Khamis, 12 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Masalah air hantui 30 keluarga

Posted:

Masalah air hantui 30 keluarga

Masalah air hantui 30 keluarga

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


ROSZAINI Jantan bersama dua anaknya, Muhammad Qayyum Afiq dan Siti Qaisarah mandi di koridor rumah di tingkat empat kerana terputus bekalan air sejak tiga minggu lalu.


MELAKA 11 Mei - Setiap hari, tiada perkara lain yang difikirkan oleh kira-kira 30 keluarga di Blok G Pangsapuri Tengkera Jaya, Taman Siantan, Tengkera di sini melainkan perlu mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan seharian.

Masalah itu pula bukan baru berlaku sehari, tetapi sudah lebih tiga minggu mereka terpaksa berulang-alik untuk mengangkut air bersih ke blok empat tingkat itu.

Penduduk mendakwa, tekanan air yang terlalu rendah sejak tiga minggu lalu menyebabkan mereka terpaksa menunggu seharian untuk air memenuhi tangki di rumah.

Lebih malang, ada sebahagian penduduk di tingkat empat blok tersebut langsung tidak mendapat bekalan air paip kerana tekanan yang terlalu rendah.

Salah seorang penduduk, Roszaini Jantan, 28, berkata, keadaan itu memaksa dia dan lima anaknya yang masih kecil mandi di koridor rumah.

"Rumah saya di tingkat paling atas dan tekanan air paip yang terlalu rendah menyebabkan saya terpaksa menunggu seharian untuk air memenuhi tangki air.

"Itupun, hanya cukup untuk kegunaan isteri memasak dan membasuh pakaian, manakala saya pula terpaksa menadah air hujan di koridor untuk mandi bersama anak-anak," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, seorang pegawai Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang membuat pemeriksaan semalam memberitahu, tiada masalah pada meter rumah dan mungkin berpunca akibat tekanan air yang terlalu rendah.

Dakwanya lagi, pegawai berkenaan juga memintanya supaya memaklumkan masalah itu kepada pemaju atau Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana ia mungkin disebabkan meter utama yang tersumbat.

"Saya amat berharap pihak berkenaan dapat segera membantu kami dan bukannya saling menuding jari sehingga akhirnya rakyat yang menjadi mangsa," katanya.

Seorang lagi penduduk, Koh Swee Keow, 50, berkata, masalah itu menyebabkan dia terpaksa mengambil air daripada paip awam untuk kegunaan seharian.

Menurutnya, dia dan keluarganya juga terpaksa memakai baju yang sama berulang kali selama beberapa hari kerana tidak mendapat bekalan air yang cukup untuk membasuh pakaian.

"Malah, kami juga terpaksa membeli makanan dari luar kerana ketiadaan bekalan air bersih menyukarkan kerja memasak dan membasuh pinggan mangkuk," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mokhtar Bujal, 44, berkata, keadaan itu memaksa dia mengangkut dua tong air setiap hari ke rumahnya di tingkat empat blok tersebut

"Rumah saya terletak paling hujung menyebabkan bekalan air langsung tidak sampai sehingga saya terpaksa menghantar pakaian ke kedai dobi," katanya.

Bagi Siti Arzura Othman, 28, dia berharap pihak berkuasa seperti MBMB dan SAMB dapat segera membantu penduduk menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

Posted:

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

JASIN 11 Mei - Beberapa agensi kerajaan, syarikat swasta dan media tempatan diraikan pada majlis penghargaan kepada pihak terlibat yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dalam tempoh tiga tahun lalu.

Anugerah dan penghargaan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai itu disampaikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhammad sempena majlis Tiga Tahun Berlalu DUN Sungai Rambai di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin.

Antara media yang menerima penghargaan ialah Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, Sinar Harian, Astro Awani, Berita Harian dan Harian Metro.

Penerima Anugerah Khas diberikan kepada Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff dan Murad, diikuti Anugerah Pegawai Terpuji kepada Juruteknik Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jasin, Mohd. Yusof Abdullah.

Anugerah Pegawai Harapan pula diberikan kepada Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri, Lim Chow Beng; Juruteknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jasin, Muh Hardian Abd. Hamid dan Pegawai DUN MPJ, Ismail Ibrahim.

Turut sama ialah Penyelia Kemas Jasin, Juminah Sidi dan Penyelia Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Mutiara, Sarah Sabrah.

Anugerah Agensi Cemerlang Japerun Sungai Rambai turut diberikan kepada PKNM, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Pejabat Tanah dan Derah Jasin, MPJ, JKR, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, JPS negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Rambai Tengah pula dipilih sebagai pimpinan kampung paling aktif dalam DUN berkenaan di samping JKKK Batu Gajah Pasir yang diiktiraf sebagai kampung harapan.

Sementara itu, Hasan ketika ditemui berkata, anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan Japerun Sungai Rambai kepada semua pihak yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan tersebut sebagai Zon Gerbang Selatan.

"Saya begitu bangga dengan sumbangan tenaga dan idea semua pihak termasuk media cetak dan elektronik yang banyak membantu merealisasikan segala perancangan di Sungai Rambai sehingga ia begitu dikenali hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang putar belit gabung MPN, MPS

Posted:

Pembangkang putar belit gabung MPN, MPS

Pembangkang putar belit gabung MPN, MPS

SEREMBAN 11 Mei - Penggabungan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bagi membolehkan bandar ini mendapat status bandar raya tidak akan membebankan rakyat seperti yang didakwa pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif penggabungan itu bukan sahaja akan membawa pelbagai manfaat kepada kerajaan negeri malah kepada penduduk di Nilai dan Seremban.

''Pihak pembangkang telah memutarbelitkan isu ini dan ini dapat dilihat melalui tulisan blog yang mengatakan rakyat akan menjadi mangsa apabila MPN dan MPS digabungkan.

''Mereka mendakwa bahawa sekiranya Seremban mendapat status bandar raya, maka rakyat terpaksa membayar cukai yang tinggi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Jelas Mohamad, dakwaan tersebut hanya akan mengelirukan pemikiran rakyat sedangkan pelaksanaannya bakal membawa banyak kelebihan dan kebaikan kepada umum.

''Apabila kita mendapat status itu, pelbagai manfaat akan diterima seperti pemberian geran tahunan dan bantuan kewangan yang lebih tinggi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

''Ini akan memberi kesan kepada pembangunan bandar ini seperti lebih banyak kemudahan asas penduduk dapat ditingkatkan termasuk pertambahan peluang pekerjaan apabila kita mendapat status tersebut," ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung penetapan tarif cukai, Mohamad memberitahu, kerajaan negeri tidak akan menaikkan cukai sewenang-wenangnya kerana ia perlu mengambil kira pelbagai aspek terutamanya hal yang berkait rapat dengan masyarakat setempat.

''Apa pun kita hendak lihat kemudahan orang ramai ditingkatkan terlebih dahulu. Apabila semua selesai dijalankan baru kita akan menentukan tarif pungutan cukai, itupun kita ambil kira kos sara hidup dan kos lain kerana kita tidak mahu membebankan rakyat.

''Kalau hendak ikutkan, cukai MPS sudah 10 tahun tidak dinaikkan. Oleh itu, saya berharap agar orang ramai jangan risau dan terpengaruh dengan perkara negatif yang disalurkan kepada mereka kerana keutamaan kita adalah memberi kesejahteraan kepada rakyat," katanya.

Tambahnya lagi, apabila semua kemudahan dan perkhidmatan awam sudah ditingkatkan dan lengkap, barulah kadar cukai baru akan dipertimbangkan.

''Maka orang ramai tidak akan marah, lagipun kalau berlaku kenaikan cukai, ia tidak akan dinaikkan secara mendadak," jelas Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan