Utusan Online - Selatan |
- DUN belia, sekretariat tangkis fitnah
- Belia perlu dialog bersama pemimpin negara
- Skuad Sayang Wanita UMNO berkesan
DUN belia, sekretariat tangkis fitnah Posted: DUN belia, sekretariat tangkis fitnahOleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI Mohamad Hasan (barisan belakang tengah) bersama sebahagian Belia 4B Cawangan Kampung Uu Beting yang memenangi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, semalam. – utusan/Abd Razak Aid SEREMBAN 15 Mei – Pengwujudan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi belia serta sekretariat menangkis fitnah merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam memastikan suara belia di negeri ini dapat didengari. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penubuhan dua entiti itu dilihat sebagai salah satu kaedah terbaik kerajaan dalam mendekati golongan berkenaan supaya segala permasalahan itu dapat dirungkai. Justeru, katanya, bagi penubuhan DUN belia, semua belia pelbagai lapisan akan dilibatkan dalam membangkitkan apa juga isu yang dihadapi oleh mereka supaya kelonggaran yang dihadapi oleh kerajaan serta golongan itu dapat diberikan perhatian. ''Kita mahu melihat pemikiran matang, kritis dan praktikal lahir dari minda belia untuk dilontarkan secara terus kepada kerajaan supaya jurang kerajaan dan golongan ini dapat dirapatkan. ''Mengenai soal sekretariat menangkis fitnah ini, kita mahu supaya belia diberikan penerangan melalui media baru yang akan berperanan untuk menjelaskan isu secara berkesan," katanya. Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Belia Negara peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd. Samad Ibrahim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Baharudin Jali. Dalam pada itu, Mohamad juga mahu supaya gerak kerja belia tidak seharusnya bercorak konvensional, sebaliknya perlu mendepani apa juga isu, penyelesaian krisis dan paling utama menyuarakan pendapat untuk membangunkan masyarakat. Jelasnya lapan 'sentuhan' digariskan buat generasi belia di negeri ini supaya ia dijadikan sebagai petunjuk dalam menggerakkan agenda belia demi kecemerlangan agama, bangsa dan negara. Katanya, garis panduan itu meliputi penekanan aspek pemikiran baru, kedaulatan diri untuk bergerak secara bebas tanpa pengaruh, menjadi seorang pemimpin ukuran kepada masyarakat selain fikirkan belia untuk diperkasakan kegiatannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Belia perlu dialog bersama pemimpin negara Posted: Belia perlu dialog bersama pemimpin negaraALOR GAJAH 15 Mei — Golongan belia perlu diberikan lebih banyak ruang untuk berdialog dengan pemimpin negara sebagai langkah memperkasa golongan itu bagi menyumbang kepada masa depan tanah air. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, melalui langkah itu, kerajaan juga boleh memahami dengan lebih tepat keperluan serta kemahuan belia bagi memastikan mereka sentiasa maju."Kerajaan kini bersedia menjadi pendengar yang baik dan mempunyai empati terhadap sudut pandangan belia sendiri," katanya dalam teks ucapan sempena Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2011 di Dataran Keris hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri Datuk Gan Tian Loo.Mohd Ali berkata, pada waktu yang sama, menerusi sesi dialog berkenaan, golongan belia dapat memahami dasar serta isu semasa membabitkan kerajaan.Beliau berkata, golongan itu juga perlu mempersiapkan diri bagi merealisasi Model Baru Ekonomi yang ingin melihat rakyat di negara ini berpendapatan tinggi dengan menggarap ilmu serta kemahiran secukupnya dalam kehidupan mereka.Mohd Ali juga berkata, persatuan belia serta agensi kerajaan harus berusaha menarik lebih ramai anggota di kalangan generasi muda ini, dan media alternatif seperti Internet perlu dimanfaatkan untuk menawan hati mereka. Bercakap kepada pemberita, Gan berkata kerajaan berusaha keras bagi membanteras gejala sosial di kalangan remaja, dan bagi tujuan itu, Jelajah 1Malaysia Kami Prihatin dilancarkan, iaitu sebahagian daripada program Rakan Muda.Beliau berkata, program itu, yang melibatkan penjelajahan lebih 200 motosikal berkuasa tinggi ke seluruh negara mulai esok sebelum berakhir 22 Mei ini, turut disertai selebriti terkenal Linda Onn dan Fauziah Latiff."Pada program ini, peserta akan mengedarkan pamplet mengenai pembuangan bayi dan gejala sosial, mengadakan ceramah ringkas serta sesi hati ke hati dengan golongan belia untuk memastikan golongan itu bebas daripada masalah sosial," katanya.Melaka dipilih sebagai tuan rumah program berkenaan. — BERNAMA |
Skuad Sayang Wanita UMNO berkesan Posted: Skuad Sayang Wanita UMNO berkesanSEREMBAN 15 Mei - Skuad Sayang yang digerakkan oleh Pergerakan Wanita UMNO selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang bertujuan mendampingi rakyat telah menampakkan kesan yang besar, terutamanya di negeri ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia terbukti apabila skuad itu ada di mana-mana menyumbangkan khidmat bakti kepada rakyat, terutamanya apabila berlaku bencana seperti banjir yang melanda negeri ini pada awal tahun ini. Beliau yang juga Menteri Besar berkata, rakyat sudah mula nampak dan kenal identiti skuad itu yang sangat aktif dalam kerja-kerja kebajikan di pelbagai peringkat dalam masyarakat. "Skuad Sayang telah berjaya meninggalkan kesan di hati rakyat di merata pelosok negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan weskot Skuad Sayang Wanita UMNO Negeri Sembilan di sini kelmarin. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri, Datuk Norhayati Omar dan isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin. Pada majlis itu, Mohamad menyerahkan 8,000 helai 'weskot' Skuad Sayang kepada kesemua lapan bahagian Wanita UMNO di negeri ini yang disumbangkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri. Sementara itu, Shahrizat dalam ucapannya pada majlis itu, menggesa lebih 55,000 ahli pergerakan berkenaan di negeri ini berusaha memenangi hati rakyat melalui kerja-kerja kebajikan. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, dua program teras yang boleh dilaksanakan adalah mengunjungi surau dan masjid serta menziarahi orang sakit serta memenuhi undangan kenduri. "Wanita tidak perlu bimbang dengan sebarang pandangan yang negatif terhadap mereka kerana apa yang penting ialah kita ikhlas dalam menjayakan usaha-usaha itu. "Malah berilah senyuman yang manis ketika melakukan kerja-kerja kebajikan itu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan