Utusan Online - Politik |
Saya malu dengan Anwar - Nalla Posted: Saya malu dengan Anwar - NallaOleh SAIFUL HAIZAN HASAM KUCHING 11 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty bukan hanya menghina Perdana Menteri, bahkan turut melibatkan maruah ayahandanya yang cukup berjasa kepada negara. Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, beliau selaku penganut agama Hindu dan berketurunan India juga cukup malu dengan perbuatan ketua pembangkang itu yang sentiasa menampilkan imej seorang Islam yang warak. Katanya, tindak tanduk terbaharu Anwar itu menambah satu lagi koleksi petunjuk kepada keperibadian sebenarnya selepas terpalit dengan isu rakaman video seks yang mirip wajahnya dan pertuduhan liwat. Anwar bagaimanapun menafikan gelaran itu beliau tujukan kepada Perdana Menteri tetapi adalah untuk menggambarkan mengenai tindakan UMNO sebagai sebuah parti. "Sesiapapun boleh main wayang tetapi perkataan yang terkeluar secara spontan itu biasanya cerminan keperibadian sebenar dan dengan saya, Anwar jangan nak main wayang pula. "Saya (orang) India, penganut Hindu pun malu nak menggunakan perkataan itu, sepatutnya orang Islam pun begitulah terutama yang boleh menjadi imam, membaca khutbah, memberi tazkirah dan berucap sambil menyelitkan ayat al-Quran macam Anwar. "Tetapi bekas sahabat saya ini lain pula, nampak macam alim tetapi perkataannya tidak 'alim', yang dihina pula bukan sahaja Najib bahkan Tun Razak yang cukup berjasa, malah Anwar sendiri pun termakan jasanya itu," katanya yang menghubungi Utusan Malaysia di sini, semalam. Anwar dalam satu ceramah kepada masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu. Dalam perkembangan berkaitan, Nallakarupan menyelar Anwar sebagai tidak wajar untuk memberi label sebegitu hina kepada Perdana Menteri sewaktu keperibadian beliau sendiri diragui masyarakat. Katanya, perkataan hina itu lebih layak ditujukan kepada seseorang yang pengecut, bermuka-muka dan perosak keharmonian negara berbanding kepada seorang tokoh yang banyak berjasa. "Jadi sekarang siapa pandi kutty? Dalam keributan politik negara, saya yakin rakyat boleh membuat tekaan yang tepat," katanya sinis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: NGO selar penafian pandi kutty AnwarKUALA LUMPUR 11 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin giat berusaha membersihkan diri dan reputasinya apabila menafikan gelaran pandi kutty yang disebutnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berceramah di Klang, Sabtu lalu. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sepanjang beliau mengenali Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anwar memang sering menyalahkan semua pihak dan baginya hanya dia sahaja yang berada di kedudukan yang betul. "Sejak tahun 1970 saya kenali Anwar termasuk ketika menjadi rakan tahanan ISA di Kemunting selama dua tahun, beliau sering mengatakan dia difitnah dan apa yang terjadi ke atasnya adalah konspirasi politik. "Adakah Anwar lupa bahawa dia sering berucap dan memberi ceramah dengan melemparkan tuduhan terhadap ramai pihak? Bagi saya, ini adalah balasan Allah kepada perbuatannya selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Anwar mengakui bahawa beliau ada menyebut perkataan pandi kutty yang bermaksud 'anak babi' dalam ceramahnya Sabtu lalu. Bagaimanapun Anwar menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa pelbagai pihak tetapi menujukan kepada UMNO. Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, sikap Anwar yang sering menafikan kenyataannya atas tujuan ingin bersihkan nama dan kedudukannya dalam dunia politik adalah sia-sia. "Anwar perlu ingat pada bidalan Melayu, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Saya lihat Anwar sebenarnya sedang menghadapi penyakit 'sindrom penafian yang kronik'. "Penafian Anwar itu sebenarnya menghina dirinya sendiri dan seluruh pengamal media khususnya wartawan di negara ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan