Selasa, 10 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Keistimewaan burung candik

Posted:

Keistimewaan burung candik

Keistimewaan burung candik

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Selain burung candik, sangkar diukir cantik turut menarik perhatian pengunjung pada sesuatu pertandingan bunyi unggas.


KOTA BHARU 9 Mei - Kelunakan kicauan serta aksi 'galak' yang ditunjukkan oleh seekor burung candik di dalam sangkarnya, mungkin dianggap perkara biasa bagi sesetengah orang yang tidak tahu keistimewaan unggas itu.

Namun bagi penggemar burung candik, suara dilontarkan serta aksi galak yang ditunjukkan oleh burung itu, dianggap terlalu istimewa dan mempunyai harga tidak ternilai.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Abdullah Ismail, 60, salah seorang pengadil berpengalaman luas dalam mengadili serta menilai kehalusan seni suara dan aksi galak yang dipamerkan oleh burung candik setiap kali beraksi dalam satu-satu pertandingan.

Menceritakan pengalamannya lebih 25 tahun mengadili pertandingan seni suara burung candik, Abdullah berkata, proses untuk menilai dan mengadili kehalusan seni suara dan aksi burung itu memerlukan pengamatan serta fokus yang tinggi.

"Dalam menilai seni suara burung candik ini, terdapat sedikit perbezaan dengan seni suara burung-burung lain kerana burung ini mempunyai pelbagai 'air suara' dan disebabkan itulah, para pengadil perlu memberikan tumpuan penuh dalam proses pengadilan.

"Selain suara, turut diambil kira dalam proses penilaian ialah aksi galak yang ditonjolkan oleh burung tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Abdullah memberitahu, burung yang mendapat markah tinggi akan diumum pemenang dan jika terdapat markah yang sama, tiga burung terbaik akan dipilih dan diadili semula untuk menentukan juara.

Sejak kebelakangan ini, seni suara burung candik kembali mendapat tempat di kalangan peminatnya, buktinya Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011 di Arena Candik, Jalan Seri Cemerlang dekat sini baru-baru ini telah merekodkan penyertaan tertinggi iaitu lebih 1,000 ekor burung candik.

Presiden Persatuan Seni Suara Burung Candik Kelantan, Mohd. Arif Mohamad Yaacob berkata, berdasarkan jumlah penyertaan, ia menunjukkan seni suara burung kembali mendapat tempat di hati peminat dan masyarakat amnya.

Katanya, berdasarkan sokongan padu itu, pihaknya telah dan akan menjalankan lima pertandingan utama pada tahun ini, selain pertandingan pada hujung minggu, untuk menyemarakkan lagi seni suara burung candik.

"Selepas Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011, akan berlangsung pula pertandingan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Yang di-Pertuan Agong, Hari Kemerdekaan dan bagi merebut Piala Presiden persatuan," ujarnya.

Tambahnya, keunikan yang ada pada burung candik menyebabkan aktiviti membela burung itu yang suatu ketika dahulu hanya untuk mengisi masa lapang di kalangan penduduk kampung, kini menjadi hobi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan elit.

"Biarpun harga seekor burung ada yang mencecah puluhan ribu ringgit, ia bukan alasan bagi peminat setia burung candik untuk memilikinya," katanya.

Sementara itu, seorang peminat, Rashid Sallon, 42, berkata, proses membela seekor burung candik tidak mudah terutama ketika hendak menyertai sesuatu pertandingan.

Jelasnya, pelbagai langkah perlu dilakukan ke atas burung terbabit antaranya faktor pemakanan yang teratur termasuk pengambilan ubat-ubatan dan vitamin untuk menjamin burung mampu mengeluarkan bunyi yang merdu dan lunak serta meningkatkan kesihatan unggas itu.

"Selain itu, burung-burung perlu dimandikan setiap dua kali sehari untuk memastikan ia sentiasa segar dan sihat serta bebas daripada sebarang penyakit," katanya.

Menurutnya, tidak semua burung mampu menghasilkan suara yang baik kerana ia turut ditentukan oleh faktor genetik.

"Selain itu, burung juga perlu dilatih dari segi keupayaan mengeluarkan lenggok, getaran suara dan sebagainya mengikut kriteria pertandingan," jelasnya.

Rashid memberitahu, dia mula berjinak-jinak dengan seni suara burung candik selepas tertarik dengan kelunakan suara serta aksi galak burung itu.

"Pada mulanya, saya hanya menyertai pertandingan di peringkat kampung. Baru-baru ini, saya telah menyertai Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2011 bagi kategori burung candik. Alhamdulillah burung saya telah muncul naib juara.

"Kemenangan ini adalah yang terbesar pernah dicatatkan saya," katanya yang sudah tiga tahun berkecimpung dalam seni suara burung candik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hapuskan budaya 'cincai'

Posted:

Hapuskan budaya 'cincai'

Hapuskan budaya 'cincai'

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu.com.my


TENGKU Mustafa Kamel Sultan Mahmud memeriksa barisan Pasukan Simpanan Persekutuan Terengganu pada Istiadat Perasmian Sidang DUN Terengganu Penggal Ke-Empat di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR


KUALA TERENGGANU 9 Mei - Penjawat awam yang menjadi cerminan sifat kerajaan perlu berada di barisan hadapan dalam usaha menterjemahkan agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.

Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud berkata, pada masa sama komitmen diberikan dapat menghapuskan budaya 'cincai' yang mengambil sikap endah tidak endah dengan tugas dilaksanakan.

Katanya, agenda negeri bertujuan memastikan kesejahteraan rakyat tidak terabai dalam arus kemajuan yang digerakkan.

"Bagi seseorang penjawat awam, walau apa pun kedudukannya, dia hendaklah sentiasa taat dan memberikan sumpah setianya kepada aspirasi baik yang dibawa oleh kerajaan dan bukan sebaliknya.

''Tugasan dipertanggungjawabkan ke atas mereka hendaklah dilaksanakan secara ikhlas, berhemah dan penuh tawaduk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan penggal keempat persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12, di sini hari ini.

Katanya, mereka juga perlu menjadi penyampai maklumat berkaitan ilmu dan perubahan yang dilaksanakan kerajaan kepada masyarakat supaya dapat memahami dasar secara lebih mendalam.

Di samping itu, beliau mengharapkan mereka agar berfikiran kritis dan kondusif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

"Peranan pantas bertindak dan membuat keputusan itu pula penting kerana tindakan sedemikian akan meningkatkan kitaran wang dalam sistem ekonomi negeri.

"Berfikir secara konvensional hendaklah dielakkan dalam melakukan tugasan. Laksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa," ujar beliau.

Katanya, agenda kerajaan negeri yang digariskan melalui Hala Tuju Pembangunan Terengganu dan pada masa sama menyasarkan pencapaian negeri maju menjelang 2020 adalah suatu yang sangat mencabar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita Pengkalan Chepa ikrar kerja keras

Posted:

Wanita Pengkalan Chepa ikrar kerja keras

Wanita Pengkalan Chepa ikrar kerja keras


Bung Mokhtar Radin (tiga dari kanan) bersama isterinya, Zizie Izaty (tiga dari kiri), Dali Hussin (dua dari kanan) dan wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa melaungkan "Hidup UMNO" sewaktu perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa 2011 yang diadakan di SMK Pengkalan Chepa 1, baru-baru ini.


KOTA BHARU 9 Mei - Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa berikrar akan terus bekerja keras untuk memastikan parti mendapat sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Zarina Eusop turut menyuarakan sokongan padu sayap parti itu kepada Ketua UMNO bahagian itu, Dali Hussin bagi memastikan hasrat merampas Kelantan daripada Pas dapat dicapai.

"Kita di sini tidak pernah berpecah malah sokongan terhadap pemimpin kita tidak berbelah-bahagi kerana matlamat kita cuma satu iaitu menang dalam pilihan raya.

"Inilah keistimewaan yang ada pada Wanita UMNO di sini yang sangat membanggakan saya," katanya berucap pada mesyuarat Wanita UMNO bahagian itu di sini kelmarin.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin dan turut dihadiri Dali yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri.

Sementara itu, Bung Moktar ketika berucap menjelaskan bahawa Wanita UMNO telah memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemenangan parti dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya sebelum ini.

Katanya, usaha UMNO untuk merampas semula Kelantan daripada Pas pasti akan berjaya jika teknik yang digunakan betul dan melalui peranan besar sayap parti itu.

"Kita sudah ada Skuad Sayang, kita sudah ada gagasan Gelombang Merah dan macam-macam bantuan kebajikan kita berikan, jadi kalau kena dengan caranya kita pasti boleh," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan