Ahad, 15 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Orang Asli dapat ‘durian runtuh’

Posted:

Orang Asli dapat 'durian runtuh'

Orang Asli dapat 'durian runtuh'

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


WAN Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) menyampaikan cek pampasan kepada salah seorang penduduk Orang Asli pada majlis penyerahan pampasan pembangunan Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai, di Pos Leryar, Cameron Highlands baru-baru ini.


CAMERON HIGHLANDS 15 Mei – Seramai 300 penduduk Orang Asli di tiga kampung dekat sini menerima 'durian runtuh' apabila Tenaga Nasional Bhd. (TNB) memberi pampasan berjumlah RM8.2 juta bagi Projek Hidrolektrik Hulu Jelai, tahun ini.

Kampung terlibat ialah Kampung Susu, Kampung Pinang dan Kampung Tiat yang mana penduduk menerima cek pampasan masing-masing bernilai antara RM21,825 hingga RM212,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pampasan itu diberikan berasaskan penilaian tanaman dan harta benda lain menerusi bancian yang dilakukan oleh TNB pada Ogos hingga Disember lalu.

''Pembayaran itu dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan kepada penduduk Orang Asli terlibat," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek tersebut kepada penduduk kampung terbabit di Pos Leryar di sini.

Wan Rosdy berkata, pemberian itu dilaksanakan setelah selesai kerja penilaian, manakala tanah dan kawasan kediaman masing-masing diambil untuk projek hidroelektrik berkenaan.

Tambahnya, langkah itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dan TNB dalam menunaikan janji untuk membayar setiap bidang tanah serta kediaman yang dimajukan bagi projek tersebut.

''Saya berharap masyarakat Orang Asli yang menerima pampasan itu berbelanja secara berhemah dan menabung di institusi kewangan selain digunakan untuk tujuan perubatan, membesarkan kediaman dan persekolahan anak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

523 ketua kampung dilantik semula

Posted:

523 ketua kampung dilantik semula

523 ketua kampung dilantik semula

MARAN 15 Mei - Seramai 523 ketua kampung di negeri ini akan dilantik semula bermula 1 Julai ini setelah mengambil kira Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan kemampuan mereka selari dengan aspirasi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, faktor lain yang turut diambil kira adalah hasil sokongan wakil rakyat yang memantau prestasi mereka.

Menurut beliau, selaku ketua kampung, mereka wajar berusaha memastikan masyarakat kawasan masing-masing adalah penyokong kerajaan, sekali gus melancarkan projek pembangunan di situ.

"Pelantikan kesemua ketua kampung terlibat turut dipersetujui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan mereka diiktiraf sebagai 'pakar rujuk' wakil rakyat, agensi kerajaan dan swasta dalam mendapatkan maklumat kampung mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian cek elaun bulanan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Parlimen Maran di Maran Hill Golf Resort, di sini semalam.

Dalam pada itu, Tan Mohd. berkata, ketua kampung yang sentiasa proaktif diperlukan supaya sebarang keperluan penduduk setempat dapat disalurkan oleh pihak berkuasa secara segera.

"Oleh itu, JKKK perlu mempunyai pangkalan data atau organisasi yang mantap untuk memudahkan segala maklumat yang diperlukan dapat disalurkan dengan cepat dan efisyen," katanya.

Selain itu, katanya, mereka perlu ada etika seperti tidak membelakangkan wakil rakyat setempat, tetapi sentiasa berbincang untuk melaksanakan program pembangunan.

Tegasnya, kepentingan dan kebajikan orang kampung perlu diberi keutamaan tanpa menjadikan mereka sebagai landasan untuk memperolehi sesuatu projek demi kepentingan diri sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar IPT antara lapan ditahan kes dadah di Pahang

Posted:

Pelajar IPT antara lapan ditahan kes dadah di Pahang

Pelajar IPT antara lapan ditahan kes dadah di Pahang

KUANTAN 15 Mei - Seorang pengedar dadah dan tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah antara lapan yang ditahan membabitkan kes dadah dalam dua operasi di sini dan Genting Highlands semalam.

Dalam kes pertama, tujuh lelaki termasuk tiga pelajar IPT itu ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan kira-kira pukul 5 pagi di sebuah apartmen di Genting Highlands.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata ketika serbuan terdapat 40 lelaki dan 27 wanita dalam apartmen berkenaan.

"Semua mereka diminta menjalani ujian air kencing, tujuh daripada mereka didapati positif penyalahgunaan dadah," katanya.

Sementara itu dalam satu lagi operasi di Jalan Haji Ahmad di sini petang semalam, seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berjaya ditahan polis hasil maklumat awam.

Lelaki berusi 30 tahun itu ditahan di pekarangan rumahnya dalam operasi pukul 5.45 petang.

Turut ditemui satu paket plastik dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 50.2 gram, katanya.

Yap berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan