Isnin, 16 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Langgar, pukul, larikan kereta

Posted: 15 May 2011 09:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga menerima lapan jahitan di dagu serta patah gigi selepas mendakwa dipukul seorang lelaki di Kawasan Perindustrian Kinrara, Bukit Jalil, dekat sini, sebelum melarikan kereta Toyota Camry miliknya menyebabkan kerugian kira-kira RM145,000, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Lee Chin Yap, 40, keluar dari rumah menuju ke tempat kerja sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah Perodua Myvi menyebabkan mangsa terkejut lalu memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.


Menurutnya, dia keluar dari kereta untuk melihat keadaan belakang kenderaannya yang kemek.

"Ketika itu, saya lihat Perodua Myvi itu turut berhenti di tepi jalan sebelum seorang lelaki keluar dan menuju ke arah saya.


"Pada mulanya, saya menyangkakan kejadian ini tidak disengajakan dan menuntut lelaki terbabit membayar ganti rugi.


"Bagaimanapun, lelaki itu memberitahu ia hanya perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan," katanya.

Katanya, penjelasan lelaki terbabit sukar diterimanya menyebabkan dia sekali lagi meminta bayaran ganti rugi.


"Namun, dia tetap tidak mahu membayar, sebaliknya seorang lagi rakannya keluar dari kereta dan menuju ke arah saya sebelum terus menolak menyebabkan saya terjatuh.

"Belum sempat saya bangun, lelaki terbabit menendang muka saya menyebabkan dagu cedera dan gigi patah," katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit terus memaki hamun mengatakan perkara sekecil itu pun mahu diperbesarkan sedangkan kereta itu hanya mengalami kerosakan kecil.


"Ketika itu saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terbaring menahan kesakitan sambil melihat rakan lelaki itu masuk dalam kereta saya dan terus memecut laju melarikan kereta berkenaan.


"Lelaki yang memukul saya kemudian beradar dengan Perodua Myvi itu sebelum terus beredar meninggalkan saya di tepi jalan," katanya.


Katanya, mujur ketika kejadian, sebuah lori melalui kawasan berkenaan dan membantu membawanya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.


"Selepas menerima rawatan, saya kemudian membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Sungai Besi.


"Saya kerugian kira-kira RM145,000 selepas kereta bersama barangan berharga dilarikan suspek," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Saya diugut bunuh’

Posted: 15 May 2011 09:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin sebuah parti politik mendakwa hidup dalam ketakutan apabila menerima ugutan bunuh dipercayai dilakukan seorang lelaki selepas mempersoalkan kepemimpinan lelaki berkenaan dalam pentadbiran di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Kejadian berlaku selepas mangsa, G Kalaicelvan (gambar) yang juga Ketua MIC Cawangan Kampung Meru, Klang, mempersoalkan kepemimpinan lelaki itu melalui laman sosial, Twitter hingga menaikkan kemarahan individu berkenaan.


Menurutnya, ugutan itu dibuat melalui panggilan telefon dan SMS, kelmarin selain panggilan telefon 20 kali yang enggan dijawabnya, Rabu lalu.

Menurutnya, selepas menerima ugutan itu, beliau membuat dua laporan di Balai Polis Klang, masing-masing Rabu lalu dan kelmarin untuk melindungi diri dan keluarganya.


"Saya berharap pihak berkuasa menyiasat perkara itu kerana membabitkan nyawa dan keluarga.


"Kami kini dalam ketakutan selepas diganggu tanpa henti," katanya yang sudah menghantar bukti ugutan itu kepada Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai tindakan individu berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan