Isnin, 16 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Keda nafi ganti JKKP 65 tahun

Posted:

Keda nafi ganti JKKP 65 tahun

Keda nafi ganti JKKP 65 tahun

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 15 Mei - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri ini yang berusia lebih 65 tahun akan digantikan dengan muka-muka baru.

Sebaliknya Pengerusi Keda, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah menegaskan kesemua JKKKP berusia 65 tahun yang layak berkhidmat masih menjalankan tanggungjawab mereka seperti biasa pada masa ini.

"Tiada berlaku penamatan tugas seperti yang didakwa itu," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan Keda selaku agensi yang bertanggungjawab menyelia JKKKP di negeri ini akan menggantikan pemegang jawatan dan ahli JKKKP berusia lebih 65 tahun.

Dakwaan itu antara lain mengatakan seramai 700 orang JKKKP di Kedah akan terlibat dalam penggantian berkenaan.

Menurut Ahmad Bashah, JKKKP berusia lebih 65 tahun yang matang dan kaya dengan pengalaman diperlukan bagi menjaga dan memajukan kawasan mereka.

Katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, mereka mempunyai pengaruh yang kuat serta dihormati dan ia boleh memberi sumbangan yang berkesan kepada kampung masing-masing.

Ahmad Bashah bagaimanapun menegaskan bahawa JKKKP yang gagal menjalankan tugas dengan berkesan akan diganti dengan orang lain seperti yang dimaklumkan beliau sebelum ini.

"Perkara ini saya sudah tegaskan berulang kali pada majlis perjumpaan dengan JKKKP iaitu sesiapa yang gagal menjalankan tugas dengan berkesan akan digantikan. Saya telah mengarahkan Keda memantau prestasi setiap JKKKP," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM2 juta bina Pusat Pembangunan Belia

Posted:

RM2 juta bina Pusat Pembangunan Belia

RM2 juta bina Pusat Pembangunan Belia

PARIT BUNTAR 15 Mei - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi mewujudkan Pusat Pembangunan Belia Perak yang beroperasi di Greentown, Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pusat berkenaan bertujuan memberikan latihan kemahiran di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada belia di negeri ini.

Menurut beliau, pusat itu merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memberikan latihan kemahiran kepada generasi muda yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Katanya, kerajaan juga berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebagai pilihan utama pelajar sekolah seperti yang diamalkan oleh beberapa negara lain.

"Generasi muda sentiasa menjadi fokus dan keutamaan dalam merencanakan program pembangunan yang sesuai mengikut cita rasa dan kehendak semasa.

"Kementerian Belia dan Sukan juga telah mengadakan strategi yang komprehensif bagi merapatkan golongan belia dengan persatuan belia," katanya merasmikan sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di Dataran Sungai Kerian di sini.

Zambry berkata, fokus pembangunan belia negara pada masa kini adalah untuk menjadikan golongan tersebut sebagai ejen perubahan selaras program transformasi negara.

Katanya, belia adalah aset terpenting dalam sesebuah negara kerana jatuh bangun sesuatu bangsa bergantung kepada peranan belia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bumbung rumah terbang tiga beranak nyaris cedera

Posted:

Bumbung rumah terbang tiga beranak nyaris cedera

Bumbung rumah terbang tiga beranak nyaris cedera


Che Harun Hussin (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Sabri Along di Kampung Senangit, RPS Kemar di Gerik, kelmarin.


GERIK 15 Mei - Sekeluarga tiga beranak nyaris cedera apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin di Kampung Senangit, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini semalam.

Mangsa, Sabri Along, 26, berkata, semasa kejadian pukul 3 petang itu, dia bersama isteri serta seorang anaknya sedang berehat di ruang tamu.

"Kejadian itu berlaku sekelip mata dan sedar-sedar sahaja, angin bertiup kencang dan menerbangkan keseluruhan bumbung rumah beratap zink.

"Mujurlah kami sempat menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di sini.

Selain kediaman Sabri, sebuah rumah di Kampung Leudaw yang terletak bersebelahan perkampungan tersebut, turut rosak akibat ditimpa sebatang pokok durian.

Kejadian malang yang menimpa Sabri sekeluarga itu mendapat perhatian segera daripada kerajaan negeri dan pemimpin masyarakat setempat yang melawat ke lokasi kejadian.

Ketua Zon UMNO RPS Kemar dan Banun, Che Harun Hussin telah menyerahkan sumbangan awal sejumlah wang tunai bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit untuk menggantikan atap rumah tersebut.

Beliau menambah, bantuan itu sebagai tanda prihatin kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir terhadap masyarakat Orang Asli di sini.

Katanya, Menteri Besar dan Exco Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shaarani Mohamed serta wakil rakyat kawasan ini, Datuk Hasbullah Osman tidak pernah mengabaikan masalah penduduk walaupun perkampungan itu terletak jauh di pedalaman.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan UMNO RPS Kemar, Aziz Asuh berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menghulurkan bantuan kepada penduduk terlibat.

"Rata-rata penduduk berpendapatan rendah bersyukur kerana setiap kejadian mendapat perhatian Ketua Zon RPS dan Kemar.

"Apa yang pasti, kewujudan sebuah pencawang telekomunikasi di penempatan Orang Asli sejak beberapa bulan lalu, membantu mereka berhubung dengan pihak luar apabila berlaku sesuatu kejadian buruk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan