Selasa, 10 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


MEB: Malaysia lebih kukuh

Posted:

MEB: Malaysia lebih kukuh

MEB: Malaysia lebih kukuh


Najib Tun Razak bersama anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) pada majlis jamuan tengah hari di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut sama Amirsham Abdul Aziz, Idris Jala dan Mohd. Sidek Hassan. - BERNAMA


PUTRAJAYA 9 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan-cadangan yang terkandung dalam laporan Model Baru Ekonomi (MEB), untuk merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif, sedang ditransformasikan sebagai pelan tindakan.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata, MEB yang memberi tumpuan terhadap lapan inisiatif reformasi strategik (SRI), akan dilaksanakan sepenuhnya bagi menjadikan Malaysia lebih kukuh dan kompetitif di dunia.

"Semua prinsip yang anda dimuatkan dalam MEB merupakan garis panduan yang sangat penting untuk kami.

"Ia merupakan semua reformasi yang akan menjadikan Malaysia lebih kukuh dan bersaing secara lebih kompetitif di dunia," kata Najib pada jamuan tengah hari untuk anggota Majlis Penasihat Ekonomi (NEAC), di pejabat beliau di sini.

Turut hadir Pengerusi NEAC Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

NEAC diwujudkan dua tahun lepas bagi menjalankan kajian dan mengenal pasti usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi.

Hasil kajian dan cadangan oleh NEAC terkandung dalam dua laporan MEB yang diumumkan masing-masing pada Mac dan Disember 2010.

NEAC dalam laporan keduanya, menetapkan 53 dasar penting untuk menangani halangan pengurangan kos untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif menjelang 2020.

Ia menetapkan lapan SRI yang dikenal pasti dalam bahagian satu laproan yang menekankan modal insan berkemahiran tinggi, perkhidmatan awam yang cekap, mencergaskan sektor swasta dan peluang saksama untuk semua rakyat Malaysia.

MEB dirangka bersama-sama program lain seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Negara, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Belanjawan 2011, bagi menyokong objektif kerajaan mencapai status negara maju.

Najib berkata, setiap inisiatif itu kini diselaraskan, dengan setiap cadangan dikaji dan akan dilaksanakan.

Beliau berkata, lapan SRI itu merupakan bahagian yang sangat penting dalam Model Baru Ekonomi.

"Ramai rakyat memberi tumpuan terhadap ETP kerana ia lebih menarik dan mereka boleh melihat angka dan peluang. Orang ramai boleh melihat pelaburan berimpak tinggi dan pekerjaan baharu yang diwujudkan.

"Namun tanpa SRI, anda tidak dapat bergerak pada tahap yang dikehendaki," kata Najib.

Beliau berterima kasih kepada anggota NEAC atas perkhidmatan dan sumbangan mereka dalam menyediakan laporan MEB itu.

"Meskipun mereka akan memuktamadkan kerja pada akhir bulan ini dan hari ini menghadiri mesyuarat terakhir mereka, saya mahu anggota majlis trus menyumbang kepada masa depan Malaysia.

"Saya mahu anda merasakan bahawa anda sebahagian daripada Malaysia.

"Dan, walaupun tugas anda sudah berakhir, anda merupakan sebahagian daripada projek ini dan terus sumbangan masa depan untuk Malaysia," katanya.

Sementara itu, Amirsham mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan mereka peluang untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia pada masa depan.

Beliau menyuarakan rasa puas hatinya terhadap respons segera kerajaan terhadap cadangan-cadangan oleh NEAC dan yakin dasar yang relevan akan dilaksanakan secara progresif. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Tak sangka Perdana Menteri suka berjenaka’

Posted:

'Tak sangka Perdana Menteri suka berjenaka'

'Tak sangka Perdana Menteri suka berjenaka'


Hanif Zolkefle bercakap melalui telefon bimbit dengan Najib Tun Razak diperhatikan P. Kamalanathan (kanan) di Bukit Beruntung, Selangor, malam tadi.


HULU SELANGOR 9 Mei – Penghidap kanser tulang, Hanif Zolkeflee tidak menyangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya sebagai tegas rupa- rupanya seorang yang suka berjenaka.

Remaja berusia 14 tahun yang mula dijangkiti penyakit tersebut tahun lalu turut menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat.

"Saya ingatkan beliau (Perdana Menteri) seorang yang tegas, apabila bercakap dengannya malam ini, beliau seorang yang suka berjenaka dan baik hati.

"Perasaan yang pada mulanya cukup berdebar bertukar gembira apabila mendengar celoteh Perdana Menteri malam ini," katanya ketika ditemui selepas berbual dengan Perdana Menteri selama kira-kira 10 minit menerusi telefon di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Hulu Selangor di sini malam ini.

Remaja itu ditemani adiknya Hafiz, 10, dan bapa, Zolkeflee Zakaria serta ibu, Salisah Ibrahim, masing-masing berusia 44 tahun. Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Perbualan yang sepatutnya melalui laman Twitter bermula pukul 8 malam, terpaksa dibatalkan akibat gangguan talian menyebabkan Perdana Menteri yang berada di kediamannya di Putrajaya menghubungi Hanif melalui telefon.

Dalam perbualan itu, Hanif sempat bertanya beberapa soalan kepada Perdana Menteri, antaranya mengenai tanggungjawab pelajar dalam menjayakan konsep 1Malaysia.

"Perdana Menteri memberitahu saya, 1Malaysia merupakan konsep yang dicipta untuk mengukuhkan hubungan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Ia perlu difahami oleh semua kerana merupakan proses terbaik ke arah membina negara yang lebih kukuh," katanya.

Berhubung soalan mengenai makanan kegemaran, kata Hanif, Perdana Menteri memberitahunya beliau suka makan ikan patin masak tempoyak yang popular di Temerloh, Pahang.

Kata remaja itu, kenangan manis bagi Perdana Menteri adalah kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan kemenangan setiap kali diadakan pilihan raya.

Hanif dalam pada itu berkata, pemimpin nombor satu negara itu turut berpesan kepadanya supaya kuat semangat dan selalu berdoa kepada Allah.

"Saya berharap dapat bersua muka dengan Perdana Menteri selepas ini, dapat bersalam dengannya pun sudah memadai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadangan hantar guru Bahasa Melayu ke luar negara

Posted:

Cadangan hantar guru Bahasa Melayu ke luar negara

Cadangan hantar guru Bahasa Melayu ke luar negara

Rosni Hassan


Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan pelajar Malaysia pada majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Copenhagen, Denmark, semalam. – Bernama


COPENHAGEN 9 Mei – Kerajaan bersedia meneliti cadangan untuk melatih dan menghantar guru Bahasa Melayu mengajar anak-anak warga Malaysia yang berada di luar negara bagi membantu mereka mempelajari dan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, pelbagai aspek perlu dikaji terlebih dahulu termasuk dari segi penyediaan tenaga pengajar, buku teks serta silibus pengajaran dan pembelajaran.

Bahasa Melayu jelas beliau, tidak sukar untuk dipelajari justeru, mungkin boleh diwujudkan kelas untuk mengajar bahasa itu selama satu atau dua jam sehari.

''Kita boleh hantar guru ke sini atau rakyat Malaysia yang berada di sini boleh ke Malaysia untuk belajar bahasa Melayu dan kembali ke Denmark untuk mengajar, kita perlu teliti mana yang sesuai.

''Kita juga sedia hantar buku teks serta teliti silibus yang perlu diikuti untuk belajar bahasa Melayu selain melatih tenaga pengajar," katanya ketika menjawab soalan Pengerusi Persatuan Rakyat Malaysia-Danish, Poo Chu Chua pada sesi dialog dengan rakyat Malaysia di Denmark pada majlis makan malam di sini malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran kini berada di Denmark bagi menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah (Asem) Ketiga dan akan menyampaikan ucaptama pada sesi pertama sidang pleno persidangan itu.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapannya menekankan pentingnya rakyat Malaysia memperkukuhkan penguasaan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan walau di mana mereka berada.

Beliau kagum dengan sikap rakyat Denmark yang kebanyakannya boleh bercakap bahasa Inggeris tetapi mengutamakan bahasa Danish dalam percakapan dan urusan harian mereka.

Di Malaysia jelas beliau, bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan sentiasa dimartabatkan tetapi kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tetap diberi perhatian.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kehadirannya pada persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asem penting bagi menjalin hubungan strategik dalam bidang pendidikan dengan negara-negara Eropah.

Sehubungan itu, katanya, sempena persidangan kali ini, beliau akan bertemu rakan-rakan sejawatnya untuk berkongsi pengalaman dan membincangkan pelbagai aspek melibatkan bidang pendidikan bagi faedah bersama.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia khususnya para profesional yang berada di luar negara supaya pulang bekerja di tanah air dan Talent Corporation (Talent Corp) memperkenalkan program untuk membawa balik profesional dari luar negara.

Katanya, pelbagai insentif disediakan seperti insentif cukai pendapatan pada kadar tetap 15 peratus bagi tempoh lima tahun diberikan bagi menggalakkan mereka pulang ke tanah air untuk menjayakan program transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan