Ahad, 15 Mei 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Laporan isu sensitif, Hisham cadang jumpa editor

Posted: 16 May 2011 03:14 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercadang mengadakan perjumpaan dengan semua ketua editor akhbar berhubung pelaporan isu sensitif.

Katanya beliau mahu memastikan ketua-ketua editor bersikap berhati-hati dalam melaporkan isu sensitif mengenai kaum dan agama dan memastikan mereka faham bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan bagi tindakan mereka.

NONEMengulas laporan yang diterbitkan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa ada pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, Hishammuddin berkata:

"Ada masanya masyarakat Melayu kecewa dengan laporan di akhbar-akhbar Cina (mengenai isu sensitif) dan sebaliknya.

"Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab ketua-ketua editor memastikan organisasi media mereka tidak melampaui batas dalam melaporkan kes-kes sedemikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Sungai Besar dekat Sabak Bernam hari ini.

Walaupun garis panduan dalam undang-undang penerbitan adalah jelas, "setiap akhbar pernah melanggarnya (dalam melaporkan isu sensitif tertentu). Kini membabitkan Utusan (yang melanggar garis panduan)."

Hishammuddin berkata adalah sukar untuk mengawal aliran maklumat membabitkan isu-isu sensitif, khususnya dengan kemunculan media baru.

"Kita tidak dapat menghalang maklumat daripada merentasi sempadan. Jika ia tidak dipaparkan melalui akhbar-akhbar perdana, ia akan dapat dipaparkan menerusi media baru seperti portal berita online, facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Mengenai kes simbah cecair yang dipercayai asid di sekitar Lembah Klang, Hishammuddin berkata orang ramai perlu menyalurkan maklumat mengenai suspek yang terlibat bagi membantu pihak berkuasa memberkas mereka yang terbabit dengan secepat mungkin.

"Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Negara meminta saya buat rayuan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tepat mengenai kes asid ini agar tampil ke hadapan membantu polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Sehingga Jumaat lepas, polis menerima 22 laporan mengenai kes simbah asid sekitar Lembah Klang.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hakim akan umum keputusan - keadaan tegang

Posted: 15 May 2011 06:43 PM PDT

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

anwar sodomy trial 160511 support outside court 06Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu dan mendakwa sebagai pembayar cukar, rakyat berhak masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.

Beberapa rakannya yang lain cuba mententeramkan ahli itu dan menariknya ke tepi. Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.

Sementara itu, selepas 59 hari perbicaraan yang bermula awal tahun lalu, Anwar akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memerintahkannya untuk membela diriu ataupun melepaskan daripada tuduhan liwat.

anwar sodomy trial 160511 support outside court 04Ketika ini, kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat.

Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.

Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.

anwar sodomy trial 160511 anwar arriveAnwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan