Ahad, 15 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Cicak tokek punca Nazarudin diculik?

Posted:

Cicak tokek punca Nazarudin diculik?

Cicak tokek punca Nazarudin diculik?

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mei – Penculikan seorang ahli perniagaan Malaysia di Pulau Jolo, selatan Filipina minggu lalu dipercayai berpunca daripada keinginan mangsa untuk mencari tiga ekor cicak tokek yang kononnya dipelihara di sebuah perkampungan di pulau itu.

Mangsa, Nazarudin Saidin, 38, yang baru beberapa bulan berjinak-jinak dalam perniagaan cicak tokek dikatakan sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan sebanyak RM4,500 untuk pergi ke Filipina menemui pemilik cicak itu yang dikenali sebagai Ghafar.

Perkara itu didedahkan oleh rakan mangsa, dikenali sebagai Ali yang mendakwa, Nazarudin dipercayai terpedaya dengan pelawaan Ghafar untuk pergi ke Filipina dan melihat koleksi cicak tokek milik lelaki terbabit untuk dijual.

Ali mendakwa, mereka dan beberapa lagi rakan pada mulanya melabur dalam perniagaan itu bersama seorang lagi kenalan dari Filipina yang dikenali sebagai Dr. Rodi, namun kerana kesempitan duit, Ghafar dilihat begitu berminat untuk membantu.

"Menurut Ghafar, dia mempunyai tiga ekor cicak tokek yang disimpan di rumah ibu mertuanya di Zamboanga dan atas galakan Dr. Rodi, kami mahu melihat sendiri haiwan itu.

"Bagaimanapun, Ghafar kemudian datang sendiri ke Kuala Lumpur memberitahu, cicak itu tiada di Zamboanga sebaliknya disimpan di sebuah perkampungan di Pulau Jolo dan saya bersama Dr. Rodi merasakan ada sesuatu yang tidak kena lantas mahu membatalkan hasrat itu," kata Ali ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Namun, dakwa Ali, Nazarudin tetap mahu ke sana dan berlepas pada 27 April lalu setelah menyediakan perbelanjaan sebanyak RM4,500 kerana mahu melihat sendiri koleksi cicak tokek milik Ghafar.

"Dia kemudian menghubungi saya beberapa hari kemudian dan memberitahu tidak melihat cicak itu lagi kerana ia berada di atas gunung di Pulau Jolo.

"Malangnya, pada 8 Mei lalu, Dr. Rodi menghubungi saya dan memberitahu, Nazarudin diculik dan ketika itu barulah kami tahu bahawa semua ini berkemungkinan perangkap Ghafar," ujarnya.

Bercerita lanjut, Ali mendakwa, dia diminta menyediakan 80 juta Peso (RM5.6 juta) untuk membebaskan Nazarudin ketika menghubungi penculik itu.

"Mereka meminta 5 juta Peso (RM348,317) sebagai duit pendahuluan dan disediakan beberapa hari ini jika tidak mahu melihat nyawa kawan saya itu terancam.

"Jumlah itu terlalu besar untuk disediakan keluarga Nazarudin mahupun kami kawan-kawannya. Apa yang kami pinta, penculik itu menangguhkan waktu serta bantuan dari kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saya buntu - Isteri mangsa

Posted:

Saya buntu - Isteri mangsa

Saya buntu - Isteri mangsa

KUALA LUMPUR 15 Mei - Isteri kepada ahli perniagaan yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, selatan Filipina minggu lalu, Mazlina Mohamad, 38, mengaku dia kini buntu serta hilang arah bagi mencari jalan untuk membebaskan suaminya.

Meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Filipina kini berusaha membebaskan suaminya, Nazarudin Saidin, dia berkata, adalah mustahil untuknya mengumpul wang tebusan berjumlah 80 juta Peso (RM5.6 juta) seperti yang dituntut kumpulan penculik berkenaan.

"Saya buntu dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi. Sekarang saya cuma bergantung harap pada pihak berkuasa dan menunggu apa tindakan mereka.

"Saya amat berharap pihak berkuasa melakukan apa sahaja cara untuk membebaskan suami kerana kami sekeluarga amat memerlukan dia dan kami tidak berupaya untuk melakukan itu semua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina pada 8 Mei lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut.

Kumpulan penculik itu dikatakan meminta wang tebusan pendahuluan berjumlah 5 juta Peso (RM348,317) yang perlu dijelaskan selewat-lewatnya esok.

Polis Diraja Malaysia semalam mengesahkan pihaknya kini sedang berunding dengan pihak berkuasa Filipina untuk membebaskan ahli perniagaan tersebut.

Menurut Mazlina, hatinya dilanda kebimbangan apabila diberitahu bahawa Wisma Putra tidak menyediakan sebarang dana bagi membebaskan orang tebusan yang diculik sebegitu.

"Tetapi ada seorang wanita yang menawarkan bantuan untuk berjumpa 'orang kuat' Kementerian Dalam Negeri dikenali sebagai 'Encik Din' yang boleh membincangkan mengenai harga pembebasan suami. Bagaimanapun, saya belum membuat keputusan lagi," ujarnya.

Mazlina hari ini turut membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai berhubung penculikan suaminya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan