-sekolah menengah di sini, hari ini.

Seramai 1,000 pelajar daripada 10 sekolah di kawasan Parlimen Kalabakan menerima komputer masing-masing yang disampaikan oleh Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Juslly berkata, sebanyak 49,832 unit komputer akan diagih ke dalam fasa kedua dan 52,000 unit lagi pada fasa terakhir. -BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan