Khamis, 12 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sindiket makanan luput

Posted: 11 May 2011 11:38 AM PDT

MukaDepan

Keluarga jual susu, koko, minuman bijirin dikutip dari pusat pelupusan sampah

GOMBAK: Berhati-hati apabila membeli barangan makanan dan minuman berharga murah, seperti susu pekat, susu segar, serbuk koko dan minuman bijirin kerana satu sindiket dikesan mengumpul produk yang sudah luput atau tidak memenuhi piawaian, termasuk dari pusat pelupusan sampah sebelum dijual semula secara pukal.

Sindiket terbabit yang menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu di sebuah banglo terpencil di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Jalan Gombak di sini, dikatakan menjual produk pelbagai jenama itu di kedai runcit, pasar malam serta restoran, terutama di sekitar daerah ini. Perbuatan sindiket itu terbongkar selepas banglo terbabit diserbu 10 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, kira-kira jam 10.15 malam kelmarin, hasil maklumat awam.

Dalam serbuan itu, pasukan berkenaan merampas 3,500 barangan bernilai RM30,000 termasuk pelbagai produk kegunaan harian, seperti sabun, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi dan losyen yang ada antaranya sudah luput tempoh lebih dua bulan lalu.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang, berkata ketika serbuan, dua wanita warga Indonesia termasuk seorang bertaraf penduduk tetap berusia 50 dan 34 tahun, sedang membersihkan botol berisi susu segar serta membuang tarikh luputnya.

"Siasatan mendapati kegiatan ini didalangi sebuah keluarga yang kita percaya mendapatkan bekalan daripada pihak lain sebelum dibersihkan, termasuk dibuang tarikh luputnya dan dijual semula sama ada menggunakan bungkusan baru atau tanpa sebarang pelekat.
"Kita dapati mereka turut memperoleh produk makanan yang belum tamat tempoh, tetapi tidak memenuhi piawaian seperti susu dalam tin kemek, dipercayai dibekalkan pengusaha kedai runcit dan orang dalam di kilang tertentu.

"Lebih mengejutkan apabila premis itu turut menghasilkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bahannya untuk dijual kepada orang ramai khususnya kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata, sindiket itu meraih keuntungan berpuluh-puluh ribu ringgit tanpa menghiraukan kesan penggunaan produk itu terhadap kesihatan orang ramai.

Othman berkata, dua wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, manakala seorang lelaki dipercayai dalang sindiket itu masih diburu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sepatutnya pelupusan dibuat bukan sekadar buang tin tu, tapi bukak n curahkan isinya.. dispose all the content.. barulah org len xkn amik n jual blk.. macam nestle selalu buat, yogurt yg dah expire diorg akn buka n curahkan dlm longkang atau mana2 tempat yg sesuai...

ayah min

satu akta yang perdagangan akan di ubah..kalau makanan itu melibatkan nawa maka hukuman yang setimpal adalah mati....gantung sampai mjeninggal

rizal

hurm..nampknya hmpir semua makanan x boleh dimakan..telur tiruan la..beras tiruan la..hurm..susah maw tahu sama ada asli mahupun tiruan... makan angin jak la..nyaman lagi..kalau makanan yg kita makan kita xtaw sah,halal,asli..hurm..ptutla byak org berpenyakit bgini..

lieya

kita sbg pengguna kekadang tak pasti adakah brg yg kita beli itu brg baru atau yg dah hampir expired.. kdg2 betul2 dekat tarikh tu ada calarlah, dan xnmpk tulisannya mcm dipadam supaya pengguna x nmpk tarikh luputnya. agaknya msti dipadam kot.. kita kena berhati2.. kalo saya yg jumpa mcm tu sure saya x beli, sbb saya x pasti trkh expired.. entah2 sengaja dipadamkan..

Luis

Saya bersetuju dengan pendapat Rino Effandy. Sememangnya pihak berkuasa menetapkan satu standard huruf agar pengguna dapat membezakan yang mana palsu atau benar. Ini berkaitan dengan nyawa pengguna. Sama juga dengan pengedar dadah yang dihukum gantung kerana mengedar dadah, orang yang menjual atau memanupulasi tarikh luput harus dikenakan tindakan yang sama, kerana ianya melibatkan nyawa.

mohamed amin shahidal

Tahniah kepada Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor,anda telah menjalankan tugas anda dengan baik untuk bangsa, Negara dan agama anda.kalau di sabah, entah siapa yang tak tahu/terlihat.. VCD cetak rompak dan Lucah berada di jalan Sinsuran Kota Kinabalu.. VCD Cetak Rompak pula di dalam Pasaraya (Center Point Sabah). mustahil pula pemangsa tak terhidu mangsanya..

kepada KPDNKK Selangor Syabas sekali lagi, teruskan usaha murni anda.Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan.semoga anda semua sentiasa di lindunggi oleh yang maha esa, dari penyaggak perosak bangsa..

leli mnoor

Sepatutnya produk yang telah tamat tempoh dilupuskan dengan cara yang betul oleh pengeluar agar kes ini tidak berulang lagi. Apabila barang-barang tersebut tidak dilupuskan dengan cara yang betul maka akan terjadilah perkara seperti ini apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan cara jijik ini.

nurul balqis ilqisha

jgnla bwt cmnie terhadap msyrakt.plisla.kitaorg pon ade hak jgk.brtindak sebelum brfikir.

Pria_hebat

salam... setuju dgn amamiza bandan kerajaan yng di pertanggungjawabkan haruslah bertindak dengan segera. kuasa di tangan anda untuk menyelamatkan nyawa rakyat malysia.

patutla kekadang minum air minuman berperisa koko rasa masam je

azahari62

sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sentiasa memantau setiap pelupusan dibuat. pelupusan tersebut dipastikan ianya dimusnahkan dengan jantolak atau dihancurkan hingga barang tesebut tidak boleh digunakan lagi.

Pendekar Laut

pendekar Laut Setuju dgn anda semuer

Ariff shah

Biasalah...undang2 akan digubal bila sesuatu yang buruk dah berlaku...tgk lah Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 94 sebagai contoh.

suhaimi

hah... kg aku ni.... sape la punye keje ni...

zam

hantar msk lokap kemdudian halau je blk ke indon termasuk yg ada status PR tu tarik blk,dtg m'sia nk aniaya org sini semata2 nk hidup senang!

Siti Baizuraah Abdul Rashid

berita ni betul2 buat aku tersentap!! sgt2 marah!! mmg buat aku amok dlm demam2 nih..!! kalau dpt mmgaku lempang laju2 muka tauke & pekerja2 skali!!! giler ko serbuk Koko dah luput 3 tahun lalu masih dibancuh wat eskrem Mesia jual kat budak2 sekolah..??!!! lahabauuu punya manusia!!! tipu harga harga aku tahan lg...tp tipu camni mmg sgt2 c3laka okay!!!!!!

Pak Teh Tok Bali

Barang yang luput tarikhnya hendaklah dibuang ditempat yang dikawal oleh angesi terbabit. Manakala warga terbabit halau balik saja ke negaranya & yang dapt taraf penduduk tetap batalkan saja PT tersebut.

leli mnoor

Sepatutnya produk yang telah tamat tempoh dilupuskan dengan cara yang betul oleh pengeluar agar kes ini tidak berulang lagi. Apabila barang-barang tersebut tidak dilupuskan dengan cara yang betul maka akan terjadilah perkara seperti ini apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan cara jijik ini.

afendi

Inilah akibatnya undang-undang digubal tapi pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib tidak berterusan....

RINO EFFENDY

standard kepada bentuk huruf, saiz huruf dan juga percetakan tarikh luput pada tin/bekas makanan/minuman perlu distandard kan...tarikh luput yg di 'emboss'(berhuruf timbul) perlu digunakan pd semua pengeluar2 yg menggunakn tin sebagai bekas pembungkusan, bkn hnya mencetak pd tin berkenaan..pengeluar/pengilang perlu memantau rekod pengedaran pd pengedar2 supaya pemantauan barang luput tarikh pd setiap outlet direkod/dikemaskini.

abdul

yg paling penting

penting jg pihak brwajib menyenaraikn jenama barang2 yg dmaksudkn supaya pengguna tahu...

Ab Halim

Dalam hal ini, orang awam terutamanya kita semua, perlulah memainkan peranan sama dgn pihak berkuasa, sama-sama berganding bahu membenteras kegiatan seperti ini berulang lagi. Ini kerana kita semua adalah pengguna. Jgn selalu mengharapkan org lain menjaga kita. kita kena sentiasa berwaspada agar kita tidak menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab yg pentingkan keuntungan semata-mata.

Yangretibase

Manusia gila duit sungguh. Tak kira orang lain mati pun. Pembunuh senyap mereka ini! Sial!

zai kariena

salam n selamat sejahtera pada warga malaysia,sebagai pembeli diharap kt ambil perhatian n perihatin diatas isu ini dan jgn asyik pikir murah jer tetapi kesannya pada kesihatan.

hanieberry

Saya setuju dengan amamiza... Sebelum korban jiwa, baik tindakan atau amaran tegas diberikan.Terutama kedai2 kopi yg byk guna susu.

sri siantan

dicadangan perlu ada garispanduan atau undang2 untuk memastikan pengeluar seseuatu produk memusnahkan barang yang luput tarikh dilupus dengan betul dan sempurna agar ianya tidak disalah guna oleh pihak lain dan melindungi kepentingan pengguna.

Faris

Senaraikan produk makanan yang dijual dan juga pekedai yang menjual makanan tersebut. Siasatan harus terus dipanjangkan ke kedai-kedai yang menjual makanan tersebut.

amamiza

kalau setakat serbu, tangkap dan bawa kemahkamah tidak memadai. Undang-ng lebih ketat perlu dikuatkuasakan supaya semua barang luput tempoh dibinasakan atau diserah kepada badan tertentu untuk dimusnahkan. jangan sampai berlaku korban jiwa baru hendak gubal undang-undang baru.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Islam agama rasmi tak akan dipinda: Najib

Posted: 11 May 2011 11:33 AM PDT

MukaDepan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh diubah dalam apa juga keadaan.

Perdana Menteri berkata, peruntukan dalam Perlembagaan berhubung kedudukan agama Islam dan agama lain di negara ini juga amat jelas dan tidak boleh dipinda.

Justeru, beliau berkata, semua pihak tidak seharusnya bimbang, gundah gulana atau gelisah kerana hasil pertemuan beliau dengan pemimpin Islam semalam sependapat bahawa yang penting ialah menjaga keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara dengan semua pihak mesti membendung perasaan emosi untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian serta kesejahteraan negara. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perbincangan dengan 22 pemimpin dan cendekiawan Islam, di pejabatnya, di sini, semalam.

Antara pemimpin dan cendekiawan Islam yang hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Najib juga mengingatkan bahawa pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mempergunakan isu agama sehingga menjejaskan keharmonian negara.

"Kita tidak mahu ada tindakan dilakukan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang negara sebab yang paling penting ialah keamanan dan keharmonian negara kita," katanya.
Beliau berkata, pemimpin dan cendikiawan Islam juga setuju isu itu diserahkan kepada kerajaan untuk ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan hikmah tanpa membiarkan ia menjadi sesuatu yang boleh merosakkan keharmonian antara agama di Malaysia yang selama ini dijadikan contoh yang boleh dibanggakan.

Menjawab soalan, Najib berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan cendikiawan Islam dari semasa ke semasa.

"Bagaimanapun, dalam keadaan yang berlaku sekarang, amat penting saya berjumpa dengan kumpulan ini sekali lagi (untuk) bincang isu ini dan perkara lain," katanya.

Najib juga berkata, dalam pertemuan itu beberapa isu semasa dibincangkan, termasuk isu 'menukar' agama lain sebagai agama rasmi negara yang dilaporkan sebelum ini. Beliau juga meminta semua pihak menolak fahaman ekstrem.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan