Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: Golongan belia amat pentingKUALA LUMPUR 14 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara. Perdana Menteri berkata kejayaan wawasan dan kesemua prakarsa nasional - Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), serta Model Baru Ekonomi (NEM), bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020, memerlukan sumbangan pro-aktif golongan belia. Menurutnya dalam konteks ini golongan belia yang seharusnya menjadi penggerak yang memacu negara ke tahap yang negara impikan. "Golongan belia mencerminkan harapan masa hadapan negara, saudara saudari semua adalah penting untuk masa depan negara – the best hope for the nation's future. "Tampil ke hadapan mengambil tampuk utama transformasi Negara. Jadikanlah usia muda ini sebagai landasan ke masa hadapan yang diingini, yang diimpikan," katanya dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2011, dalam blog 1Malaysianya hari ini. Hari Belia Negara 2011 yang bertemakan 'Belia Pemangkin Transformasi', disambut esok. Najib yang turut mengucapkan selamat menyambut Hari Belia kepada seluruh warga belia Malaysia berkata hari ini negara sedang menangani cabaran yang monumental, iaitu cabaran untuk merealisasikan wawasan kebangsaan bagi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Katanya, Malaysia memiliki tradisi unik bersikap pragmatik dan bukan dogmatik, mengambil jalan yang perlu sama ada ia senang mahupun sukar bagi memetakan laluan nasional yang bersifat transformatif. Perdana Menteri berkata semangat dan azam yang membara di kalangan anak muda, seharusnya disalurkan ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dapat membangunkan diri dan mengambil peluang sosioekonomi yang kian bertambah. "Semangat kesukarelawan juga harus dinyalakan kembali, dipacu oleh daya tenaga serta idealisme golongan belia. Taburlah khidmat bakti dengan penuh keikhlasan kerana wang ringgit tidak akan kekal namun budi baik yang tetap dikenang," katanya. Najib berkata berpaksikan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau percaya golongan belia akan terus memacu negara ke hadapan. Menurutnya sebagai pewaris bangsa, agama dan negara, golongan muda sewajarnya meneruskan perjalanan mulia ini, lebih-lebih lagi dalam memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional. — BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Berita gembira menanti guru esok Posted: Berita gembira menanti guru esokMuhyiddin Yassin bersama Hishammuddin Tun Hussein dan Adnan Yaakob menarik pukat pada program mesra bersama nelayan Kampung Kempadang sempena lawatan kerja sehari di Pahang, semalam. - BERNAMA KUANTAN 14 Mei - Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa. "Insya-Allah ada berita baik akan diumumkan kerana peranan guru amat penting bukan sahaja mendidik tetapi membangunkan negara dalam semua bidang. "Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya pada sidang akhbar di majlis bersama warga pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk mukim Beserah di sini hari ini. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Muhyiddin memberitahu, kerajaan telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang akan menyediakan peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang. Katanya, terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga kerja terlatih yang merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menuntut komitmen padu daripada warga pendidik. Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar. Justeru katanya, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran. | ||
Posted: Kunjungan hormat
Lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi bermula kelmarin diyakini mampu membuka laluan lebih luas kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama dalam semua aspek. Najib selepas mengadakan pertemuan dengan Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud turut mengumumkan bahawa Malaysia menyokong penuh tindakan terbaru Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mencapai keamanan, perdamaian dan kestabilan jangka panjang di Bahrain. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan