Ahad, 15 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Hanya UMNO bela Melayu

Posted:

Hanya UMNO bela Melayu

Hanya UMNO bela Melayu

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

PONTIAN 15 Mei – Tiga parti serpihan yang telah ditubuhkan selepas kelahiran UMNO pada 1946 merupakan parti yang memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan bukan membela kaum tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, hanya UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah terbukti mampu membela kaum tersebut kerana ia diasaskan dengan tujuan suci apabila penjajah British memperkenalkan Malayan Union.

Keadaan itu katanya, berbeza dengan Pas, Semangat 46 (S46) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan ekoran kekecewaan segelintir pemimpin mereka demi kepentingan peribadi, bukan untuk menyatukan orang Melayu.

"Pas ditubuhkan pada 1951 apabila Ahmad Fuad kalah kepada Datuk Onn Jaafar, S46 pula ditubuhkan pada 1988 apabila Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, manakala PKR pada 1989 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

"Jadi, tiada sebab ketiga-tiga parti tersebut terutamanya Pas dan PKR mendakwa mereka adalah parti yang mewakili serta membela orang Melayu sedangkan asas penubuhannya lahir daripada perasaan kecewa kerana tidak dapat menjadi pemimpin," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad; timbalannya, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kepada golongan muda yang lahir selepas penubuhan UMNO supaya mereka memahami parti yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Pas yang kononnya memperjuangkan Islam juga tidak ikhlas kerana melabelkan kaum sebangsa dan seagama mereka sebagai kafir dan tidak masuk syurga sekiranya tidak mengundi calon-calon mereka dalam pilihan raya.

"PKR pula kini hanya menjadi kuda tunggangan dan boneka kepada DAP serta telah lari daripada konsep asal penubuhannya apabila ramai pemimpin kanan dan ahli mereka meninggalkan parti tersebut," katanya.

Justeru, beliau menasihati generasi muda Melayu supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang dan sewajarnya menyedari bahawa UMNO sahaja yang dapat membela nasib dan mempertahankan maruah agama Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN boleh rampas empat negeri pembangkang

Posted:

BN boleh rampas empat negeri pembangkang

BN boleh rampas empat negeri pembangkang

PAPAR 15 Mei - Kerajaan Barisan Nasional (BN) diyakini mampu mengekalkan kemenangan besar termasuk merampas kembali empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan proses transformasi dan reformasi telah membuahkan hasil dan ia diterima dengan baik oleh rakyat.

Menurut beliau, sokongan semula rakyat diterjemahkan melalui kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di negeri yang dikuasai pembangkang dan terbaru di Sarawak.

"BN dan UMNO sudah bersedia sepenuhnya terpulang kepada Perdana Menteri untuk tiup wisel. Apa yang penting semua pihak dalam BN perlu bekerja keras tingkatkan sokongan rakyat," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pelajar termiskin luar bandar dan sumbangan sekolah sempena Pesta Kaamatan di Sekolah Kebangsaan Our Lady Of Fatima, Kampung Kelatuan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan sesetengah UMNO Bahagian yang menuntut supaya dikembalikan beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi mereka, Mohd. Shafie berkata, perkara pokok bukannya soal pengagihan kerusi tetapi adalah kemenangan kerusi.

Jelas beliau, ia adalah selari dengan ingatan Perdana Menteri bahawa ciri-ciri utama pemilihan calon BN ialah yang boleh memberikan kemenangan kepada parti tanpa mengira kedudukan dan jawatan yang tidak tertakluk kepada parti komponen tertentu sahaja.

"Jangan kita sibuk untuk mengambil kerusi tetapi tidak menang, apa gunanya? Ini kerana tujuan utama bertanding ialah untuk menang bukannya untuk kalah," katanya.

Ditanya mengenai desas-desus mengatakan beliau mempunyai hubungan dingin dengan Badan Perhubungan UMNO Sabah, Mohd. Shafie menjelaskan bahawa tidak timbul sebarang masalah, malah menyatakan kemenangannya sebagai Naib Presiden UMNO banyak dibantu oleh mereka yang memberikan sokongan padu kepadanya.

"Ia bukan masalah tetapi yang paling penting ialah saya dan semua pihak bekerja dan berkhidmat untuk rakyat seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri, tetapi ada sesetengah yang mungkin bimbang dan ragu dengan saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan