The Malaysian Insider :: Bahasa |
Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu, kata Hishammuddin Posted: 14 May 2011 11:16 PM PDT "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," kata Menteri Dalam Negeri ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di sini pagi ini. Oleh itu kata Hishammuddin (gambar), "biar rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu diwakili." Katanya, terdapat juga kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina negara ini. Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. "Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya. Ketika ditanya sama ada Ibrahim, bekas ahli Umno, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, wakil rakyat itu hanya dianggap berpengaruh jika "anda semua" menjadikannya berpengaruh. Katanya, menjadi tanggungjawab media untuk memastikan suhu ketegangan mereda untuk negara menuju ke depan. "... tetapi ada pihak lain yang mencetuskan sentimen benci dan pecah belah," kata Hishammuddin. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Anti-Lynas: Polis tahan empat anggota DAP Posted: 14 May 2011 10:39 PM PDT Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Anthony Loke, yang hadir ketika kejadian memberitahu The Malaysian Insider, polis menahan empat anggota parti itu ketika protes mereka hampir berakhir. Katanya, program membantah bermula dengan pembukaan pusat khidmat DAP Kuantan di Jalan Beserah di sini pada pukul 10 pagi tadi sebelum memulakan demonstrasi ringkas. "Ia hanya demonstrasi kecil... tiga daripada kami memberikan ucapan, (Adun Triang), Leong Ngah Ngah, (Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR) Azan Ismail dan kemudian saya. "Ketika saya hendak berucap, OCPD Kuantan datang dan minta kami menghentikan acara ini. Saya memberitahu bahawa kami hampir mahu mengakhiri majlis, jadi selepas hujah kecil, kami berjaya menamatkan demonstrasi kami dan meminta setiap orang supaya bersurai," katanya ketika dihubungi. Loke menjelaskan, pemimpin-pemimpin DAP berkumpul untuk sesi bergambar untuk media dan ketika empat anggota parti menunjukkan kain rentang anti-Lynas yang hanya tertera logo. "Melihat perkara ini OCPD dengan serta-merta mengarahkan pegawai-pegawainya menahan mereka, mendakwa ia tindakan provokasi," katanya lagi. Empat yang ditahan itu terdiri daripada timbalan ketua DAPSY Kuantan Lee Chin Chen, timbalan ketua DAP Bentong Chow Yu Hui, pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Ting Siow Shuen dan pemberita Rocket Khor Huey Ying. Loke berkata, keempat-empat mereka telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kuantan. Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang mengetuai kempen anti-Lynas di kawasannya berkata, adalah jelas pihak polis untuk menunjukkan kuasa dan autoriti mereka. "Mereka hanya mahu menunjukkan mereka berkuasa. Mereka belum pun memulakan (demonstrasi) dan sudah ada kehadiran polis yang ketat di kawasan itu," kata Naib Presiden PKR ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan