Utusan Online - Dalam Negeri |
Posted: Bekas tentera mantapkan PDRMOleh ROZIANAH RISMAN
KUALA KUBU BHARU 14 Mei – Pemikiran berasaskan strategi laut biru perlu diterapkan dengan lebih meluas di dalam agensi-agensi kerajaan bagi mencapai objektif di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, strategi itu turut merangkumi program latihan asas dan pelaksanaan rondaan polis yang menggunakan kemudahan tentera. "Justeru, PDRM telah mengaplikasikan pendekatan tersebut dengan mengadakan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia melibatkan pengambilan bekas tentera untuk menjadi anggota polis bagi membekalkan anggota polis yang berpengalaman dalam jangka masa pendek," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena perbarisan tamat latihan siri pertama PLAK konstabel bagi bekas tentera di Maktab PDRM di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong. Menurut Khalid, berdasarkan sasaran pelan strategik lima tahun PDRM, pihaknya menyasarkan untuk melatih seramai 12,000 pelatih. Pada majlis itu, Ros Mohamad Tarmizi Othman telah dianugerahkan Platun 1 Terbaik manakala Konstabel Md. Daud Mukri menerima Pelatih Keseluruhan Terbaik. Menurut Khalid, berdasarkan sasaran pelan strategik lima tahun PDRM, pihaknya menyasarkan untuk melatih seramai 12,000 pelatih. | ||
Langkah kurangkan beban rakyat Posted: Langkah kurangkan beban rakyatKUANTAN 14 Mei - Kerajaan memahami kesusahan rakyat berikutan kenaikan harga barang dan sentiasa mencari kaedah untuk mengurangkan beban tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia satu- satunya negara yang mengawal harga barang dengan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat. "Kenaikan harga barang tidak boleh dijadikan alasan menuduh kerajaan tidak membuat sesuatu untuk rakyat," katanya pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kg. Sungai Ular di sini hari ini. | ||
Tuanku Mizan melawat Muzium Padi Posted: Tuanku Mizan melawat Muzium Padi
ALOR SETAR 14 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan melawat Muzium Padi di sini yang memaparkan sejarah penanaman padi di Kedah sehingga menjadi negeri Jelapang Padi di Malaysia. Ketibaan Seri Paduka disambut Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta kenamaan negeri dan Exco kerajaan negeri. Seri Paduka memulakan lawatan di aras dua dan menyaksikan beberapa demonstrasi seperti penghasilan kertas buatan tangan daripada jerami, mencanting batik, pembuatan seramik dan menitik bedak sejuk selain demonstrasi makanan tradisional berasaskan beras seperti emping kerabu, kuih karas, kuih peneram, emping nyiur dan putu beras. Yang di-Pertuan Agong seterusnya melawat aras satu yang menempatkan peralatan tradisional pesawah seperti kuku kambing, tenggiling, renggam, kepok dan lain-lain. Seri Paduka yang meluangkan masa hampir dua jam di muzium itu turut menyaksikan panorama sawah padi dan perkampungan tradisional Melayu dari puncak Gunung Keriang melalui paparan mural di platform berputar dalam muzium itu. Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke negeri ini mulai semalam berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Rakyat di Dewan Wawasan, Jitra di sini, malam ini. Tuanku Nur Zahirah yang diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun mempunyai jadual berasingan pagi ini iaitu menyusuri Sungai Merbok dan melawat Muzium Perhutanan di Gunung Jerai, dekat sini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan